Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Friday, August 29, 2008
DOMINO'S KE TU?
BATTLE
Thursday, August 28, 2008
LAGU,COKE,KUNYIT
BERBALOI
"Cepat le, saya lapar nih, kang oghang kan saya makan....." Lapar bebenor bunyinya. So berangkat ke Warung Ikan Bakar Arang yang sememangnya situ sahajalah tempat kita org melantak waktu lunch. Maziah makan Nasi Putih bersama Bayam Masak Putih ngan Ikan Keli Bakar + Air Suam nak jaga suara..... menu Kak Bada pula Nasi Goreng Paprik bersama Teh 'O' Ais, Farhana joint sekali makan, Mee Kari bersama Air Sirap Bandung, Kak Comel Zyirene plak melantak Kue Tiaw Goreng ala Banjir bersama minuman Watermelon Juice..... aku plak simple je, Nasi Ayam Goreng Berempah bersama Minuman Laici kegemaranku......
Wednesday, August 27, 2008
SEMPUTZ.....
Kalau ikutkan x nak le balik lagi, but masa kuar opis tadi, belum lagi lebat..... Lagipun dengan niat nak balik awal nak singgah ke Hentian Purtra, mencari tiket bus..... kemudian mataku nampak hujan makin lebat, aku amik keputusan singgah sambil melawat kat bengkel motor Ah Peng (letak je nama, pasal dia cina). Rantai ngan Spocket motor dah uzur, kesian plak motor kesayangan aku nih..... Tanpa sempat aku menghela nafas yang masih x semput, aku mencetuskan idea yang bernas untuk menukarkannya dengan yang baru..... Ingat nak pasang rantai ngan spocket bling bling..... x de la plak..... Kalau ada pun, aku tetap x kan pasangkannya..... baik aku yang ada bling bling..... biar motor aku jeles kat aku..... kang aku plak yang jeles ngan motor aku.....
Ok sambung cerita motor aku semput tadi, selepas beberapa kerlipan mata dan jutaan titisan hujan mencurah dan membasahi bumi nan indah lagi permai ini, aku pun memulakan operasi menendang pedal motor aku, dengan niat mahu menghantar isyarat kepada spark plug dan mencetuskan ignition bagi memulakan pergolakan rotor enjin dan sekaligus menghidupkan enjin motorku yang satu ini..... jeng jeng jeng..... hampir 500 saat juga aku menendang pedal tu, sampai kaki aku dah merajuk dan rasa macam baru lepas berentap untuk larian 100 meter bersama Usain Bolt dari Jamaica tuh..... Ku rehatkan seketika kaki kanan ku, sambil memujuk hati..... sabar, ujian kecil je nih..... Mata melilau melihat sekitar, ghupanya aku sorang je bermotor kat situ, mamat bangla yang kerja kat petrol pam tuh, senyum sambil mengangguk tanda faham..... Apa yang dia faham..... entah2 dia gelakkan aku, bermotor dalam hujan, akhirnya membawa padah..... Bak kata Karam Singh Walia - Berat Mata Yang Memandang Berat Lagi Tayar Bas..... Hahahaha.....
"Cubalah tendang sekali lagi pedal nih....." terdetik di hatiku. Hidup la! Yahoo..... tanpa memikirkan titisan hujan yang menitik dari bajuku, terus aku memecut dalam gaya yang seragam dan berirama..... Kali ini aku nak pecut, x kira..... Hangat2 tahi ayam yang hakiki, sampai kat simpang berenti juga, ye la x kan aku nak bergadai nyawa..... biar lambat asal aku hepi.....
Perjalanan ku pulang berlangsung seperti biasa, cuma kali ini aku x endah air yang memercik riang dan indah ke motor dan baju dan juga seluarku..... Hasil daripada geseran tayar2 kereta sebelah yang pura2 x nampak kelibat aku yang tengah memecut motorku..... Kurang asam punya kereta, kesian plak, kereta yang kena maki, padahal pemandunya yang lahabau..... Aku melepasi simpang di Bangunan PGRM dengan jayanya tanpa ada masalah yang melanda walaupun banyak kenderan besar yang menghalang tujuan murniku..... Air di depan nampaknya makin naik, laju mengalir mengikut corak alunan jalan raya yang sememangnya x pernah sekata dari lah zaman batu kapur hinggalah zaman angkat mengangkat sumpah skang nih..... Hairan tul aku, mana la tar yang banyak ada kat mesia nih hilang.....? Buat gelang ke apa? Lupakan.....
Kemudian aku tiba di suatu simpang yang menuju ke rumah aku, hampir sudah, motor aku diserang Chinkungunya pulak..... Semput ala2 tenuk bersin dan terus mati. Dan sekali lagi kenderaaan berkapasiti melebihi 1000 cc buat selamba dan bodoh menyemburkan air2 tanah yang keruh dan cantik warnanya ke motor dan jasadku yang termanggu di tepi jalan sambil menunggu motor kembali tenang dari serangan..... Aduh, aku kesejukan, x selesa..... Sedih tau! Ku tendang dengan kelajuan 20 rpm, nampaknya kegiatanku berjaya disetujui enjin motorku, sekaligus meghidupkan harapanku untuk balik lagi cepat.....
Hujan masih lebat, tiada tanda2 mahu berkurang, malah titis-titisnya terus menjunam dan memercik ke serata alam. Tawar rasa air nya, sesekali aku mengusap dan mengelap mukaku yang kebasahan dalam sendu. Ku putar throttle motorku seadanya..... penuh harapan agar tiada lagi halangan yang melintang.....
Namun, Tuhan jua yang tahu dan pasti, belum pun sempat aku menanam niat ku yang mulus, ekzos motorku minum air lagi buat kali ke 3, betul2 dahaga nampaknya motorku ini..... Gara2 itu, terkena lagi serangan Ebola, yang membuatkan aku tersungkur dan terdampar betul2 di depan Kedai Kopi Cheras namanya..... Ah Liaw punya. Ah Kong pun menjengah dari luar tingkap kedai yang sedang dia menikmati secangkir kopi Kapal Api gamaknya..... sambil menatap dan menjeling ke arah motor aku, sempat juga tangan kirinya mencapai biskut kering berbentuk 4 segi tepat, kemudian mematahkannya menjadi dua bahagian, terhambur lah serdak2 biskut rangup itu ke sekeliling dan jatuh melingkari alam meja dan seluar pendeknya..... di sapunya dengan tangan kanannya, lalu mencicah ganas ke dalam kopi yang terletak indah di hadapannya..... Amboi2 makan x pelawa pun aku..... Dah la aku kesejukan persis berada di Gurun Sahara, dia buat muka selamba..... Aku melihat mukanya yang dah berkedut, sambil melepiaskan senyum simpul yang x berapa nak ikhlas.....
Ah persetankan, aku memang tengah lapar, lapar dek mengerjakan motor aku yang dah seabad usianya..... Sambil menunggu motor ku kembali reda buat kali ke 3, ku intai dijalanan, dan di kejiranan yang ada..... semua dibasahi dan ditenggelami air hujan..... Hujan itu rahmat, Hujan itu membawa rezeki..... Oh Tuhan, aku nak balik, izinkanlah aku balik cepat..... Terjalar di hati sanubariku yang penuh keluh dan kesah memikirkan motor aku yang asyik meragam, kalau menjadi ahli pancaragam tu lain le ceritanya.....
Sambil ku menidakkan hatiku yang akan sampai lambat lagi ke rumah, aku menendang pedal motorku. Sebelum apa2 berlaku, ada le pulak seorang insan bernama manusia yang menghantar paper ke hapa entah tersadai tiba2 dihadapanku..... cerita dan kisahnya sama la dengan aku, motornya terkena jangkitan Kepialu..... kesian, tapi aku perlu kesiankan hati ku dahulu. Ku cuba lagi, namun gagal dan terus gagal..... Ya Allah, izinkanlah motor hamba elok kembali dan izinkanlah hamba pulang segera ke rumah hamba..... Dengan rasa bersalah terhadap motorku kerana tersilap jalan pulang, padahal banyak lagi opsyen jalan yang boleh aku ikuti, tapi dah takdir ku tersadai di sini..... Ku berserah dan pasrah, aku menolaknya dengan perlahan ke satu sudut yang penuh dengan kereta yang dah ketiadaan pemandunya. Ku pandang ke kiri ku pandang ke kanan..... sepi. Ku merintih keseorangan, tetiba datang le seorang pakcik.....
"Kenapa nak?" simple pertanyaan dia. Mungkin dia mengajukan pertanyaan gara2 aku yang nampak keresahan dan gelisah. Belum sempat aku merancang jawapan yang perlu, dia mendahulukan jawpan yang pasti
"Motor mati ke?". Aku mengangguk dan mengiyakan.....
"Biasalah hujan2 nih, spark plug le tu masalahnya....." Aku mengangguk sambil mengukir senyuman yang kebas.
"Tak tukar spark plug? Tak de spare ke? Kalau nak saya ada" Mulia nya perhatian pak cik ni. Tak sangka pula dalam kebasahan yang menyelimuti alam dia datang bertanya tanda prihatin.
"Tak ada spare, tapi tak pe, nanti kawan saya datang bawa ganti" Jawab aku menipu dengan tujuan menidakkan pertolongan dia.
"Betul ke? Kalau begitu tak apalah....." Lemah jawabnya, sambil berjalan ke gerai nasi lemak yang 5 saat je perjalanan dari tapak aku menyadaikan motor sakit aku tu..... Terlintas dalam benakku, kenapa aku tolak pertolongannya yang ikhlas tu? Bodohkah aku atau Cerdikkah aku? Hmmmm..... Aku kembali duduk di atas motorku, sambil melihat pak cik yang berhati mulia itu memilih lauk untuk dibungkus bersama nasi lemak yang mahu dibelinya.....
Terima kasihlah pak cik, kerana sudi bertanya masalah saya..... Aku mengeluh. Mengeluh dan terus diam. Apa yang pasti aku x nak pak cik tu nampak aku lagi kat situ, kalau aku masih lagi kat situ, nampaklah kehakikatannya bahawa aku menipunya..... Jadi dengan kudrat dan semangat halal yang masih kugenggami, ku cuba tanpa berharap. Ku putarkan kunci motorku ke arah ON, ku duduk perlahan ke atas seatnya yang basah pekat berwarna hitam..... Ku hulurkan kaki kanan ku ke arah pedal yang lusuh sambil membawa basmallah..... Ku panjangkan tarikan nafasku, ke tendang seadanya tenaga yang tersisa..... Ekzos mula mengeluarkan bunyi..... Alhamdulillah motor aku dah x merajuk lagi..... Sejuk hatiku yang telah lama kelam dan mendung. Tanpa rasa bersalah dan pasti, aku memulakan perjalanan ku kembali menuju ke destinasi ku..... Sekilas ku palingkan wajahku yang satu ni ke arah gerai nasi lemak tu, pak cik tu dah x ada..... dah balik sambil menanam impian melahap nasi lemak rezeki dia hari itu bersama isteri tercintanya, x pun bersama anaknya, x pun bersama cucunya, x pun bersama kucingnya..... Suka hati dialah dia punya perut, aku apa kisah.....
Pulanglah aku seadanya dalam keadaan yang tersedia basah dan sejuk, akhirnya aku sampai jua ke rumahku selepas merentas 3 lagi lampu isyarat yang berfungsi..... Alhamdulillah..... sampai jua hajatku yang terhalang sebelum ini, tertunai sudah segalanya..... Indah rasanya, Syukur ku hamparkan, kerana tiada kemudaratan yang berlaku dan tiada kemusnahan yang aku hindari menjengah aku buat masa ini..... Amin. Ku teruskan langkah menuju ke lif, dengan longlai dan penat, seketika.... "Ting....!" Pintu lif terbuka, dengan isi kandungannya seorang budak lelaki sekitar 4 tahun bersama bapanya, entah ke mana tujuannya..... dengan pantas budak lelaki yang baru ada sebaris gigi yang rongak itu mengutarakan penjelasan kepada bapanya dengan selamba..... "Ayah, abang tu basah....." Aku tenung mata budak itu, sambil berselisih masuk ke lif, dan dia keluar..... "Ye lah, abang tu mandi hujan, lupa nak bawa baju hujan kot....." Abahnya menghunus penjelasan yang tepat tanpa mengetahui itulah hakikatnya..... Pandai sungguh si abahnya..... Aku tunduk malu, sambil menunggu pintu lif tertutup..... Aku tetap basah.....
Moralnya: 1. Jangan balik ketika hujan lebat, kalau x lebat le masalah timbul.
2. Jangn sesekali lupa membawa raincoat, tapi kalau dah kemarau bawa jugak, tu somewhere & something wrong le tuh..... CHOW!
FAKE
Dah terkejut dengan panggilan dari abah, bangun ambil tuala nak mandi balik..... tapi tidur gak, sambung balik. Terkejut ntah kenapa tepat pulak pukul 12.20 tgh malam, terus teringat pasal emel bleh nampak 2 bulan, terus kuar ke beranda..... awan penuh, mana nak nampak. Then aku ke luar corridor luar rumah, belah sini terang plak, nampak bebintang je.....
Tetiba hati aku berdegup kencang, aku nampak! aku nampak bulan 2 tu! biar betul, mcm x percaya pulak! alamak betul ke? aku tatap lagi..... aku tatap lagi dan lagi dan lagi.......
Tapi apasal bulan 2 biji yang aku nampak tu blur & kabur & x jelas, kenapa ek? Pastu apasal bulan tuh betul2 ada kat kabel elektrik kat kawasan umah aku? Kabel yang bapak besar tu kan ada benda bulat2 warna merah..... Hampa..... rupanya bulan fake yang aku nampak..... Benda bulat2 tu telah memperdaya pandangan aku..... Alamak mata den mmg dah kabur, lagi kabur la plak..... mamai baru bangun tidor punya pasal..... Hampeh!
Masuk ke rumah dengan rasa tertipu, aku search lam google about this matter..... rupanya mmg ada perbincangan panjang lebar mengenai emel nih. Memang tertipu la! Emel ni dah di seperate dlm internet since 2006 lagi..... saban tahun ada mangkuk tingkat x pun mangkuk pijar yang menyebarkan berita palsu yang memusnahkan harapan manusia sejagat. Sakit hati.....? Ada la skit, x banyak..... Rasa nak tergelak pun ada, mudah percaya ngan rumours2 yang tak diketahui mana2 sumbernya. Sorry le pada kengkawan dan sahabat yang hamba emelkan this fake emel semalam..... hamba pun tak tahu. Jadikanlah emel tu sebagai bahan untuk bertanya kabar kepada sedara2 sekalian. Kalau tak, ntah le tuan hamba akan akan beremel ngan hamba ke tak..... at least ada sesuatu yang menyebabkan tuan hamba sekelian bertanya pada hamba. But sorry okay!
CHOW!
Monday, August 25, 2008
HAPPY N LUCK AT THE MOON
Kemudian aku blah le nak balik ke rumah, itu yang pasti. Sampai kat Pandan Indah dapat satu sms dari K Zyirene - "Nak join mak makan steak kat Pandan Indah x?" Mak? bila pulak dia jadi mak aku? Mak aku sihat ada lagi kat kg. Nak kata dia mak angkat aku, muda lagi baru 18 tahun katanyalah..... Yang pasti anak dah dua, aku anak sulung dia ke? Nape plak bapak aku nama lain, laki dia nama lain..... konpis den!
That time aku tgh ride motor, so aku abaikan seketika niat nak reply..... So I thought dia nak ajak aku makan malam nanti..... Belum sampai umah lagi K Zyirene call, ghupanya dia dah sampai kat sana dah..... Memikirkan ajakannya, so aku call balik setibanya di rumah, dan menerima pelawaan makan kat sana. So turning back to Pandah Indah balik le..... Cuaca dah nak hujan, terpikir gak kang x sempat sampai basah kuyup, mcm mana aku melantak steak nanti..... Ku teruskan jua perjalanan menuju ke destinasi yang aku x tau..... Memandangkan tempat ni aku x pernah pegi 3, 4 kali gak aku call dia sebelum aku ketemuan. Namanya Moon's Kitchen. Tempatnya agak kecik, but nampak ok, berhadapan dengan flat perumahan dan sekolah. Aku x pasti plak Moon tu nama tauke atau sempena mukanya macam bulan. But K Zyirene cakap taukenya laki..... Mungkin nama aweknya kot.....
Sesampai je, terus menatap menu dan aku order Beef Black Pepper Steak - Argentinian Beef! ngan air Longan gelas besar..... Nak melantak punya pasal. Di hidangkan di dalam plate besi yang panas, bunyi kuah black peppernya yang menggelegak je dah buat aku x tahan. Menarik dan size dagingnya agak besar dan tebal..... membuatkan aku bertambah selera.
Iman makan Mushroom Soup ngan Garlic Bread.
Ni le ayah si Iman ngan Zarra merangkap Master or Mister Piyan@Sophian, a.k.a husband K Zyirene..... Actually dia makan sepinggan ngan K Zyirene, Black Pepper Steak Kambing Mbeeekkkk!!!!! Romantika di bulan September le kiranya tema dia..... nanti bulan Jamadil Akhir punya tema macam mana pulak.....?
Hari dah nak ujan, dan dengan tiba2 abis le pulak aku makan steak tuh, ntah cam mana aku telan sampai habis. Pastinya perkenalan aku ngan Moon's Kitchen tidak berakhir di situ sahaja rasanya, lain kali aku nak pegi lagi.....! Best le steak nya..... Best le untuk affordable & cheaper steak yang ada class. Kuahnya pekat dan daging yang lembut dan tebal, tu yang penting! Perut kenyang lagi le penting. Aku ingat aku kena bayar sendiri, ghupanya dia ajak aku joint makan nak belanja aku rupanya..... Kalau tahu akak nak belanja x de le saya order yang mahal2, just makan angin pun x pe..... tapi dah kenyang pun, sedap.... Lain kali payungkanlah hamba lagi ye! Tapi mmg dia kena belanja aku pun pasal kalah dia bet teka kopi yang Maziah belikan perisa Hazel nut or Almond. Dia nak gak bet ngan aku yang juara nih..... kan dah kena. But pasni aku plak kena belanja dia..... hmmmm..... Nak carik keje lain le..... huhuhuhuhu.......
Balik ke rumah, aku basah kuyup, mcm aku terjun kolam lah punya basahnya. Hujan lebat..... sejuk. Tidur mmg best, but ada hal nak settlekan dulu..... Chow!
WHEN THE DAY IS MONDAY.....
WHAT?
So dari luar lagi aku mmg nampak mainan ala2 Barbie, tolong survey untuk Kak Zyirene, dia nak belikan untuk Iman. Murah pulak tu, from RM11.90 till RM28.00, 85% lebih murah dari Barbie yang original. Lagipun kalau beli yang mahal2 x guna gak, kang nanti rosak juga. Better berjimat beli yang murah, lagipun kualitinya aku tengok boleh tahan dan cantik2 pulak tu!
Sebelum hujan, maklum le bila petang mmg sekarang hujan je, singgah sekejap ke Taman Tasik Permaisuri, ada sambutan bulan kesihatan sempena menyambut Kemerdekaan ke-51. Sekejap je pi, pasal aku pi program dah nak abis..... jalan seround, terus blah.....
Monday, August 18, 2008
ISNIN YANG BORING
LONG
Last Sunday..... pagi bangun nengok tv jek, layan Olimpik Beijing 2008 lagi. Petang pun sama, blur nak buat apa. Petang kuar lepak ke Dataran Merdeka, sebelum tu, pi makan kat Ampang.
Tuesday, August 12, 2008
JANGANLAH.... ITUKAN API.....
Monday, August 11, 2008
BLUE MON-DAY
Balik umah dah nak Maghrib, aku call seseorang bertanya khabarnya.....alhamdulillah dia sihat. Pastu on lappy kesayangan, saja nak melihat latest result Olimpic Beijing...... hmmm.... mana le tau kot2 Malaysia dah ada kat Medal Tally, belum muncul lagi...... Tiba-tiba my K Tie call dari Sabah..... "Majalah dah sampai....." alhamdulillah, sampai gak apa yang dia nak, aku poskan last week. Mana la tau kot2 aku silap tulis alamat, kang x sampai plak. Borak2 tanya kabar, apa yang pasti, K Tie & Abe Yie tgh happy n happy dan menghitung masa dan menunggu masa kelahiran bayi sulungnya setelah menunggu sekian lama. Akhirnya ALLAH perkenankan jua doanya..... Alhamdulillah, aku tumpang gembira sama, coz aku nanti akan jadi pak cik..... Mama n Abah akan jadi atuk.....!
Lepas borak ngan K Tie, aku terus call Yana, my sis kat kampung, dia x pick up plak call aku. Aku call phone Abah, Yana plak yang angkat. Ghupanya, phone Yana, cousin aku kat Kelana Jaya tengah call, n mama tengah cakap ngan dia. Berhelo ngan abah, bunyi suara abah, rindu nak balik, dan dari gaya suaranya, abah sihat, cuma macam selesema skit. Mama still cakap ngan my cousin, so abah cakap oklah, nanti borak lagi. Tuuuuuut......
Sambung tengok keputusan online Olimpic Beijing, aku tengok badminton, Lee Chong Wei, Wong Mei Choo & Wong Choon Han menang.....! so ada peluang nak ke level seterusnya, and hope berpingatlah nanti diaorg semua, ada gak Malaysia lam senarai pemenang.....
Pastu sambung layan lagu dalam bukhatir.org sambil menulis blog. Chow!
EKZOS JAHAT.....
Thursday, August 7, 2008
Wednesday, August 6, 2008
MUHASABAH
BERITA HARI INI
Petang pun sama, masih bertungkus lumus menyiapkan sisa2 penulisan sambil diselangi gelak ketawa dan borak bersama kak Zyirene. Macam2 topik menjadi perbahasan dari le "*** dance" hingga le bab2 agama - especially MUNAKAHAT. Tetiba aku bertanya kak Zyirene pasal Khuluk, Li'an, Nusyuz..... dah lupa la beb, nak refresh balik pasal hukum hakam nih. Bukan bleh dibuat main2......
Habis kerja, aku blah, sampai umah rileks dan mengadap kipas dengan tujuan mengambil feel berada kat kutub utara sambil ditemani beruang polar.....
Dah malam, nak plak aku menlantak, so Bro Uzzey ajak makan kat kedai Ponds, Jalan Kuchai Lama. Sebelum tuh singgah dulu ke Hero, beli Hair Cream. Nampak plak shop kegemaran aku DIY Hardware, nama je hardware, tapi software/tupperware/segala jenis ware ada kat kedai nih, murah tahap gaban plak tuh..... Bro Uzzey beli beg plastik, nak isikan buah tangan untuk atuknya kat kampung. Sambil2 aku membelek mencari barang yang aku berupaya nak beli, ternampak pula sticker & palstic bag yang ada gambar2 princess..... terus ingat kat Iman, anak kak Zyirene. Alang2 brapa sen je harganya, dan tambah pula dah nak abis, aku belikan untuk dia wat koleksi..... Hope dia happy le aku bagi nanti..... murah je, x mampu nak belikan yang grand. Nak grand gak tengok gransazer kat tv tuh.....
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
Rabi'a al-Adawiyya