Menemani aku pada mu siang dan malam,
di setiap kelibat mata manusia,
tetap aku bersama,
Bila ada salah,
maafkanlah aku,
kerana aku membasahi muka mu,
Bila gembira,
seronoklah aku,
bersama dalam keceriaan,
Taubat itu keinsafan,
berlinanglah aku bersama hamburan dosamu,
tanpa mu meminta,
Wanita itu terlalu halus dan lembut,
terima kasih aku ucapkan,
kerana aku teman setiamu,
saban hari aku mendadai pipi gebunya,
tulus berdoa untuk putera puterinya,
Mengalir aku melimpahi bumi,
semasa Adam menyesali dan malu,
menghiasi kesesalan yang bertalu,
Ingin dan selalu aku dan mahu,
membasahi dan berlinang di mata dan pipimu,
manusia lupa kewujudanku,
sesungguhnya akulah penyaksimu,
pendampingmu, penemanmu,
tanpamu sedari.....
Andailah aku air mata mu,
serulah aku dikala mu perlu,
membasah suci hati yang kelam dan berdebu,
moga ampunanNYA hadir membekali di akhirat nanti, ya tuhanku.....
Andailah aku air mata dikau.....
Andainya.....