Cerita yang di reka dan ditatap memang banyak, ada yang memberi pengaruh dan kebaikan dan ada juga yang sebaliknya..... manusia sememangnya penuh dengan drama, melankolik dan cerita.... kalau bukan realiti, direka dan dicanang agar menjadi benar..... drama oh drama.
Manusia memang hidup dalam drama. Cuma masing2 berlainan watak dan skrip. Dunia dan alam semulajadi juga menjadi prop drama2 manusia yang mengejar kemewahan dan kekayaan. Lihatlah sahaja apa yang berlaku pada alam semulajadi kita sekarang. Jenguklah seketika pada dunia luar yang ditimpa pelbagai bencana dan bala, gara-gara perubahan cuaca yang ekstrem. Semua yang berlaku ada sebab dan puncanya. Manusia sudah lupa dunia ini sudah tua dan sedang menuju ke pengakhiran..... Kita masih tersenyum dan terus tersenyum mendangkal apa kesilapan yang sudah kita lakuakan. Oh manusia, inilah hakikatnya, dunia sudah tidak dapat menganggung lagi kehancuran. Akhlak dan peribadi manusia sudah tidak boleh dianggap mulia lagi, jika saling berbunuhan sesama umat dan agama mahupun bangsa. Ajal memang tidak boleh diketahui dan bukannya diundang..... tapi manusia sungguh mudah melupakan di mana mereka sebenarnya..... tetapi iman yang ada senipis kulit bawang, memungkinkan sama sekali untuk menidakkan manusia itu mudah lupa dan alpa..... itulah akhir zaman yang telah tertulis sejak azali.
Anak melupakan ibu bapa, anak membunuh ibu bapa sendiri, bapa merogol anak tanpa rasa bersalah, isteri menipu suami dan memperdayakan suami.... sudah menjadi berita harian di sana sini. Di mana lagi cinta mahu berputik, sedangkan cinta bukanlah meminta tapi di cintailah segala ubat permusuhan dan dendam. Tapi apakan daya manusia yang bernafsu gelojoh..... leka entah ke mana. Tetapi jangan pula kerana bercinta, tergadai semua maruah, diri, bangsa dan agama. Kerana cintalah yang pahit menjadi manis, yang hiba nestapa menjadi gembira..... bukti cinta ada di mana, Shah Jahan pada Mumtaznya..... itu manusia yang biasa..... lihatlah cinta NABI MUHAMMAD pada umatnya, sehingga nafas terakhir nabi masih menyebut tentang umatnya.....
Jadikanlah drama hidup anda yang pasti dan indah.....
Biarlah drama hidup anda bahagia walaupun serba kekurangan.....
Inginkanlah drama hidup anda yang sempurna.....