Andai akulah Adam, inilah warkah buatmu Hawa,
Hawa….Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam, temanmu semasa aku kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari 7 jenis tanah yang dibakar. Dan engkau dijadikan dari tulang rusuk ku yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan dampingan darimu, di mana engkau sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana engkau buruan syaitan.
Hawa…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih sikit bilangannya dari kaum mu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaum mu kurang daripada kaum ku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu maka selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.
Hawa…Bukan kerana ramainya isteriku yang membimbangkan aku. Bukan kerana ramainya bilangan mu yang merungsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkah mu. Engkau sejak dulu lagi sudah tahu bahawa engkau mesti tunduk ketika menjadi isteriku. Ah..semuanya sudah engkau maklumi.
Namun…terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya…
Hawa…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Aku diberi amanah untuk mendidikmu, aku diberi tanggungjawab untuk menjagamu, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku mu agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…
Tetapi Hawa, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaum mu kini, engkau dan kaum mu telah ramai menderhakai ku. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan engkau tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini. Jikapun ada, patutnya aku lebih maklum tentu kerana engkau hanya terpaksa, tetapi engkau tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan aurat perempuanmu, darilah hujung rambut( kalau tak botak), hinggalah hujung kakimu yang ayu. Tetapi…realitinya kini, Hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang sepatutnya! Hawa…mengapa kau jadi begini?
Siapa nak jawab? jap aku abis idea la nak sambung..... so bersambung.....
He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.
Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Thursday, March 6, 2008
MENCARI YANG HILANG.....
Hilang? mencari kawan yang hilang.....
Entah ke mana la aku nak rujuk dan mencari diaorang ni.....
First aku nak cari si MUHAMMAD RUSMIN NURUL HISHA BIN MUHAMAD.
Roomate aku kat UTM dulu, lepas dah belah ntah ke mana dia, terus hilang jejak.....
Dulu katanya ada kat Pasir Gudang, skang entah lah, mana la aku nak mencari budak MENGKEBANG nih..... En Siput gelarannya dulu.....
Second aku nak cari ROSLI HASHIM, budak AMPANGAN, bukan adik ROSLIN HASHIM tau. Member kat UTM gak dulu. Pak cik dah cuba dah carik kat mana2 termampu, tapi pak cik x dapek juge le nak kesan ke mana mamat nih.....
Third aku nak cari member aku kat SEKOLAH MENENGAH AGAMA FALAHIAH, Pasir Pekan Kelantan.... membe baik la kiranya dulu.... WAN AHMAD HAFIZ WAN ABDUL RAHIM, FAIZAL Kg Telaga Bata, RIDHUAN yang dok Gual Periok, Rantau Panjang. Somebody else yang aku ingat muka, tapi lupa lak namanya..... mana le aku nak carik korang hah.....?
ada lagi kawan2 lama yang aku nak carik dan nak ajak borak panjang, nak bertegur sapa n nak bertanya kabar, apa keadaannya skang, dah ada anak bini ke? banyaklah aku nak sembangkan.... So.....? apa aku nak buat.....
Entah ke mana la aku nak rujuk dan mencari diaorang ni.....
First aku nak cari si MUHAMMAD RUSMIN NURUL HISHA BIN MUHAMAD.
Roomate aku kat UTM dulu, lepas dah belah ntah ke mana dia, terus hilang jejak.....
Dulu katanya ada kat Pasir Gudang, skang entah lah, mana la aku nak mencari budak MENGKEBANG nih..... En Siput gelarannya dulu.....
Second aku nak cari ROSLI HASHIM, budak AMPANGAN, bukan adik ROSLIN HASHIM tau. Member kat UTM gak dulu. Pak cik dah cuba dah carik kat mana2 termampu, tapi pak cik x dapek juge le nak kesan ke mana mamat nih.....
Third aku nak cari member aku kat SEKOLAH MENENGAH AGAMA FALAHIAH, Pasir Pekan Kelantan.... membe baik la kiranya dulu.... WAN AHMAD HAFIZ WAN ABDUL RAHIM, FAIZAL Kg Telaga Bata, RIDHUAN yang dok Gual Periok, Rantau Panjang. Somebody else yang aku ingat muka, tapi lupa lak namanya..... mana le aku nak carik korang hah.....?
ada lagi kawan2 lama yang aku nak carik dan nak ajak borak panjang, nak bertegur sapa n nak bertanya kabar, apa keadaannya skang, dah ada anak bini ke? banyaklah aku nak sembangkan.... So.....? apa aku nak buat.....
RINDU ITU ADALAH ANUGERAH DARI ALLAH.....
MUTIARA HATI 2
kau pergi tinggalkanku
masih lekang di hati ini
kau bilang ku mutiara hati
ku ingin berjumpa denganmu
namun dia tlah menghadap Ilahi
biarkanlah hanya dalam mimpi
tuk menghapus semua rinduku
ya ALLAH berikanlah aku
bonda yg berhati mulia
sebagai ganti dia yang pergi
tuk memimpin menuju redhaMu
tahu x lagu ini? Mutiara Hati, dalam Sinetron Mutiara Hati. Setiap kali aku dengar lagu ni memang rasa sayu coz melodinya memang syahdu.
kepada yang masih ibu mahupun bapa, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita. mereka yang menjada dan mendidik kita sehingga kita dewasa, sihat dan waras. sentiasa doakan kebahagiaan dan kesihatan mereka. kepada yang sudah tiada, doakanlah allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beruntung dan biarlah syurga yang indah itu menjadi tempat tuju akhir allahyarham. Sesungguhnya kita nanti akan mati juga..... tiada yang kekal melainkan ALLAH yang satu.....
syurga itu di bawah telapak kaki ibu.....
MUTIARA HATI
2 hari sahaja lagi..... tunaikanlah tanggungjawab anda. sesungguhnya satu undi daripada anda amatlah penting dan jangan abaikan amanah kita sebagai rakyat. pilihlah calon yang betul mahu memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara, jangan sekali memandang calon dari luaran sahaja, segak dan kemas tidak semestinya petah berkata dan ada semangat juang, walhal yang bersederhana dan melemparkan senyuman itulah yang menjadi teman dan pejuang yang memperjuangkan hak dan kebenaran. ukurlah baju di badan sendiri, jangan sesekali nak pinjam baju yang bersaiz XXXL sedangkan anda bersaiz S, hilang dan lesaplah dari pandangan. lebih sudu daripada kuah, memaku dulang paku yang serpih..... jadi kepada calon2 yang betul memperjuangkan apa yang ingin dinaunginya nanti, peganglah pada janji, jangan lupa diri, pastikan diri dilengkapi ilmu dan kuasa adil..... jangan sesekali menggunakan kepentingan orang yang menyokong anda demi kemaslahatan anda sendiri..... yang mengundi pula, jangan dipuja dan puji sang pemerintah yang dipilih, ucap tahniah dan tanda sokongan sudah cukup untuk menunjukkan tanda terima kasih kita pada pemimpin yang betul2 boleh memimpin..... segala puja dan pujian itu hanyalah untuk yang MAHA KUASA, iaitu ALLAH..... kita sebagai khalifah di bumi dan makhluk yang kerdil di dunia, seharusnya sedarlah..... ISLAM tetap kita junjung walau di mana kita berada..... peganglah pada tali ALLAH, bukan janji manusia yang mudah alpa..... janganlah sesekali mahu mendongak ke langit mencari bintang yang mahu di sentuh, rumput di bumi yang dipijak pula yang dilupakan, sedangkan rumput HIJAU itulah yang mengalas kakimu sewaktu kamu berjalan..... ISLAM tetap perlu diperjuangkan, kerana kebenaran ada disitu, tiada di jalan, tiada di mana2, melainkan dalam kasucian ISLAM itu sendiri..... dunia sudah semakin menghampiri penghujungnya..... Kiamat? kita tak tahu bila ianya menjelma, janji ALLAH tetap terlaksana, bila2 masa dan yang pasti KIAMAT pasti akan datang. Di akhir zaman, beginilah resam dan ragamnya..... manusia sudah berhati batu. kebenaran sendiri sudah tidak ketahui adakah ianya benar atau tidak..... bukan tiada lagi manusia yang boleh berfikir dan berilmu, tetapi kekuasaan menjadi hak milik mereka2 yang hilang rasa kemanusiaan, tamak haloba..... mereka yang di bawah menjadi mangsa kebobrokan pemimpin yang lupa siapa yang memilihnya..... pastikanlah pilihan anda tetap, tekad untuk melihat segalanya betul dan benar..... biarlah kita hidup dalam keamanan yang tetap dan damai, walaupun ianya hanyalah sederhana..... kesederhanaan dan "simple" itu lebih indah dan cantik dari yang megah yang tinggi..... ALLAH mengurniakan kita akal dan fikiran yang tinggi nilainya untuk digunakan memlih dan menuju yang baik dan hak, bukannya untuk keburukan dan kehinaan..... manusia oh manusia..... ALLAH ITU MAHA BESAR & AGUNG..... rancangan dan ciptaaan kita adalah khyalan semata2, ketetapan dan realitinya DIA sahajalah yang menzahirkannya..... ALLAH tidak sesekali memilih sesiapa yang dimahukannya baik atau tidak, tetapi hati dan nafsu kita yang rakus dan rapuh yang menentukan apa yang kita mahu jalani.... pujuklah hati, tenangkan fikiran, fikirlah semasak-masaknya sebelum bertindak, sebelum ada yang menyesal dan rugi..... peluang sekali seumur hidup, tapi adakah peluang akan ada untuk kali kedua? ada, memang ada, tetapi sanggupkah kita menunggu? menunggu sehingga semuanya sudah hilang dari pandangan baru kita mahu bertindak? alangkah bodohnya jika itu yang kita mahu..... mahu segalanya pudar dan keruh, dikala itu..... apa lagi yang ada dan terdaya untuk kita kembalikan..... tapi hendak seribu daya, tak mahu seribu macam dalih kita taburkan..... peganglah nekad di hati yang kita mahu segalanya bahagia dan aman..... apalah lagi yang anda fikirkan....?
Alangkah indahnya jika hidup ini......
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.
Rabi'a al-Adawiyya
Rabi'a al-Adawiyya