He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Thursday, March 6, 2008

MUTIARA HATI

2 hari sahaja lagi..... tunaikanlah tanggungjawab anda. sesungguhnya satu undi daripada anda amatlah penting dan jangan abaikan amanah kita sebagai rakyat. pilihlah calon yang betul mahu memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara, jangan sekali memandang calon dari luaran sahaja, segak dan kemas tidak semestinya petah berkata dan ada semangat juang, walhal yang bersederhana dan melemparkan senyuman itulah yang menjadi teman dan pejuang yang memperjuangkan hak dan kebenaran. ukurlah baju di badan sendiri, jangan sesekali nak pinjam baju yang bersaiz XXXL sedangkan anda bersaiz S, hilang dan lesaplah dari pandangan. lebih sudu daripada kuah, memaku dulang paku yang serpih..... jadi kepada calon2 yang betul memperjuangkan apa yang ingin dinaunginya nanti, peganglah pada janji, jangan lupa diri, pastikan diri dilengkapi ilmu dan kuasa adil..... jangan sesekali menggunakan kepentingan orang yang menyokong anda demi kemaslahatan anda sendiri..... yang mengundi pula, jangan dipuja dan puji sang pemerintah yang dipilih, ucap tahniah dan tanda sokongan sudah cukup untuk menunjukkan tanda terima kasih kita pada pemimpin yang betul2 boleh memimpin..... segala puja dan pujian itu hanyalah untuk yang MAHA KUASA, iaitu ALLAH..... kita sebagai khalifah di bumi dan makhluk yang kerdil di dunia, seharusnya sedarlah..... ISLAM tetap kita junjung walau di mana kita berada..... peganglah pada tali ALLAH, bukan janji manusia yang mudah alpa..... janganlah sesekali mahu mendongak ke langit mencari bintang yang mahu di sentuh, rumput di bumi yang dipijak pula yang dilupakan, sedangkan rumput HIJAU itulah yang mengalas kakimu sewaktu kamu berjalan..... ISLAM tetap perlu diperjuangkan, kerana kebenaran ada disitu, tiada di jalan, tiada di mana2, melainkan dalam kasucian ISLAM itu sendiri..... dunia sudah semakin menghampiri penghujungnya..... Kiamat? kita tak tahu bila ianya menjelma, janji ALLAH tetap terlaksana, bila2 masa dan yang pasti KIAMAT pasti akan datang. Di akhir zaman, beginilah resam dan ragamnya..... manusia sudah berhati batu. kebenaran sendiri sudah tidak ketahui adakah ianya benar atau tidak..... bukan tiada lagi manusia yang boleh berfikir dan berilmu, tetapi kekuasaan menjadi hak milik mereka2 yang hilang rasa kemanusiaan, tamak haloba..... mereka yang di bawah menjadi mangsa kebobrokan pemimpin yang lupa siapa yang memilihnya..... pastikanlah pilihan anda tetap, tekad untuk melihat segalanya betul dan benar..... biarlah kita hidup dalam keamanan yang tetap dan damai, walaupun ianya hanyalah sederhana..... kesederhanaan dan "simple" itu lebih indah dan cantik dari yang megah yang tinggi..... ALLAH mengurniakan kita akal dan fikiran yang tinggi nilainya untuk digunakan memlih dan menuju yang baik dan hak, bukannya untuk keburukan dan kehinaan..... manusia oh manusia..... ALLAH ITU MAHA BESAR & AGUNG..... rancangan dan ciptaaan kita adalah khyalan semata2, ketetapan dan realitinya DIA sahajalah yang menzahirkannya..... ALLAH tidak sesekali memilih sesiapa yang dimahukannya baik atau tidak, tetapi hati dan nafsu kita yang rakus dan rapuh yang menentukan apa yang kita mahu jalani.... pujuklah hati, tenangkan fikiran, fikirlah semasak-masaknya sebelum bertindak, sebelum ada yang menyesal dan rugi..... peluang sekali seumur hidup, tapi adakah peluang akan ada untuk kali kedua? ada, memang ada, tetapi sanggupkah kita menunggu? menunggu sehingga semuanya sudah hilang dari pandangan baru kita mahu bertindak? alangkah bodohnya jika itu yang kita mahu..... mahu segalanya pudar dan keruh, dikala itu..... apa lagi yang ada dan terdaya untuk kita kembalikan..... tapi hendak seribu daya, tak mahu seribu macam dalih kita taburkan..... peganglah nekad di hati yang kita mahu segalanya bahagia dan aman..... apalah lagi yang anda fikirkan....?
Alangkah indahnya jika hidup ini......

No comments:


Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya