6 Ogos 2008, Taman Melawati - Hampeh, banyak la plak tender menender yang aku kena siapkan hari ini. Esok nak hantar, so hari ini siapkan awal2, x de la aku kelams kabuts. Makan tengah hari..... Nasi Ayam Berempah tajaan bos, semua staf dapat sebungkus dikepilkan bersama dengan sekotak air laici.
Petang pun sama, masih bertungkus lumus menyiapkan sisa2 penulisan sambil diselangi gelak ketawa dan borak bersama kak Zyirene. Macam2 topik menjadi perbahasan dari le "*** dance" hingga le bab2 agama - especially MUNAKAHAT. Tetiba aku bertanya kak Zyirene pasal Khuluk, Li'an, Nusyuz..... dah lupa la beb, nak refresh balik pasal hukum hakam nih. Bukan bleh dibuat main2......
Habis kerja, aku blah, sampai umah rileks dan mengadap kipas dengan tujuan mengambil feel berada kat kutub utara sambil ditemani beruang polar.....
Dah malam, nak plak aku menlantak, so Bro Uzzey ajak makan kat kedai Ponds, Jalan Kuchai Lama. Sebelum tuh singgah dulu ke Hero, beli Hair Cream. Nampak plak shop kegemaran aku DIY Hardware, nama je hardware, tapi software/tupperware/segala jenis ware ada kat kedai nih, murah tahap gaban plak tuh..... Bro Uzzey beli beg plastik, nak isikan buah tangan untuk atuknya kat kampung. Sambil2 aku membelek mencari barang yang aku berupaya nak beli, ternampak pula sticker & palstic bag yang ada gambar2 princess..... terus ingat kat Iman, anak kak Zyirene. Alang2 brapa sen je harganya, dan tambah pula dah nak abis, aku belikan untuk dia wat koleksi..... Hope dia happy le aku bagi nanti..... murah je, x mampu nak belikan yang grand. Nak grand gak tengok gransazer kat tv tuh.....
Itulah sahaja laporan berita untuk hari ini, bak kata KaramSinghWalia, Ibarat Kucing tidak bergigi, Tikus berani melompat tinggi..... kaitannya ngan cerita aku..... memang x de, nak bagi gempak je beb. Chow!