He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Thursday, November 29, 2007

THE PICTURES


fotografi memang salah satu hobi aku, tapi bukanlah satu kepakaran aku untuk dipertunjukan dalam bidang ini, cuma mencuba dan terus mencuba... kalau ok, bolehlah aku teruskan, kalau tak, i still can learn and gain the knowlegde... rite?

all of those pictures in this blog, aku cuma menggunakan kamera telefon mudah alih aku sahaja... really, captured by SAMSUNG SGH-U600 and edited by that phone... 3.2 megapixels, auto focus... semuanya memuaskan hati aku dan semua gambar tu agak menarik dan jelas...

jadi kalau ada masa terluang dan juga ada idea, aku mengaplikasikan kemudahan yang ada, dengan semangat nak mencuba dan terus mencuba... ok lah untuk aku yang hanya untuk kepuasan hati sendiri dan jiwa sendiri...

bolehlah daripada tiada apa yang nak aku lakukan dan luahkan... just a simple things...

KEPUTUSAN...


mana aku belajar, di situlah aku mengambil peperiksaan... 20 november it's my last paper exam... for this semester lah...

3 papers semuanya, early this month memang aku pening dan sibuk... then pagi tadi just check the website, mana la tau kot2 keputusan dan keluar...

just shock!!! 2 of 3 papers dah terpampang keputusannya...

alhamdulillah, dapat juga gred yang memuaskan hati, berbaloi dengan apa yang aku dah belajar dan buat sebelum exam tuh... kalau dapat gred lagi bagus lagi seronok... syukurlah...

STUFF...





STUFF...





UNTUNGNYA...



pagi khamis yang sejuk dan nyaman (dalam office le, kat luar tak tau la plak)... sarapan hari ini memang belum makan dan setiap hari aku memang tidak bersarapan... hmmmm... macam mana tuh...

tak perlu nak bersarapan, "4 beautiful & adorable mummy" kat floor ni memang pemurah, setiap pagi ada sahaja makanan yang terhidang... jadi sarapan ke tidak aku tak kisah, selagi aku bekerja di sini... seronok kan? mereka semua baik, ceria, seronok dan kelakar... memang ceria dan gembira hari-hari aku kat office... sebelum keje sini nak datang ke office pun memang aku tak berapa suka, suasana dan ceritanya x mengujakan... but now... x sabar rasanya nak datang office, coz i have life here...

thanks to all 4 beautiful & adorable mummy KAK WA, KAK ZYIRENE, KAK BADA, & KAK FIDA... thank you so much...!!!

this morning, just have a slice of kuih seri muka, hmmm... yang ni KAK ITA yang buat, she at 2nd floor of my office. sebelahnya KAK INA. these 2 mummy pun sama best ngan 4 mummy yang ada kat floor aku... kalau lunch, biasanya akak berdua ni lah yang makan bersama aku... kalau berborak... memang riuh rendah la ngan gelak ketawa diaorang... wah, betul2 seronoklah aku kat sini...
+++ nak lunch apa hari ni...? +++

Wednesday, November 28, 2007

5.10 PM... RINDUNYA...



5.30 PM, sekejap saja lagi. Entah kenapa asyik ingat kepada dia... tersangat pula tu. arghhh... adakah dia ingat pada aku...? entahlah. secara jujur, sememangnya hari-hari yang berlalu tiada lain yang aku ingat melainkan dia... bila nak muncul lagi si dia...? memang aku baru bertemu dengan dia... tapi... rindunya tak dapat aku bendung... bila mahu muncul lagi...? the burden is still here. the burden is too much, and i can't stand it anymore...

rindunya... aku pada dia... rindukah dan ingatkah dia pada aku...?

MAMA n ABAH... I MISS U SO MUCH...!

MINUM PETANG KE TAK?

+++ KaRiPaP +++
+++ sUkA mAkAn TaPaI pUlUt...? YuMmY...! +++
+++ RoTi BaKaR kE...? +++
+++ HoT NeScAfE... OnE FoR mE aNd oNlY... +++

PERMATA atau PERTAMA

menjadi PERMATA memang beruntung... menjadi yang PERTAMA juga seronok...
memiliki PERMATA, bertuah dan seronoklah... memiliki yang PERTAMA juga menggembirakan...


PERMATA atau PERTAMA, mana yang anda mahukan? kedua-duanya boleh? tiada alasan dan sebab untuk tidakkan? aku? alhamdulillah kedua-duanya memang aku ada dan sudah memilikinya...

PERMATA itu ada harganya... PERTAMA itu tinggi penghargaannya...
PERMATA itu pelbagai warna dan bentuk... PERTAMA itu bentuk dan nukilnya bagus dan hebat...
PERMATA boleh dibeli dan dijual... PERTAMA boleh dimiliki dan diusahakan...
PERMATA boleh ditinggikan nilainya... PERTAMA sememangnya besar nilainya...
PERMATA dan PERTAMA... ada bezanya, tapi yang mana lebih hebat, tinggi dan mahal...?

terpulanglah istilah mana yang anda lebih suka, hak anda untuk memilih dan memilikinya...

yang PERTAMA itu permulaan... PERMATA itu hadiahnya...
yang PERTAMA itu kita mahukan... PERMATA itu ibaratnya kemahuan kita...
yang PERTAMA itu menguntungkan... PERMATA itu nilaiannya dan tarafnya...

PERMATA susah dicari... yang PERTAMA jua akan menjumpainya...
PERMATA bukan untuk dibuang... yang PERTAMA juga akan menyimpannya...
PERMATA boleh ditukar ganti... yang PERTAMA akan menukarnya...

PERMATA bukan PERTAMA... PERTAMA bukan bayang PERMATA...

HILANG #2

HILANG lagi...

+++ KASUT & JAKET & MAGNUM +++

huh... timberland aku hilang, lesap... sampai hati si pencuri... berkaki ayam mencari sepasang alas di masjid As Syakirin KLCC, mencari alas, biarlah buruk asal kakiku beralas... huh sampai hati...

padini... lesap jua, salah dan silap aku. Maaf, kerana tertinggalkan si padini coklat gelap dalam surau KL Sentral... hilang lagi... nak cari...? senang jawabnya... anda sendiri pun tahu...

aiskrim magnum? kalau itu hilang dalam kelaparan aku tiadalah nak dikisahkan, magnum berbutang 5 ni yang masalahnya... sayng... 6 tahun bersama, hilang atas ketamakan insan juga... manusia sahaja yang tamakkan? ada ke makhluk lain selain manusia yang bersifat tamak...? terkial-kial mencari aku pasangan baru... masih magnum juga... dah takdir.

+++ DUIT +++

lumrah... banyaknya hilang bukan boleh dikira. hilang di kaunter paling banyak, atas kemahuan sendiri... hilang dari simpanan pun atas kehendak sendiri. hilang tanpa pengetahuan yang merunsingkan aku, banyak betul tangan-tangan yang jahat, mahu memiliki harta, tapi jalan salah jua yang dipilih... siapa?

hilang kerana di beri orang dan tak dipulang-pulangkan? huh... sakit hati nak difikirkan... banyak tak? banyak...

+++ bersambung lagi...

MENGEJAR MASA...



nak kejar ke...? tak sempat rasanya, bukan saja tak sempat bahkan tak terkejar rasanya. masa itu emas? hmmm... betul, memang lah masa itu amat berharga, tak ternilai harga sesuatu masa itu...

masa, waktu, ketika, detik... semuanya ada cerita masing-masing kan...? masa yang paling menggembirakan, waktu yang paling membosankan, ketika yang paling menyedihkan, detik yang paling menyentuh perasaan... anda pernah mengalaminya? kalau belum, masa yang berlalu dalam hidup anda belum lengkap rasanya. atau sememangnya anda tidak akan menempuh sesetengahnya, mungkin belum tiba masanya...

waktu MAMA mengucapkan SELAMAT HARI JADI ke 25 yang lepas, ianya menyentuh perasaan... sungguh manis dan dalam pengertian ucapan MAMA... aku masih simpan dan akan ku ikat kemas di minda dan hatiku... thanks MAMA...

ketika ABAH menasihatkan "be the best for your exam" dan menyuarakan kegembiraannya padaku kerana dia gembira atas kejayaan aku... it's the best moment yang aku akan kenang dan kenang jua. baru saja beberapa hari lepas... dan ianya membuatkan aku begitu rindu untuk bersemuka dengan MAMA n ABAH, bersalam mencium tangan dan memeluk mereka berdua...


secicip rezeki yang ALLAH kurniakan pada aku, sangat aku mensyukurinya. dihadirkan dengan kesihatan dan kehidupan yang sebegini, aku cukup bahagia dan amat bahagia. itulah masa untuk aku merasa bahagia...

BANYAK masa dan ketika perlu aku kumpulkan untuk melihat segala sudut hidupku kini, kadang-kadang tertanya pada diri sendiri, penuh sudahkah ruang hidup aku yang selama ini aku tempuhi...? 25 tahun, belum matang dan terlalu nipis pengalaman yang aku jalani...

masa, ketika, waktu dan detik... telah lama berjalan dan tetap akan berlalu dan melepasi walaupun kita menunggu atau tidak... masa itu emas, masa itu wang, masa itu permata, masa itu berharga... ada ke masa yang tidak berharga...?

bukan boleh dibeli masa itu... bukan tak ada nilai, tapi harganya amat mahal... mahal sehingga akal manusia tak terjangkau untuk dinilai...


demi masa, sesungguhnya manusia sesungguhnya dalam kerugian...

Tuesday, November 27, 2007

TERBANG KE LIVERPOOL #1 (novel yg entah bila la nak siap...)


“Alamak!” Terpekik rafiq tiba-tiba. Matanya yang tak gatal terus di gosok hingga kemerahan. Dah 6.30 rupanya, Rafiq terlepas sahur lagi hari ini.
“Kelaparan lagi la nampaknya aku hari ni….” Ini dah masuk kali ke enam sahurnya tertinggal. Minum pun tidak.
“Letih lagilah aku....” tidurnya disambung lagi, kecewa sahurnya tertinggal.

Ramadan dah masuk hari ke 21 hari ini, alhamdulillah, rafiq masih gagah meneruskan puasanya.
“Harap-harap penuhlah puasa aku kali ini... “ Rafiq bersuara keseorangan.
“Awal kamu sampai hari ni? Lamunannya terganggu dek suara garau Wak. “Sekali sekala, nak juga datang awal, punch card asyik merah, nak juga tengok warna lain.” Rafiq beralasan jelas.

Rafiq menyambung kerjanya seperti biasa. Sempat juga berangan dan berkira-kira tentang perbelanjaannya untuk raya kali ini. Banyak yang nak di beli, tapi duitnya masih tidak cukup. Untuk mak dan ayah, untuk adik-adiknya, saudara-mara, semuanya nak dibeli, tanda sayang dan kasihnya pada keluarganya, tambah pula untuk Haqi kesayangannya, lagi banyak nak di beli, makin pening makin serabut!

“Untuk dia pulak.....?” teringat pula pada Widad, kekasih lamanya yang masih tak lekang di hatinya. Widad, kasih dan cinta Rafiq tak pernah berubah walau sekelumit.

“Tapi nak ke dia terima pemberian aku yang tak seberapa ni....?” keluh kesal hati Rafiq memikirnya. Hendaknya membuang ingatan pada Widad sejauh yang mungkin, tapi apakan daya, kasihnya pada Widad setulus dan seputih kapas, tak terusik. Entah kenapa kasih dan sayang mereka berdua terputus tanpa apa-apa sebab. Widad terus sepi dan sunyi di Belfast sana tanpa sebarang khabar dan berita, itu sahaja yang dia tahu. Mungkin dia dah bahagia dan gembira di sana dengan teman-temannya.

“Aku hanya kerani, gaji tak seberapa, siapalah nak pandang aku....” Rafiq mengeluh sendirian. Rafiq tak pernah menyesal kerana gagal menghabiskan pengajiannya dulu di universiti, semuanya dah tertulis. Terlalu banyak dugaan yang di alami sehingga segala yang dirancangnya terhenti tanpa penyelesaian.
Banyak lagu dan melodi sedih mengiringi sepanjang hidup Rafiq, tapi dia tetap reda dan terima segalanya tanpa menyalahkan sesiapa. Tulus dan suci hatinya hanya Halim, sahabat sejatinya sahaja yang tahu. Tapi kerana ketulusan dan kebaikannya itulah sering kali dipergunakan oleh makhluk-makhluk yang bertopengkan manusia.

+++ bersambung...

HILANG...


2007 belum meninggalkan sejarahnya lagi...
nukilan sejarah dalam liputan hidupku memang beraneka ragam dan cerita untuk 2007 ini. gembira, ceria, hiba, duka, sengketa melapisi hari demi hari 2007 dengan penuh ragam dan coretan...

alangkah dewasanya perjalanan hidup kini, namun aku rasa masih di takuk lama. alangkah indahnya hidup ini, semua mengasihi dan dikasihi, tapi ianya makin pudar.

+++ KAWAN +++

kawan, sahabat, teman, rakan seakan sama... tapi jurang ertinya amat terbias berbeza. HILANG kawan, HILANG saudara... begitu mudah terjadi di kala penghujung waktu ini... agak malang rasanya kalau ianya HILANG begitu sahaja. bukan dan tak pernah sekali ku minta, ketentuan dah terukir, apa kudrat aku hendak melawan. setahun perkenalan bukan mudah nak jaga, hati manusia bukan boleh diduga. bukan niat aku tak mahu menolong dia, tapi aku dalam kesempitan dan kekalutan di waktu itu, sedangkan aku dah berjanji dan tetap dengan pertolongan aku dan akan kutunaikan. belum sempat aku menghela nafas sengsara, dia hilang tanpa bicara. membuatku rasa bersalah dan bersalah, dan jua bersalah. marahnya membuak padaku, mungkin... sepatah kata dan khabar x pernah di ceritakan lagi padaku... biarlah, dan aku biarkan. biarkan dia memikirkannya dan mencari masa dan ketika... akan aku tunggu...

+++ MOTOROLA +++

sedih jugaklah, motorola kesayangan HILANG, atas kelalaian dan kebobrokan aku sendiri. sayangkan...? sayang pada motorola tu bukan aku cipta, banyak kenangan... indah? sedih? macam-macamlah.... HILANG motorola muncul pulak samsung, tapi rasanya ada juga hikmah disebalik keHILANGan ini... dapat juga partner baru...

+++ sambungan... nanti lah nak listkan apa yang HILANG...

JUST NEED A SHORT BREAK.....


kelam kabut, resah, gelisah, kalut...
takut, runsing... berderau darah...

kelibat dunia sekarang sebegitulah paling jelas untuk digambarkan...
di mana ada manusia, berlubuk bermacam-macam peringkat dan tahap tentang perihal kebiadapan manusia menjengah dan melingkar di muka bumi...

mana lagi kedamaian yang telus dan seputih kapas perlu kita cari...
sukar sungguh untuk melihatnya, walaupun sekadar bayang-bayang...

manusia mudah lupa, bukan sahaja MELAYU mudah lupa, semuanya mudah lupa dan alpa. keinginan dikejar mencari kepuasan, sehingga terabai sisipan jujur dan manis yang dulu nenek moyang kita mengadun bagai menatang minyak yang penuh. biar mati anak jangan mati adat... biarlah kedua-duanya mati asalkan hati sendiri dipuasi... itulah realiti bukan jelmaan fantasi yang dahulunya hanya kudis di hati...

HIDUP...

set catur kesayangan... tapi bukan reti main pun... jadi hiasan pun ok lah.

semalam aku x makan malam, lapar bila bangun pagi, tapi sarapan x jugak makan sampai skang... nak kata lapar x juga, nak kata x lapar ntah lah... alhamdulillah, aku masih hidup dan bernyawa, sihat walafiat... akal pun masih waras...

hidup manusia kerana apa?
nafsu?
akal fikiran?
makan?

manusia hidup dan mendepani pelbagai masalah... hidup tanpa masalah x bererti dan itu bukannya hidup... kesenangan dalam hidup pun ada cabaran dan getir yang perlu dilalui, jadi hidup itu satu anugerah untuk manusia. mati sahaja yang tiada masalah untuk difikirkan... orang gila? pun sama, tiada apa yang nak difikirkan, cuma yang waras sibuk mencampuri urusan orang gila... jadi siapa yang gila...?

percaturan hidup manusia, memang manusia juga yang perlu mengemudinya. semua perlu disantun dan dilayar dengan hemah, agar kita x tersadai dan hanyut di muara mati. hidup kita sekejap di atas, sekejap ke tepi, sekejap parah, sekejap sakit, kadang-kadang riang, kadang-kadang rasa sempurna.

jadi kalau ada petikan: hidup manusia bagaikan buah catur, ditendang tolak, ada hitam dan putih, menang dan tersungkur, itulah realitinya... jangan kita tersungkur sebelum berjuang, jangan sudah sesat baru nak pulang, dan jangan kita sakit baru nak berakit... sudah tiada maknanya lagi...

JUST TO START....




Bismillahirrahmanirrahim....

sebagai kalam pembuka dan pemula, inilah langkah pertama untuk aku menulis seperti yang tertulis...

lama sudah aku menunggu masa, bukan x pernah ada waktu, aku yang mencicirkan detik itu, x sedar ketika itu sudah pergi meninggalkan jauh...

perancangan manusia, kita, aku... ketentuan juga dariNya...

Assalamualaikum...

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya