SP_A0256.jpg)
SP_A0257.jpg)
semalam aku x makan malam, lapar bila bangun pagi, tapi sarapan x jugak makan sampai skang... nak kata lapar x juga, nak kata x lapar ntah lah... alhamdulillah, aku masih hidup dan bernyawa, sihat walafiat... akal pun masih waras...
hidup manusia kerana apa?
nafsu?
akal fikiran?
makan?
manusia hidup dan mendepani pelbagai masalah... hidup tanpa masalah x bererti dan itu bukannya hidup... kesenangan dalam hidup pun ada cabaran dan getir yang perlu dilalui, jadi hidup itu satu anugerah untuk manusia. mati sahaja yang tiada masalah untuk difikirkan... orang gila? pun sama, tiada apa yang nak difikirkan, cuma yang waras sibuk mencampuri urusan orang gila... jadi siapa yang gila...?
percaturan hidup manusia, memang manusia juga yang perlu mengemudinya. semua perlu disantun dan dilayar dengan hemah, agar kita x tersadai dan hanyut di muara mati. hidup kita sekejap di atas, sekejap ke tepi, sekejap parah, sekejap sakit, kadang-kadang riang, kadang-kadang rasa sempurna.
jadi kalau ada petikan: hidup manusia bagaikan buah catur, ditendang tolak, ada hitam dan putih, menang dan tersungkur, itulah realitinya... jangan kita tersungkur sebelum berjuang, jangan sudah sesat baru nak pulang, dan jangan kita sakit baru nak berakit... sudah tiada maknanya lagi...
No comments:
Post a Comment