Happy..... for a while. Because today, tak ada benda yang tak best berlaku..... Kenapa? May be hari bertuah aku..... Dari pagi, kerja memang ada & agak banyak. But aku tak de le kelam kabut ke sana ke mari coz belum ada closing date untuk tender2 yang aku uruskan. Even today banyak jugak tender2 gedabak yang masuk, but I'm still cool n relax..... Dari pagi sampai tengah hari, rasa sekejap sangat sampai dah lunch hour pun masih mengadap komputer, dari petang nak abis office hour pun aku rasa sekejap sangat sampai nak check email2 n friendster n facebook n others pun x sempat. Then bila petang dah nak balik, our million dollar client call, nak aku quote complete items untuk satu tender, sebab sebelum nih aku ada exception untuk 1 item coz material x bleh nak carik. Belek2, 2 million punya tender! Hmmmm..... means price yang aku carikan tuh, competetive n menarik perhatian client tu le, x pun x banyak competitor yang masuk bidding. So pada jangkaan aku, dia nak aku lengkapkan juga quotation tu untuk berikan "aku" order tuh! Pergh.... 2 million beb, sensorang plak tuh aku buat tender nih..... Apa yang pasti keputusan di sana belum dicapai, & aku hanya menanam harapan dan harapan demi harapan agar aku berjaya dapatkan tender tuh! Cayalah! Insyaallah!
Kemudian aku blah le nak balik ke rumah, itu yang pasti. Sampai kat Pandan Indah dapat satu sms dari K Zyirene - "Nak join mak makan steak kat Pandan Indah x?" Mak? bila pulak dia jadi mak aku? Mak aku sihat ada lagi kat kg. Nak kata dia mak angkat aku, muda lagi baru 18 tahun katanyalah..... Yang pasti anak dah dua, aku anak sulung dia ke? Nape plak bapak aku nama lain, laki dia nama lain..... konpis den!
That time aku tgh ride motor, so aku abaikan seketika niat nak reply..... So I thought dia nak ajak aku makan malam nanti..... Belum sampai umah lagi K Zyirene call, ghupanya dia dah sampai kat sana dah..... Memikirkan ajakannya, so aku call balik setibanya di rumah, dan menerima pelawaan makan kat sana. So turning back to Pandah Indah balik le..... Cuaca dah nak hujan, terpikir gak kang x sempat sampai basah kuyup, mcm mana aku melantak steak nanti..... Ku teruskan jua perjalanan menuju ke destinasi yang aku x tau..... Memandangkan tempat ni aku x pernah pegi 3, 4 kali gak aku call dia sebelum aku ketemuan. Namanya Moon's Kitchen. Tempatnya agak kecik, but nampak ok, berhadapan dengan flat perumahan dan sekolah. Aku x pasti plak Moon tu nama tauke atau sempena mukanya macam bulan. But K Zyirene cakap taukenya laki..... Mungkin nama aweknya kot.....
Sesampai je, terus menatap menu dan aku order Beef Black Pepper Steak - Argentinian Beef! ngan air Longan gelas besar..... Nak melantak punya pasal. Di hidangkan di dalam plate besi yang panas, bunyi kuah black peppernya yang menggelegak je dah buat aku x tahan. Menarik dan size dagingnya agak besar dan tebal..... membuatkan aku bertambah selera.
Iman makan Mushroom Soup ngan Garlic Bread.
Ni le ayah si Iman ngan Zarra merangkap Master or Mister Piyan@Sophian, a.k.a husband K Zyirene..... Actually dia makan sepinggan ngan K Zyirene, Black Pepper Steak Kambing Mbeeekkkk!!!!! Romantika di bulan September le kiranya tema dia..... nanti bulan Jamadil Akhir punya tema macam mana pulak.....?
Hari dah nak ujan, dan dengan tiba2 abis le pulak aku makan steak tuh, ntah cam mana aku telan sampai habis. Pastinya perkenalan aku ngan Moon's Kitchen tidak berakhir di situ sahaja rasanya, lain kali aku nak pegi lagi.....! Best le steak nya..... Best le untuk affordable & cheaper steak yang ada class. Kuahnya pekat dan daging yang lembut dan tebal, tu yang penting! Perut kenyang lagi le penting. Aku ingat aku kena bayar sendiri, ghupanya dia ajak aku joint makan nak belanja aku rupanya..... Kalau tahu akak nak belanja x de le saya order yang mahal2, just makan angin pun x pe..... tapi dah kenyang pun, sedap.... Lain kali payungkanlah hamba lagi ye! Tapi mmg dia kena belanja aku pun pasal kalah dia bet teka kopi yang Maziah belikan perisa Hazel nut or Almond. Dia nak gak bet ngan aku yang juara nih..... kan dah kena. But pasni aku plak kena belanja dia..... hmmmm..... Nak carik keje lain le..... huhuhuhuhu.......
Balik ke rumah, aku basah kuyup, mcm aku terjun kolam lah punya basahnya. Hujan lebat..... sejuk. Tidur mmg best, but ada hal nak settlekan dulu..... Chow!