He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Thursday, July 23, 2009

HIDUP DALAM KHAYALAN

Pernah anda berkhayal nak hidup selain daripada diri anda sekarang? Hmmm.... apa yang anda nak jadi?
  • Nak jadi Superhero ke? boleh kemana-mana dalam sekelip mata dan boleh tangkap orang jahat.....
  • Nak jadi orang yang kaya raya? semua benda boleh beli, semua tempat boleh pergi.....
  • Nak jadi raja atau sultan? semua orang akan hormat dan sanjung tinggi.....
  • Nak jadi orang yang paling hensem? semua perempuan tergila-gilakan nanti.....
  • Nak jadi orang yang paling gagah? semua benda boleh diangkat dan diselesaikan dengan mudah.....
  • Nak jadi manusia paling popular? semua orang akan kenal walaupun nampak hidung je.....
  • Nak jadi bos? semua pekerja kita boleh arahkan sebab gaji bos yang bayarkan.....
  • Nak jadi pemain bola sepak paling hebat? semua kelab2 bola berebut nak dapatkan.....
  • Nak jadi pemain piano dan gitar berbakat? semua syarikat muzik nak sign kontrak.....
  • Nak jadi penyanyi suara paling merdu? semua orang nak nyanyi macam dia.....
atau,
Anda nak jadi seekor burung..... terbang tinggi tanpa resah dan gelisah memikirkan resam dan ragam hidup yang berpanjangan dengan ujian dan dugaan.....
atau,
Anda nak jadi sepohon kayu yang berdaun lebar dan lebat, hidup gagah berbunga dan berbuah manis yang cukup indah.....
atau,
Anda nak jadi ikan di lautan yang berenang bebas tanpa ada batas, berkeliaran riang di alam yang sungguh luas tanpa penat memikirkan masalah seharian.....
atau,
Anda nak jadi bunga yang wangi dah indah yang mekar dengan warna warni yang memukau tanpa jemu dan penat.....
atau,
Anda nak jadi gumpalan awan yang memutih, berarak cantik ditiup angin tanpa sibuk dengan urusan harian yang membebankan.....
atau,
Anda nak jadi diri anda sekarang.....
Yang pastinya, hidup kita ini pasti. Tanpa ada ilusi dan khayalan. Hanya kita yang meresahkan dan memebebani akal untuk menuntut hidup yang berbeza dengan apa yang dihadiahkan ALLAH pada kita. Jadilah seadanya diri kita, kerana apa kejadian kita itu, ada keistimewaan dan kebaikan yang tersendiri. Bukan diadakan sesuatu oleh ALLAH tanpa ada sebab, semuanya lengkap di atur dan disusun sejak azali lagi. ALLAH mengurniakan kelebihan pada seseorang, bukan untuk dicemburui, tetapi untuk digunakan bersama, kerana yang lebih pastti ada yang kurang, sama juga yang lemah ada kekuatannya juga. Apa yang pasti kita hanyalah hambanya yang diberi peluang menjadi khalifahNYA di muka bumi yang fana ini. Akhirat yang pasti, kekal abadi tujuan penghabisan kita. Kita hanya perantau, musafir yang berjuang. Tabahkanlah hati, tegakkanlah yang hak, dan jadilah diri kamu sendiri tanpa berselindung di sebalik tabir ciptaan syaitan yang mahukan kamu sesat. Hidup ini bukan khayalan, khayalan itulah yang hidup.....

JANGANLAH.... ITUKAN API.....

API..... jadinya amat panas dan membakar. API..... lecur dan musnah bila menjalar. API..... janganlah sesekali bermain dengan api. Sesungguhnya ia membinasakan..... Janganlah sesekali bermain dengan api-api yang membahayakan, meletup akibatnya, diri sendiri yang musnah. Hati itu ibarat api yang kecil, kawan lagaknya. Namun jika disimbah dan diherdik, lawan jadinya, membakar dan mengamuklah hati-hati yang dicabar..... Janganlah sesekali menganggap hati-hati kecil umpama api lilin dan pelita yang hanya perlu menerangi malam yang singkat, sedangkan hati-hati inilah yang menjadi penyeri dan peneman hati-hati lain di kala memerlukan. Pabila api menjadi besar dan merebak, musnahlah hati-hati molek menjadi hati-hati yang baran dan kemarau..... Peganglah hati supaya apinya menyinar dan menerangi bukan membakar kebenaran yang tersirat. Aku Perlu Ingat.....

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya