He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Wednesday, July 30, 2008

MELAYAN

Melayan rindu lah pada mama ngan abah & adik-adik aku kat kampung..... Rindu sangat2! Sambil melayan rindu pada mama & abah serta adik2 aku, aku dengar lagu2 syahdu nan sayu. Tapi lagu arab la beb.....! baru feeling habis.....! Biarpun aku x faham, tapi lagu yang aku dengar nih semua lagu2 orang yang patah hati bercinta..... Tapi aku x de le sampai tahap tu, cuma melodinya cukup indah, dan patah perkataan arab begitu lunak dan menusuk kalbu! Huhuhu.....

Antara lagu yang aku suka sangat:

Te'dar Tetkallam by Amr Diab (from album Allem Alby)
Ana Alby 'Alaik by Ziad Borji (from album Ana Alby 'Alaik)
Ana Nesitek by Amr Mostafa (from album Ayami)
Khalek Ma'aya by Amr Diab (from album El Leila Di)
Tamally Maak by Amr Diab (from album Tamally Maak)
Lamastak by Amr Mostafa (from album Ayami)

Dan satu lagi lagu yang memang je aku dengar, boleh buat aku menangis serta merta,
Ummi by Ahmad Bukhatir.
Melodinya yang sayu, membuatkan aku nak balik kg nak jumpa mama!!!!!

Memang lagu arab nih, yang ballad & kontemporari nih aku suka sangat, bukan yang asli arab punya, yang tuh tang bergelek boleh la nak layan.

Kalau nak dengar gak pi laman web http://en.hibamusic.com/ - just for listening only.
Kalau nak dengar & download pi laman web http://www.nogomi.com/.

Ramai artis2 himpunan seluruh tanah arab - Mesir, Lubnan, Arab Saudi, Jordan, Syria, Iraq dan lain-lain. Pada pandangan aku, Mesir & Lubnan serta Syria punya muzik dan suara artisnya masyuk beb! Selamat Melayan!

HIDUP ITU RAPUH

Waktu aku berjalan, ku terlihat sang kupu-kupu malang, rebah di pinggiran bangunan yang gah, menapak resah dan letih, kerana hilang kudrat..... sayapnya hilang kekuatan, entah kenapa dan entah di mana. Mudah dan senang riwayat sang kupu-kupu, hidupnya terbang mencari haluan, namun telah tertulis dirinya bukanlah kekal abadi. Sekejap dan seketika sahaja, namun kejadian dan kehadirannya bukan tidak dipeduli, tapi sudah hilang kekuatan alam yang menjadikannya sementara sahaja. Itulah ketentuan ALLAH, apa pula tentang hidup kita dan hidup dia.....
Sehaluankah kita dengan nasib sang kupu-kupu itu? Haruskah kita menanti rebah baru tersugul mengingat mati yang abadi? Sukar untuk aku menjelaskan apa yang terbuku di hati mu..... wahai manusia. Akhir kita bukanlah yang cela kita mahu, namun bersediakah kita untuk membuka hati merima sinar yang jelas? ALLAH jua yang tahu.....

Hidup itu melalui masa, ada masanya kita di atas, bukan selalu juga kita lupa bila kita di bawah. Kita diberikan masa yang cukup lama untuk memikirkan haluan hidup kita. Tapi pastikah kamu memilih rentak dan corak yang bersih dari kedajalan dunia yang kelam? ALLAH dan kamulah yang mengetahui isi hati mu. Bila mati itu datang, maka lesaplah jasadmu nanti dimamah tanah, meninggalkan hanya kenangan dan nama pada mereka yang masih berkeliaran di muka bumi.


Bila lagi kita mahu kembali ke jalan yang diredhai dan direstui, umurmu kian bertambah, tanpa sedikit pun berkurang. Lesaplah segala masa yang telah berlalu tanpa di isi, tanpa mengingati Mu Ya ALLAH. Bukan ku tahu apakah panjangnya umurku sehingga 1000 tahun, bukan jua ku tahu umurku seringkas waktu kelahiranku dari perut ibuku. Tanpa kepastian yang kejab, hati-hati ini terus berdusta dan menabur nista yang beraja. Kejamnya hati-hati manusia ini! Keras kerikil keras lagi kebutaan hati-hati manusia.....
Masa yang telah berlalu apa lagi yang mahu dikenang dan dikejar. Majulah nafas dan lelah mu ke depan, berlari mengejar sisa-sisa helaan yang masih ada, yang masih boleh engkau rasa, kerana tamat hayatmu bukanlah ditangan mu sendiri. Bukannya ALLAH itu kejam kerana merahsiakan selama mana hayat mu dikandung badan, tapi hakikatnya manusia tidak akan pernah ingat, malah alpa. Lupa siapa dirinya sendiri. Ya ALLAH, kemuliaan yang ENGKAU tujukan pada MUHAMMAD amatlah tinggi, dan beruntunglah aku kerana menjadi umatnya, namun sampaikah gapaian aku ke syurgaMU? Sesungguhnya aku mendambainya, namun layakkah aku menyentuh pintu syurga janjian MU itu? Namun tak sanggup pula aku menghampiri bahang neraka mu, malahan melihatnya pun aku tak mahu. Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa aku, sesungguhnya insan sepertiku terlalu rapuh, terlalu hebat godaan syaitan dan iblis, apatah lagi nafsuku yang merajai hatiku. Ku sebut namaMU, ku hamparkan dambaan hatiku padaMU. Ku cuba walaupun payah, moga hatiku terus basah dengan namamu. Lembutkanlah lidahku untuk menyebut namaMU, sebagaimana air bisa melembutkan batu yang keras. Ku panjatkan segala permintaan dan rayuku padaMU, himpunkanlah aku dikalangan orang yang beruntung..... Ampunilah dan sayangilah kedua ibu bapaku, sebagaimana kasih dan cinta mereka pada aku semasa aku kecil. Berkatilah keduanya, peliharalah mereka dengan cahaya kebenaranMU. Apa lagi yang boleh aku balas untuk mereka, selain mendoakan ketinggian dan keredhaanMu pada mereka. Aku amat menyayangi mereka, cinta aku pada mereka bukan sembarangan, hampirilah hati mereka dengan keberkatanMU. Kurniakanlah kebaikan dan kesejahteraan bagi ahli keluargaku, sesungguhnya jadikanlah mereka di kalangan manusia yang tidak lalai. Buat muslimin dan muslimat, saudara seIslamku, pliharalah hati dan jiwa mereka, moga akhirnya nanti tiada yang hilang arah hingga tersungkur di pintu syurga..... Amin!
"With Feet To Take Me Where I'd Go,
With Eyes To See The Sunset Glow,
With Ears To Hear What I'd Know.....
Oh God, Forgive Me When I Whine....."

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya