He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Wednesday, September 24, 2008

BUAH TANGAN DARI BOSS

Semalam lepas solat Asar berjemaah kat surau office, Boss bagi2 kan hamper untuk semua staff, termasuk untuk staff kat Terengganu.

Semua dapat 2, satu beg yang berisi sejadah, kain pelekat, kopiah, sebuah Al-Quran, penunjuk arah kiblat dan buku Yassin serta satu kad ucapan hari raya untuk lelaki, untuk perempuan plak kain pelekat ngan kopiah digantikan dengan telekung solat dan kain batik.

Hamper plak kalau tahun lepas di isi dalam satu beg pakaian penuh, tahun ni dalam beg hijau cam lam gambar tu le..... Alhamdulillah, ada juga niat nak kasi. Terima kasih.

PAGI DI OFFICEKU

Waktu pagi di officeku..... Sejam jugak kena berdiri sambil mendengar keletah boss aku, plus tazkirah harian yang banyak juga memberi peringatan pada aku.....

Sunday, September 21, 2008

WALLET UNTUK MAMA

Bersempena nak sambut Hari Raya Aidilfitri tahun ni..... Nak balik kampung mestilah belikan ole2 untuk orang kat kampung, especially tuk Mama n Abah.

Jadi tahun ni aku belikan Wallet tuk mama.....


Untuk abah nak belikan Kemeja..... Nanti.....!

JUADAH

Berbuka dengan Kurma.....

Menghilangkan dahaga dengan Bandung Cincau.....

Merasa kesejukan dan nikmat bersama buah Tembikai dan Honey Dew.....

Dan mengenyangkan perutku dengan Nasi Lemak Sambal Sotong + Sambal Paru

Alhamdulillah, kekenyangan jua.....

Thursday, September 18, 2008

KUIH BAKAR


Bersahur makan Kuih Bakar yang aku belikan kat Pasar Ramadhan Taman Melawati, dekat ngan opis....

Minum Markisa Juice again.....

MS SQUID & MR CRABBY

Berbuka hari Rabu lepas.....

Masak Sotong Hitam

Sayur Campur ngan Crabby Stick

Minum Air Sirap Laici

Wednesday, September 17, 2008

BEBOLA YANG SEDAP

Masa berbuka semalam makan bebola yang puith, masa bersahur aku makan pula bebola perang yang sedap nih, kenyang..... Alhamdulillah. Bebola Ikan yang ada sayur..... x yah nak cicah sos, makan cenggitu pun habis gak.

Tuesday, September 16, 2008

BEBOLA YANG PUTIH

Berbuka..... itu je la topik yang boleh di tulis masa bulan pose nih..... Gambarnya pulak, bab2 makan je lah yang boleh ditunjukkan..... Hari ni berbuka makan Sup Campur + Bebola Ikan Parang. Minum plak Jus Markisa beli dari Kak Zyirene.


Makan sensorang sambil melayan lagu2 nasyid kat lappy aku.....

Monday, September 15, 2008

BILA HATI T'LAH HILANG

Tersungkur jauh sudah sayangnya,
Terjatuh lalu pecah, hapus jejaknya tanpa ragu,
Lenyap wajahnya, resap di sumur hiba,
Subur ia, membunga hitam yang yang kelam nan benci.....
Kenapa ia telah hilang?
Ke mana larutnya bahana itu?
Kejab putusnya dan tetap ia hilang.....



Ke manakah hilangnya hati itu? Jawabnya..... Aku sendiri tidak tahu menahu, dan terus bisu tanpa sedar yang hati itu telah muram. Simpati? Entahlah, bukan aku yang mahu, bukan sesiapa pun yang mahukan sebegitu..... Carilah sendiri apa yang dirimu mahu. Cuma jangan berputus harap. Kagumilah ALLAH kerana ALLAH jua yang kekal abadi.....

SUPPER KRIM YANG SEJUK

Today..... berbuka sensorang je kat rumah, bertemankan sang hujan yang mendamaikan. Tak kisah le, sorang ke berdua, makan je la apa yang ada. Kalau seorang diri, memang aku malas nak keluar atau nak masak..... So berbuka tadi just minum air ngan makan pisang..... Sedih? buat apa nak sedih, bukannya tak ada makanan, ada..... tapi macam mana ngan saudara sesama muslim yang kebuluran di luar sana.....? Puasa tetap dia orang puasa, tapi tak semewah apa yang kita hidang setiap hari..... Barangkali puasa atau tidak sama sahaja kelaparan yang ditanggung mereka..... Apa yang boleh aku harapkan, Allah SWT sentiasa melindungi mereka dan tempatkanlah mereka dikalangan umat yang beruntung..... Amin. Aku nak habiskan pisang, but muak makan pisang sahaja. Nak buat banana split le konon, AisKrim x cukup syarat. So makan je cenggitu..... Asal ada makanan yang boleh disuap. Aku nak cuba, boleh tahan tak kalau aku tak makan nasi langsung.....
Vanilla Ice Cream with Cookies + Pisang Berangan.

C C AT RHB




Sabtu malam lepas, aku makan Chicken Chop kat Restoran Hajris Bistro..... So x bangun sahur le kiranya, pasal makan ni pun dah pukul 2.30 pagi.....

Pekena air Nescafe Ais. Alhamdulillah kenyang.....


NEW BRAVIA

New Bravia SONY 32" V series.....
Bunyi cam bestkan? Memang best le..... Bukan aku punya, tapi Bro Uzzey. Pada niat asalnya, aku temankan dia nak pi bayar kad kredit di Bukit Bintang, lepas berbuka pose Ahad lepas, then lepas dia melangsaikan hutangnya, dia ajak aku ke DESA HOME THEATRE kat dalam Plaza Low Yat, nak berangan jap katanya..... Bila dah masuk tengok TV gedabak yang besar2 belaka aku turut le berangan nak beli gak..... Tapi bila dah tengok harga..... tetiba aku terkesima, sama le juga ngan Bro Uzzey. Lagi murah dari beberapa kedai yang aku pergi sebelum ini! Especially SONY punya model.

Nak dipendek kan cheritanya..... bro Uzzey tanpa segan silu membeli TV nih.....! Cayalah!




Tengah baca manual TV.....

BERBUKA TANPA NASI

Hari Ahad lepas, aku balik kelas dah lambat, bawak motor cam nak langgar semua kereta nak kejar masa..... tapi hidangan nak berbuka belum ada..... Macam mana? Dengan pantas amik keputusan ke Desa Pandan cari bahan, lagipun x ke sana lagi tuk beli juadah berbuka untuk bulan pose nih. So sampai sana, niat memang nak beli kuih2 je, makan nanti malam pun boleh.....Aku beli Tauhu Bunga yang rangup - RM 2.00 for 6

Murtabak Daging - RM 2.00 satu keping

Kuih Kasui, lama gila x makan..... Best le yang aku beli nih, RM 1.00 for 3
Maggi Goreng sebagai pelengkap hidangan.

Sunday, September 14, 2008

BERBUKA DI TAMAN

Berbuka kat Taman Tasik Sri Permaisuri sebelah umah aku je...... Pasal pegi ke Pasar Ramadhan kat tasik tu, then dah lambat so berbuka kat situ je.....
Minum Air Asam Boi.... Asam Gurl x jual la plak.

Karipap "Gila" Kentang, 6 kpg RM2.00

Popia Kebasahan, 4 gulung RM2.00

Tepung Pelita, RM 2.00 for 5

Lopez J. L0, RM 0.50 sekeping
Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya