Boring..... hari ini memang memboringkan sama sekali. Kenapa? Entah le..... dah x tahu nak wat apa..... Nak kata kerja x ada, memang tak ada! tu yang buat aku boring gilos!
Semalam janji ngan Kak Zyiene, aku bawa bekas nak letak pokok, dan dia pula bawa pokok periuk kera, yang husbandnya amik dari FRIM coz dia staff kat sana. Dari Makmal Pengkulturan Tisu..... katanya. So aku excited nak tengok pokok tu, coz katanya periuk kera jenis kecil katanya. Kecil macam mana, sukar untuk aku gambarkan dengan mata kapla aku, sebab aku x tengok lagi, sekcil gentelan tahi hidung kot..... Uiks! So aku bawalah bubble bowl yang aku beli kat Carrefour Wangsa Maju, setahun lepas.
Dengan harapan yang tinggi menggunung tapi tak sampai ke langitlah, pasal dah ada angkasawan M'sia dah sampai sana so aku ingat nak ke Marikh, x pun Neptune, ok tak?...... sampailah aku ke pejabat, tanpa rasa segan dan sedih dia dengan aura pepagi yang ceria dengan selamba musang kata x bleh pula. Coz pokok tu kena hidup dalam tanah, bukan dalam gel bulat2 tuh..... Alamak..... bekas kosong la nampaknya. But, dia cakap dia nak beli pokok lain kat pasar malam nak gantikan, aku ok je..... Asalkan bukan pokok manggis atau pokok balak, tapi kalau tanam pokok jagung or sayur petola syok gak, jangan menanam tebu dibibir dah le......
Tengah syok melayan internet, Kak Zyirene suggest letak ikan laga, coz bekas tu agak besar, aku tanpa berlengah memenatkan otak aku yang banyak benda lagi nak difikirkan termasuklah masa depan aku yang masih panjang, maka persetujuan dicapai. Dia cakap dia belikan nanti kat pasar malam, so aku setuju tanpa bicara panjang, hanya mengangguk tanda mengikut, ikut balik rumah dia x le, paham2 sndirilah..... Takkan tu pun aku nak terangkan gak.....
Waktu makan tengah hari pun tiba.....
Tiba-tiba......kat warung yang kita orang selalu melantak makan tengah hari ada pet shop rupanya...... (buat-buat terkezut, ni kan lakonan drama Matinya Abangku Sameon Tertelan Gigi Implan..... kah kah kah....!) , so aku suggest singgah lepas makan. Tanpa perancangan yang jelas, ada pula ikan laga kat situ, apa lagi selepas beberapa ketika memilih secara rawak menggunakan teori dan prinsip kecerdasan otak dan mata, maka seekor ikan laga entah jantan ke betina aku x tahu, telah dipilih, dan warnanya seperti dlam gambar ni lah.....
Jadi ikanlah ni lah yang menjadi peneman kita orang skang..... Namanya Talib.....! huhuhu..... entah mana muncul nama nih, tanyalah Kak Zyirene. Dia tahu kot ikan nih jantan..... aku agak le!
Bukan senang nak amik gambar ikan tengah berenang2 ketepian, berenang2 tanpa henti, seronok dapat umah baru kot..... hehehehe...... Talib oh Talib.
Masa beli ikan atau Talib nih, beli sekali ngan makanannya, dengan pokok tu sekali, entah le nama pokok apa, keladi kot.....
Harganya? x mahal dalam 0.48 GBP, makanannya pula 0.45 GBP dan pokok tu pula 0.16 GBP, nak tahu dalam RM brapa, korang convert le sendiri, aku dah penat convertkan tuk korang, pandai2 la korang nak wat cam ne..... tanya jiran sebelah umah Jijah tu pun ok gak..... Muahahahaha..... (GBP-Great Britain Pound Sterling)
"Talib..... berbahagialah dikau di penempatan baru mu, penempatan mu itu halal, dan sesungguhnya kamu bukanlah pendatang haram, walaupun engkau tiada kad pengenalan....." CAYALAH TALIB! HIDUP TALIB!