He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.
Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Tuesday, November 27, 2007
TERBANG KE LIVERPOOL #1 (novel yg entah bila la nak siap...)
“Alamak!” Terpekik rafiq tiba-tiba. Matanya yang tak gatal terus di gosok hingga kemerahan. Dah 6.30 rupanya, Rafiq terlepas sahur lagi hari ini.
“Kelaparan lagi la nampaknya aku hari ni….” Ini dah masuk kali ke enam sahurnya tertinggal. Minum pun tidak.
“Letih lagilah aku....” tidurnya disambung lagi, kecewa sahurnya tertinggal.
Ramadan dah masuk hari ke 21 hari ini, alhamdulillah, rafiq masih gagah meneruskan puasanya.
“Harap-harap penuhlah puasa aku kali ini... “ Rafiq bersuara keseorangan.
“Awal kamu sampai hari ni? Lamunannya terganggu dek suara garau Wak. “Sekali sekala, nak juga datang awal, punch card asyik merah, nak juga tengok warna lain.” Rafiq beralasan jelas.
Rafiq menyambung kerjanya seperti biasa. Sempat juga berangan dan berkira-kira tentang perbelanjaannya untuk raya kali ini. Banyak yang nak di beli, tapi duitnya masih tidak cukup. Untuk mak dan ayah, untuk adik-adiknya, saudara-mara, semuanya nak dibeli, tanda sayang dan kasihnya pada keluarganya, tambah pula untuk Haqi kesayangannya, lagi banyak nak di beli, makin pening makin serabut!
“Untuk dia pulak.....?” teringat pula pada Widad, kekasih lamanya yang masih tak lekang di hatinya. Widad, kasih dan cinta Rafiq tak pernah berubah walau sekelumit.
“Tapi nak ke dia terima pemberian aku yang tak seberapa ni....?” keluh kesal hati Rafiq memikirnya. Hendaknya membuang ingatan pada Widad sejauh yang mungkin, tapi apakan daya, kasihnya pada Widad setulus dan seputih kapas, tak terusik. Entah kenapa kasih dan sayang mereka berdua terputus tanpa apa-apa sebab. Widad terus sepi dan sunyi di Belfast sana tanpa sebarang khabar dan berita, itu sahaja yang dia tahu. Mungkin dia dah bahagia dan gembira di sana dengan teman-temannya.
“Aku hanya kerani, gaji tak seberapa, siapalah nak pandang aku....” Rafiq mengeluh sendirian. Rafiq tak pernah menyesal kerana gagal menghabiskan pengajiannya dulu di universiti, semuanya dah tertulis. Terlalu banyak dugaan yang di alami sehingga segala yang dirancangnya terhenti tanpa penyelesaian.
Banyak lagu dan melodi sedih mengiringi sepanjang hidup Rafiq, tapi dia tetap reda dan terima segalanya tanpa menyalahkan sesiapa. Tulus dan suci hatinya hanya Halim, sahabat sejatinya sahaja yang tahu. Tapi kerana ketulusan dan kebaikannya itulah sering kali dipergunakan oleh makhluk-makhluk yang bertopengkan manusia.
+++ bersambung...
HILANG...
2007 belum meninggalkan sejarahnya lagi...
nukilan sejarah dalam liputan hidupku memang beraneka ragam dan cerita untuk 2007 ini. gembira, ceria, hiba, duka, sengketa melapisi hari demi hari 2007 dengan penuh ragam dan coretan...
alangkah dewasanya perjalanan hidup kini, namun aku rasa masih di takuk lama. alangkah indahnya hidup ini, semua mengasihi dan dikasihi, tapi ianya makin pudar.
+++ KAWAN +++
kawan, sahabat, teman, rakan seakan sama... tapi jurang ertinya amat terbias berbeza. HILANG kawan, HILANG saudara... begitu mudah terjadi di kala penghujung waktu ini... agak malang rasanya kalau ianya HILANG begitu sahaja. bukan dan tak pernah sekali ku minta, ketentuan dah terukir, apa kudrat aku hendak melawan. setahun perkenalan bukan mudah nak jaga, hati manusia bukan boleh diduga. bukan niat aku tak mahu menolong dia, tapi aku dalam kesempitan dan kekalutan di waktu itu, sedangkan aku dah berjanji dan tetap dengan pertolongan aku dan akan kutunaikan. belum sempat aku menghela nafas sengsara, dia hilang tanpa bicara. membuatku rasa bersalah dan bersalah, dan jua bersalah. marahnya membuak padaku, mungkin... sepatah kata dan khabar x pernah di ceritakan lagi padaku... biarlah, dan aku biarkan. biarkan dia memikirkannya dan mencari masa dan ketika... akan aku tunggu...
+++ MOTOROLA +++
sedih jugaklah, motorola kesayangan HILANG, atas kelalaian dan kebobrokan aku sendiri. sayangkan...? sayang pada motorola tu bukan aku cipta, banyak kenangan... indah? sedih? macam-macamlah.... HILANG motorola muncul pulak samsung, tapi rasanya ada juga hikmah disebalik keHILANGan ini... dapat juga partner baru...
+++ sambungan... nanti lah nak listkan apa yang HILANG...
JUST NEED A SHORT BREAK.....
kelam kabut, resah, gelisah, kalut...
takut, runsing... berderau darah...
kelibat dunia sekarang sebegitulah paling jelas untuk digambarkan...
di mana ada manusia, berlubuk bermacam-macam peringkat dan tahap tentang perihal kebiadapan manusia menjengah dan melingkar di muka bumi...
mana lagi kedamaian yang telus dan seputih kapas perlu kita cari...
sukar sungguh untuk melihatnya, walaupun sekadar bayang-bayang...
manusia mudah lupa, bukan sahaja MELAYU mudah lupa, semuanya mudah lupa dan alpa. keinginan dikejar mencari kepuasan, sehingga terabai sisipan jujur dan manis yang dulu nenek moyang kita mengadun bagai menatang minyak yang penuh. biar mati anak jangan mati adat... biarlah kedua-duanya mati asalkan hati sendiri dipuasi... itulah realiti bukan jelmaan fantasi yang dahulunya hanya kudis di hati...
HIDUP...
set catur kesayangan... tapi bukan reti main pun... jadi hiasan pun ok lah.
semalam aku x makan malam, lapar bila bangun pagi, tapi sarapan x jugak makan sampai skang... nak kata lapar x juga, nak kata x lapar ntah lah... alhamdulillah, aku masih hidup dan bernyawa, sihat walafiat... akal pun masih waras...
hidup manusia kerana apa?
nafsu?
akal fikiran?
makan?
manusia hidup dan mendepani pelbagai masalah... hidup tanpa masalah x bererti dan itu bukannya hidup... kesenangan dalam hidup pun ada cabaran dan getir yang perlu dilalui, jadi hidup itu satu anugerah untuk manusia. mati sahaja yang tiada masalah untuk difikirkan... orang gila? pun sama, tiada apa yang nak difikirkan, cuma yang waras sibuk mencampuri urusan orang gila... jadi siapa yang gila...?
percaturan hidup manusia, memang manusia juga yang perlu mengemudinya. semua perlu disantun dan dilayar dengan hemah, agar kita x tersadai dan hanyut di muara mati. hidup kita sekejap di atas, sekejap ke tepi, sekejap parah, sekejap sakit, kadang-kadang riang, kadang-kadang rasa sempurna.
jadi kalau ada petikan: hidup manusia bagaikan buah catur, ditendang tolak, ada hitam dan putih, menang dan tersungkur, itulah realitinya... jangan kita tersungkur sebelum berjuang, jangan sudah sesat baru nak pulang, dan jangan kita sakit baru nak berakit... sudah tiada maknanya lagi...
semalam aku x makan malam, lapar bila bangun pagi, tapi sarapan x jugak makan sampai skang... nak kata lapar x juga, nak kata x lapar ntah lah... alhamdulillah, aku masih hidup dan bernyawa, sihat walafiat... akal pun masih waras...
hidup manusia kerana apa?
nafsu?
akal fikiran?
makan?
manusia hidup dan mendepani pelbagai masalah... hidup tanpa masalah x bererti dan itu bukannya hidup... kesenangan dalam hidup pun ada cabaran dan getir yang perlu dilalui, jadi hidup itu satu anugerah untuk manusia. mati sahaja yang tiada masalah untuk difikirkan... orang gila? pun sama, tiada apa yang nak difikirkan, cuma yang waras sibuk mencampuri urusan orang gila... jadi siapa yang gila...?
percaturan hidup manusia, memang manusia juga yang perlu mengemudinya. semua perlu disantun dan dilayar dengan hemah, agar kita x tersadai dan hanyut di muara mati. hidup kita sekejap di atas, sekejap ke tepi, sekejap parah, sekejap sakit, kadang-kadang riang, kadang-kadang rasa sempurna.
jadi kalau ada petikan: hidup manusia bagaikan buah catur, ditendang tolak, ada hitam dan putih, menang dan tersungkur, itulah realitinya... jangan kita tersungkur sebelum berjuang, jangan sudah sesat baru nak pulang, dan jangan kita sakit baru nak berakit... sudah tiada maknanya lagi...
JUST TO START....
Bismillahirrahmanirrahim....
sebagai kalam pembuka dan pemula, inilah langkah pertama untuk aku menulis seperti yang tertulis...
lama sudah aku menunggu masa, bukan x pernah ada waktu, aku yang mencicirkan detik itu, x sedar ketika itu sudah pergi meninggalkan jauh...
perancangan manusia, kita, aku... ketentuan juga dariNya...
Assalamualaikum...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.
Rabi'a al-Adawiyya
Rabi'a al-Adawiyya