+++ KASUT & JAKET & MAGNUM +++
huh... timberland aku hilang, lesap... sampai hati si pencuri... berkaki ayam mencari sepasang alas di masjid As Syakirin KLCC, mencari alas, biarlah buruk asal kakiku beralas... huh sampai hati...
padini... lesap jua, salah dan silap aku. Maaf, kerana tertinggalkan si padini coklat gelap dalam surau KL Sentral... hilang lagi... nak cari...? senang jawabnya... anda sendiri pun tahu...
aiskrim magnum? kalau itu hilang dalam kelaparan aku tiadalah nak dikisahkan, magnum berbutang 5 ni yang masalahnya... sayng... 6 tahun bersama, hilang atas ketamakan insan juga... manusia sahaja yang tamakkan? ada ke makhluk lain selain manusia yang bersifat tamak...? terkial-kial mencari aku pasangan baru... masih magnum juga... dah takdir.

+++ DUIT +++
lumrah... banyaknya hilang bukan boleh dikira. hilang di kaunter paling banyak, atas kemahuan sendiri... hilang dari simpanan pun atas kehendak sendiri. hilang tanpa pengetahuan yang merunsingkan aku, banyak betul tangan-tangan yang jahat, mahu memiliki harta, tapi jalan salah jua yang dipilih... siapa?
hilang kerana di beri orang dan tak dipulang-pulangkan? huh... sakit hati nak difikirkan... banyak tak? banyak...
+++ bersambung lagi...
No comments:
Post a Comment