Andai akulah Adam, inilah warkah buatmu Hawa,
Hawa….Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam, temanmu semasa aku kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari 7 jenis tanah yang dibakar. Dan engkau dijadikan dari tulang rusuk ku yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan dampingan darimu, di mana engkau sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana engkau buruan syaitan.
Hawa…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih sikit bilangannya dari kaum mu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaum mu kurang daripada kaum ku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu maka selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.
Hawa…Bukan kerana ramainya isteriku yang membimbangkan aku. Bukan kerana ramainya bilangan mu yang merungsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkah mu. Engkau sejak dulu lagi sudah tahu bahawa engkau mesti tunduk ketika menjadi isteriku. Ah..semuanya sudah engkau maklumi.
Namun…terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya…
Hawa…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Aku diberi amanah untuk mendidikmu, aku diberi tanggungjawab untuk menjagamu, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku mu agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…
Tetapi Hawa, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaum mu kini, engkau dan kaum mu telah ramai menderhakai ku. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan engkau tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini. Jikapun ada, patutnya aku lebih maklum tentu kerana engkau hanya terpaksa, tetapi engkau tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan aurat perempuanmu, darilah hujung rambut( kalau tak botak), hinggalah hujung kakimu yang ayu. Tetapi…realitinya kini, Hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang sepatutnya! Hawa…mengapa kau jadi begini?
Siapa nak jawab? jap aku abis idea la nak sambung..... so bersambung.....
He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.
Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Thursday, March 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.
Rabi'a al-Adawiyya
Rabi'a al-Adawiyya
No comments:
Post a Comment