He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Wednesday, August 27, 2008

SEMPUTZ.....

Kapla wa fenin..... Lama sangat basah dalam hujan tadi. Balik dari office dari 5.40, pukul 7 mlm baru sampai rumahku! Tu aku naik motor..... Kalau aku pacu kereta or jentolak sah2 aku sampai pukul 9 x pun subuh esok! Jammed tu satu hal, jalan pulak tenggelam. Aku dah le naik motor, kenderaan ringan seringan bulu pelepah (bukan bulu hidung atau seumpamanya.....) terpaksalah jalan berjengket2 ala kadar, sekadar yang termampu..... masuk lam air kena pelan2 kang tenggelam plak ekzos aku. Nampaknya teori aku salah..... Sampai je simpang nak ke Maluri dari MRR2, motor aku mengalami kekejangan dan epilepsi..... menggelabah le aku, hujan makin lebat. Kereta belakang plak bukannya faham motor aku x bleh nak berputar rodanya, gara2 ekzos aku masuk air..... Kapla aku apa lagi, terus masuk air ngan naik bengang..... nak je aku silambam motor aku ngan jurus ke 14, tapi memikirkan aku x de kenderaan dan hujan plak bertambah lebat..... Tanpa rasa segan dan buat2 bodoh..... aku tolak je le motor ke stesen Shell berdekatan..... Kasut dah digenangi air semenjak aku naik motor lagi..... apatah lagi baju & sluar aku..... hanyut le.....

Kalau ikutkan x nak le balik lagi, but masa kuar opis tadi, belum lagi lebat..... Lagipun dengan niat nak balik awal nak singgah ke Hentian Purtra, mencari tiket bus..... kemudian mataku nampak hujan makin lebat, aku amik keputusan singgah sambil melawat kat bengkel motor Ah Peng (letak je nama, pasal dia cina). Rantai ngan Spocket motor dah uzur, kesian plak motor kesayangan aku nih..... Tanpa sempat aku menghela nafas yang masih x semput, aku mencetuskan idea yang bernas untuk menukarkannya dengan yang baru..... Ingat nak pasang rantai ngan spocket bling bling..... x de la plak..... Kalau ada pun, aku tetap x kan pasangkannya..... baik aku yang ada bling bling..... biar motor aku jeles kat aku..... kang aku plak yang jeles ngan motor aku.....

Ok sambung cerita motor aku semput tadi, selepas beberapa kerlipan mata dan jutaan titisan hujan mencurah dan membasahi bumi nan indah lagi permai ini, aku pun memulakan operasi menendang pedal motor aku, dengan niat mahu menghantar isyarat kepada spark plug dan mencetuskan ignition bagi memulakan pergolakan rotor enjin dan sekaligus menghidupkan enjin motorku yang satu ini..... jeng jeng jeng..... hampir 500 saat juga aku menendang pedal tu, sampai kaki aku dah merajuk dan rasa macam baru lepas berentap untuk larian 100 meter bersama Usain Bolt dari Jamaica tuh..... Ku rehatkan seketika kaki kanan ku, sambil memujuk hati..... sabar, ujian kecil je nih..... Mata melilau melihat sekitar, ghupanya aku sorang je bermotor kat situ, mamat bangla yang kerja kat petrol pam tuh, senyum sambil mengangguk tanda faham..... Apa yang dia faham..... entah2 dia gelakkan aku, bermotor dalam hujan, akhirnya membawa padah..... Bak kata Karam Singh Walia - Berat Mata Yang Memandang Berat Lagi Tayar Bas..... Hahahaha.....

"Cubalah tendang sekali lagi pedal nih....." terdetik di hatiku. Hidup la! Yahoo..... tanpa memikirkan titisan hujan yang menitik dari bajuku, terus aku memecut dalam gaya yang seragam dan berirama..... Kali ini aku nak pecut, x kira..... Hangat2 tahi ayam yang hakiki, sampai kat simpang berenti juga, ye la x kan aku nak bergadai nyawa..... biar lambat asal aku hepi.....

Perjalanan ku pulang berlangsung seperti biasa, cuma kali ini aku x endah air yang memercik riang dan indah ke motor dan baju dan juga seluarku..... Hasil daripada geseran tayar2 kereta sebelah yang pura2 x nampak kelibat aku yang tengah memecut motorku..... Kurang asam punya kereta, kesian plak, kereta yang kena maki, padahal pemandunya yang lahabau..... Aku melepasi simpang di Bangunan PGRM dengan jayanya tanpa ada masalah yang melanda walaupun banyak kenderan besar yang menghalang tujuan murniku..... Air di depan nampaknya makin naik, laju mengalir mengikut corak alunan jalan raya yang sememangnya x pernah sekata dari lah zaman batu kapur hinggalah zaman angkat mengangkat sumpah skang nih..... Hairan tul aku, mana la tar yang banyak ada kat mesia nih hilang.....? Buat gelang ke apa? Lupakan.....

Kemudian aku tiba di suatu simpang yang menuju ke rumah aku, hampir sudah, motor aku diserang Chinkungunya pulak..... Semput ala2 tenuk bersin dan terus mati. Dan sekali lagi kenderaaan berkapasiti melebihi 1000 cc buat selamba dan bodoh menyemburkan air2 tanah yang keruh dan cantik warnanya ke motor dan jasadku yang termanggu di tepi jalan sambil menunggu motor kembali tenang dari serangan..... Aduh, aku kesejukan, x selesa..... Sedih tau! Ku tendang dengan kelajuan 20 rpm, nampaknya kegiatanku berjaya disetujui enjin motorku, sekaligus meghidupkan harapanku untuk balik lagi cepat.....

Hujan masih lebat, tiada tanda2 mahu berkurang, malah titis-titisnya terus menjunam dan memercik ke serata alam. Tawar rasa air nya, sesekali aku mengusap dan mengelap mukaku yang kebasahan dalam sendu. Ku putar throttle motorku seadanya..... penuh harapan agar tiada lagi halangan yang melintang.....

Namun, Tuhan jua yang tahu dan pasti, belum pun sempat aku menanam niat ku yang mulus, ekzos motorku minum air lagi buat kali ke 3, betul2 dahaga nampaknya motorku ini..... Gara2 itu, terkena lagi serangan Ebola, yang membuatkan aku tersungkur dan terdampar betul2 di depan Kedai Kopi Cheras namanya..... Ah Liaw punya. Ah Kong pun menjengah dari luar tingkap kedai yang sedang dia menikmati secangkir kopi Kapal Api gamaknya..... sambil menatap dan menjeling ke arah motor aku, sempat juga tangan kirinya mencapai biskut kering berbentuk 4 segi tepat, kemudian mematahkannya menjadi dua bahagian, terhambur lah serdak2 biskut rangup itu ke sekeliling dan jatuh melingkari alam meja dan seluar pendeknya..... di sapunya dengan tangan kanannya, lalu mencicah ganas ke dalam kopi yang terletak indah di hadapannya..... Amboi2 makan x pelawa pun aku..... Dah la aku kesejukan persis berada di Gurun Sahara, dia buat muka selamba..... Aku melihat mukanya yang dah berkedut, sambil melepiaskan senyum simpul yang x berapa nak ikhlas.....

Ah persetankan, aku memang tengah lapar, lapar dek mengerjakan motor aku yang dah seabad usianya..... Sambil menunggu motor ku kembali reda buat kali ke 3, ku intai dijalanan, dan di kejiranan yang ada..... semua dibasahi dan ditenggelami air hujan..... Hujan itu rahmat, Hujan itu membawa rezeki..... Oh Tuhan, aku nak balik, izinkanlah aku balik cepat..... Terjalar di hati sanubariku yang penuh keluh dan kesah memikirkan motor aku yang asyik meragam, kalau menjadi ahli pancaragam tu lain le ceritanya.....

Sambil ku menidakkan hatiku yang akan sampai lambat lagi ke rumah, aku menendang pedal motorku. Sebelum apa2 berlaku, ada le pulak seorang insan bernama manusia yang menghantar paper ke hapa entah tersadai tiba2 dihadapanku..... cerita dan kisahnya sama la dengan aku, motornya terkena jangkitan Kepialu..... kesian, tapi aku perlu kesiankan hati ku dahulu. Ku cuba lagi, namun gagal dan terus gagal..... Ya Allah, izinkanlah motor hamba elok kembali dan izinkanlah hamba pulang segera ke rumah hamba..... Dengan rasa bersalah terhadap motorku kerana tersilap jalan pulang, padahal banyak lagi opsyen jalan yang boleh aku ikuti, tapi dah takdir ku tersadai di sini..... Ku berserah dan pasrah, aku menolaknya dengan perlahan ke satu sudut yang penuh dengan kereta yang dah ketiadaan pemandunya. Ku pandang ke kiri ku pandang ke kanan..... sepi. Ku merintih keseorangan, tetiba datang le seorang pakcik.....

"Kenapa nak?" simple pertanyaan dia. Mungkin dia mengajukan pertanyaan gara2 aku yang nampak keresahan dan gelisah. Belum sempat aku merancang jawapan yang perlu, dia mendahulukan jawpan yang pasti

"Motor mati ke?". Aku mengangguk dan mengiyakan.....

"Biasalah hujan2 nih, spark plug le tu masalahnya....." Aku mengangguk sambil mengukir senyuman yang kebas.

"Tak tukar spark plug? Tak de spare ke? Kalau nak saya ada" Mulia nya perhatian pak cik ni. Tak sangka pula dalam kebasahan yang menyelimuti alam dia datang bertanya tanda prihatin.

"Tak ada spare, tapi tak pe, nanti kawan saya datang bawa ganti" Jawab aku menipu dengan tujuan menidakkan pertolongan dia.

"Betul ke? Kalau begitu tak apalah....." Lemah jawabnya, sambil berjalan ke gerai nasi lemak yang 5 saat je perjalanan dari tapak aku menyadaikan motor sakit aku tu..... Terlintas dalam benakku, kenapa aku tolak pertolongannya yang ikhlas tu? Bodohkah aku atau Cerdikkah aku? Hmmmm..... Aku kembali duduk di atas motorku, sambil melihat pak cik yang berhati mulia itu memilih lauk untuk dibungkus bersama nasi lemak yang mahu dibelinya.....

Terima kasihlah pak cik, kerana sudi bertanya masalah saya..... Aku mengeluh. Mengeluh dan terus diam. Apa yang pasti aku x nak pak cik tu nampak aku lagi kat situ, kalau aku masih lagi kat situ, nampaklah kehakikatannya bahawa aku menipunya..... Jadi dengan kudrat dan semangat halal yang masih kugenggami, ku cuba tanpa berharap. Ku putarkan kunci motorku ke arah ON, ku duduk perlahan ke atas seatnya yang basah pekat berwarna hitam..... Ku hulurkan kaki kanan ku ke arah pedal yang lusuh sambil membawa basmallah..... Ku panjangkan tarikan nafasku, ke tendang seadanya tenaga yang tersisa..... Ekzos mula mengeluarkan bunyi..... Alhamdulillah motor aku dah x merajuk lagi..... Sejuk hatiku yang telah lama kelam dan mendung. Tanpa rasa bersalah dan pasti, aku memulakan perjalanan ku kembali menuju ke destinasi ku..... Sekilas ku palingkan wajahku yang satu ni ke arah gerai nasi lemak tu, pak cik tu dah x ada..... dah balik sambil menanam impian melahap nasi lemak rezeki dia hari itu bersama isteri tercintanya, x pun bersama anaknya, x pun bersama cucunya, x pun bersama kucingnya..... Suka hati dialah dia punya perut, aku apa kisah.....

Pulanglah aku seadanya dalam keadaan yang tersedia basah dan sejuk, akhirnya aku sampai jua ke rumahku selepas merentas 3 lagi lampu isyarat yang berfungsi..... Alhamdulillah..... sampai jua hajatku yang terhalang sebelum ini, tertunai sudah segalanya..... Indah rasanya, Syukur ku hamparkan, kerana tiada kemudaratan yang berlaku dan tiada kemusnahan yang aku hindari menjengah aku buat masa ini..... Amin. Ku teruskan langkah menuju ke lif, dengan longlai dan penat, seketika.... "Ting....!" Pintu lif terbuka, dengan isi kandungannya seorang budak lelaki sekitar 4 tahun bersama bapanya, entah ke mana tujuannya..... dengan pantas budak lelaki yang baru ada sebaris gigi yang rongak itu mengutarakan penjelasan kepada bapanya dengan selamba..... "Ayah, abang tu basah....." Aku tenung mata budak itu, sambil berselisih masuk ke lif, dan dia keluar..... "Ye lah, abang tu mandi hujan, lupa nak bawa baju hujan kot....." Abahnya menghunus penjelasan yang tepat tanpa mengetahui itulah hakikatnya..... Pandai sungguh si abahnya..... Aku tunduk malu, sambil menunggu pintu lif tertutup..... Aku tetap basah.....

Moralnya: 1. Jangan balik ketika hujan lebat, kalau x lebat le masalah timbul.
2. Jangn sesekali lupa membawa raincoat, tapi kalau dah kemarau bawa jugak, tu somewhere & something wrong le tuh..... CHOW!

No comments:


Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya