
“Alamak!” Terpekik rafiq tiba-tiba. Matanya yang tak gatal terus di gosok hingga kemerahan. Dah 6.30 rupanya, Rafiq terlepas sahur lagi hari ini.
“Kelaparan lagi la nampaknya aku hari ni….” Ini dah masuk kali ke enam sahurnya tertinggal. Minum pun tidak.
“Letih lagilah aku....” tidurnya disambung lagi, kecewa sahurnya tertinggal.
Ramadan dah masuk hari ke 21 hari ini, alhamdulillah, rafiq masih gagah meneruskan puasanya.
“Harap-harap penuhlah puasa aku kali ini... “ Rafiq bersuara keseorangan.
“Awal kamu sampai hari ni? Lamunannya terganggu dek suara garau Wak. “Sekali sekala, nak juga datang awal, punch card asyik merah, nak juga tengok warna lain.” Rafiq beralasan jelas.
Rafiq menyambung kerjanya seperti biasa. Sempat juga berangan dan berkira-kira tentang perbelanjaannya untuk raya kali ini. Banyak yang nak di beli, tapi duitnya masih tidak cukup. Untuk mak dan ayah, untuk adik-adiknya, saudara-mara, semuanya nak dibeli, tanda sayang dan kasihnya pada keluarganya, tambah pula untuk Haqi kesayangannya, lagi banyak nak di beli, makin pening makin serabut!
“Untuk dia pulak.....?” teringat pula pada Widad, kekasih lamanya yang masih tak lekang di hatinya. Widad, kasih dan cinta Rafiq tak pernah berubah walau sekelumit.
“Tapi nak ke dia terima pemberian aku yang tak seberapa ni....?” keluh kesal hati Rafiq memikirnya. Hendaknya membuang ingatan pada Widad sejauh yang mungkin, tapi apakan daya, kasihnya pada Widad setulus dan seputih kapas, tak terusik. Entah kenapa kasih dan sayang mereka berdua terputus tanpa apa-apa sebab. Widad terus sepi dan sunyi di Belfast sana tanpa sebarang khabar dan berita, itu sahaja yang dia tahu. Mungkin dia dah bahagia dan gembira di sana dengan teman-temannya.
“Aku hanya kerani, gaji tak seberapa, siapalah nak pandang aku....” Rafiq mengeluh sendirian. Rafiq tak pernah menyesal kerana gagal menghabiskan pengajiannya dulu di universiti, semuanya dah tertulis. Terlalu banyak dugaan yang di alami sehingga segala yang dirancangnya terhenti tanpa penyelesaian.
Banyak lagu dan melodi sedih mengiringi sepanjang hidup Rafiq, tapi dia tetap reda dan terima segalanya tanpa menyalahkan sesiapa. Tulus dan suci hatinya hanya Halim, sahabat sejatinya sahaja yang tahu. Tapi kerana ketulusan dan kebaikannya itulah sering kali dipergunakan oleh makhluk-makhluk yang bertopengkan manusia.
+++ bersambung...