He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Monday, October 20, 2008

LAYER CAKE

Kek Lapis Kasih Ibu, dah menjadi satu kemestian di Hari Raya Aidilfitri. Aku le yang membuatnya, dapat le juga beberapa tempahan dari saudara terdekat.

Ini adalah antara bahan2 yang aku gunakan dalam menjadikan sebiji kek lapis yang sedap di makan dan di makan dan di makan.....


Bukan susah pun, campur je semua bahan, maka jadilah..... aku bahagikan kepada caler2 yang aku rasa menarik.....

Kukus lapis demi lapis, setiap lapis lebih kurang 5 minit tuk masak. So kalau ada 20 lapis darab le sendiri berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan kek lapis idaman semua nih!



Anda mahu? tunggu le raya tahun depan hamba buatkan sebiji lagi..... huhuhuhu!

DAH KEMAS KE?


Aku balik kampung, mama ngan adik dah siap pasang langsir baru. Mama jahit sendiri, warna hijau tema tahun nih.....

Jadi kerja2 mengemas le yang aku kena wat pulak, membuang habuk2 yang menempek kat sana sini.


Pergh.....! Shining like a star lah!

PUTIH TIDUR


Ini le kucing kesayangan keluarga aku kat kampung, Cik Putih, seputih bulunya yang putih lagi memutih. Cik Putih tidur elok kay..... nanti mama kasi ikan rebus yang best!

BASIKAL ABAH


After abah kena strok, abah x bleh nak ride motor, kalau naik kete pun mama yang drive.... so abah beli le basikal, basikal Jepun katanya. So dengan basikal nih le dia bergerak ke sana ke mari..... aku pun dah lama x menunggang basikal. Sekali dah naik..... teringat masa kecik2 dulu..... dah tua rupanya aku nih.....

RUMPUT


Rumput dilaman rumah dah memanjang, panjangnya dah menenggelamkan betis da..... Abah cakap pi pinjam mesin pemotong rumput ngan Ayah Ngah, adik aku Faiz pi amik, dan dialah juga yang melakukan kerja potong memotong rumput, aku ambil alih kerja2 mengemas rumah..... Biarlah mama rehat, lagi pun mama sibuk menjahit langsir..... so anak2 le yang kena ambil peranan..... Adik aku yang 3 tuh, hmmm..... dah disuruh baru nak gerak..... at least diorang wat le juga walau nampak cam malas. Bukan malas, tapi penat sebab pose......

PELITA


Hari raya dah dekat, dah nak menjelang tiba..... Adik bongsu aku, Alif nak pulak pasang pelita. Katanya pelita lama dah hancur sume, berlubang sana sini. So memandangkan aku pun excited nak pasang pelita gak..... so aku ajak le dia ke Pasaraya PKT dekat ngan Pasar Besar Wakaf Bharu. Kat pasar nih le, Pasar Ramadhan bertapak. Ramailah umat manusia kat sini, aku pun malasle nak menjenguk masuk, lagipun Kak Tie & Abg Nazri dah masuk sana, biar diorang je le yang membeli juadah, Yana & Yah pun joint skali ngan diaorg, so kira dah cukup tangan nak mengangkut juadah berbuka yang dibeli.

Aku ngan Alif terus ke PKT, dan mencari pelita yang di idamkan. Mula2 nak beli yang plastik je, RM3.50 sepaket (ada 10 pelita), tapi aku malas nak mencari buluh nak buat stand tuk pelita2 tuh, memandangkan ada yang seperti tertera dalam gambar tuh, beli je yang dah siap nih, RM1.90 satu..... senang, balik isi minyak n pacak je kat laman.....

Terang sudah laman rumah, biarpun cuaca malam hujan renyai2, tapi pelita tetap aku pacak n nyalakan, menandakan keriangan seisi rumah mahu menyambut hari lebaran sudah pun memuncak.....

JOM GI KB


Adik aku 3 orang, Yah, Yana & Alif nak shopping kasut raya katanya. Kebetulan aku plak ke KB gak nak mencari & membeli bahan2 nak buat kek lapis ngan kek coklat.

So plan nak support le tuk kasut2 diaorang, tapi akak aku yang second, Kak Nie dah bagi duit tuk beli kasut2 diaorang, so aku kena beli benda lain le tuk diaorang nih..... Hmmmm, apa ek?



Jalan punyalah jammed nak KB, maklum le 500,000 kenderaan berpusu-pusu masuk ke Kelantan untuk Aidilfitri tahun ini, mana x jem. Biasa dari rumah ke KB dalam 10-15 minit sahaja, sejam setengah pun aku x sampai KB lagi..... penat drive, penat sebab panas, penat mcm2 penat le.....

BALIK KAMPUNG


Lama bebenor aku x update blog aku nih..... X ada masa? ye kot......

Nak cerita skit masa balik kampung nak beraya hari tuh. Dengan ketiadaan tiket nak balik kampung maka haruslah aku mencari alternatif lain nak balik kampung. So dapatlah aku menumpang sepupu aku, aku panggilnya Kak Ngah. So after keje half day Jumaat 26 September 2008 yang lepas, maka berangkatlah aku nak ke rumah Kak Ngah kat Jalan Jelatek, katanya nak bertolak selepas Solat Jumaat. So dengan citarasa yang excited, maka aku turunlah dari rumah aku kat Sri Permaisuri menuju ke Stesen LRT STAR Salak Selatan dengan menaiki teksi. RM 2.60 tambangnya..... Sesampai kat LRT tuh, x de sangat le orang kat sana, cuma beberapa kelibat je aku nampak. Naik le LRT menuju ke Stesen LRT PUTRA Masjid Jamek. Dalam perjalanan tuh, ada le seorang kakak yang tetiba menegur aku,
"Balik kampung ke?" dengan pantas aku menjawab, "Ya....!"
"Awalnya?" katanya pendek, dalam hati aku nak je aku menjawab, sibuk apsal? Tapi aku tetap maintain, nak menjawab ringkas, "Tumpang orang, terpaksa le ikut....." aku senyum tawar, sambil akak tu mengangguk tanda faham.....

Dalam kekalutan aku naik LRT tadi, rupa2nya aku x terambil tiket LRT tadi..... Agak cuak gak, kot2 kena denda sebab tiket x de, but bila dah sampai Masjid Jamek, ramai lah pulak umat manusia kat situ, so aku dengan pantas menuju pintu keluar stesen dengan selamba melalui ruang yang terbuka luas tanpa menghiraukan kelibat2 manusia yang lalu lalang di situ..... aku lepas, tanpa ada halangan dan terus menuju ke PUTRA Masjid Jamek. Ramai dah pulak kat sini, nak beli tiket sahaja dah sampai 15 minit beratur.

Tinggalkan sahaja kekalutan di stesen tuh, aku dah sampai ke Stesen LRT Jelatek. Terus call Kak Ngah, and pi rumah dia. Disebabkan cuaca tak mengizinkan, hujan lebat turun mencurah-curah, adik Kak Ngah, Yen belum sampai lagi, so terpaksa le menunggu dia sampai. Plan asal nak balik lepas Solat Jumaat, terpaksa ditunda selepas Asar.....

Maka bertolak kami semua pulang ke kampung halaman dengan gembiranya.....

Wednesday, September 24, 2008

BUAH TANGAN DARI BOSS

Semalam lepas solat Asar berjemaah kat surau office, Boss bagi2 kan hamper untuk semua staff, termasuk untuk staff kat Terengganu.

Semua dapat 2, satu beg yang berisi sejadah, kain pelekat, kopiah, sebuah Al-Quran, penunjuk arah kiblat dan buku Yassin serta satu kad ucapan hari raya untuk lelaki, untuk perempuan plak kain pelekat ngan kopiah digantikan dengan telekung solat dan kain batik.

Hamper plak kalau tahun lepas di isi dalam satu beg pakaian penuh, tahun ni dalam beg hijau cam lam gambar tu le..... Alhamdulillah, ada juga niat nak kasi. Terima kasih.

PAGI DI OFFICEKU

Waktu pagi di officeku..... Sejam jugak kena berdiri sambil mendengar keletah boss aku, plus tazkirah harian yang banyak juga memberi peringatan pada aku.....

Sunday, September 21, 2008

WALLET UNTUK MAMA

Bersempena nak sambut Hari Raya Aidilfitri tahun ni..... Nak balik kampung mestilah belikan ole2 untuk orang kat kampung, especially tuk Mama n Abah.

Jadi tahun ni aku belikan Wallet tuk mama.....


Untuk abah nak belikan Kemeja..... Nanti.....!

JUADAH

Berbuka dengan Kurma.....

Menghilangkan dahaga dengan Bandung Cincau.....

Merasa kesejukan dan nikmat bersama buah Tembikai dan Honey Dew.....

Dan mengenyangkan perutku dengan Nasi Lemak Sambal Sotong + Sambal Paru

Alhamdulillah, kekenyangan jua.....

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya