He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Monday, October 20, 2008

BALIK KAMPUNG


Lama bebenor aku x update blog aku nih..... X ada masa? ye kot......

Nak cerita skit masa balik kampung nak beraya hari tuh. Dengan ketiadaan tiket nak balik kampung maka haruslah aku mencari alternatif lain nak balik kampung. So dapatlah aku menumpang sepupu aku, aku panggilnya Kak Ngah. So after keje half day Jumaat 26 September 2008 yang lepas, maka berangkatlah aku nak ke rumah Kak Ngah kat Jalan Jelatek, katanya nak bertolak selepas Solat Jumaat. So dengan citarasa yang excited, maka aku turunlah dari rumah aku kat Sri Permaisuri menuju ke Stesen LRT STAR Salak Selatan dengan menaiki teksi. RM 2.60 tambangnya..... Sesampai kat LRT tuh, x de sangat le orang kat sana, cuma beberapa kelibat je aku nampak. Naik le LRT menuju ke Stesen LRT PUTRA Masjid Jamek. Dalam perjalanan tuh, ada le seorang kakak yang tetiba menegur aku,
"Balik kampung ke?" dengan pantas aku menjawab, "Ya....!"
"Awalnya?" katanya pendek, dalam hati aku nak je aku menjawab, sibuk apsal? Tapi aku tetap maintain, nak menjawab ringkas, "Tumpang orang, terpaksa le ikut....." aku senyum tawar, sambil akak tu mengangguk tanda faham.....

Dalam kekalutan aku naik LRT tadi, rupa2nya aku x terambil tiket LRT tadi..... Agak cuak gak, kot2 kena denda sebab tiket x de, but bila dah sampai Masjid Jamek, ramai lah pulak umat manusia kat situ, so aku dengan pantas menuju pintu keluar stesen dengan selamba melalui ruang yang terbuka luas tanpa menghiraukan kelibat2 manusia yang lalu lalang di situ..... aku lepas, tanpa ada halangan dan terus menuju ke PUTRA Masjid Jamek. Ramai dah pulak kat sini, nak beli tiket sahaja dah sampai 15 minit beratur.

Tinggalkan sahaja kekalutan di stesen tuh, aku dah sampai ke Stesen LRT Jelatek. Terus call Kak Ngah, and pi rumah dia. Disebabkan cuaca tak mengizinkan, hujan lebat turun mencurah-curah, adik Kak Ngah, Yen belum sampai lagi, so terpaksa le menunggu dia sampai. Plan asal nak balik lepas Solat Jumaat, terpaksa ditunda selepas Asar.....

Maka bertolak kami semua pulang ke kampung halaman dengan gembiranya.....

No comments:


Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya