He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Tuesday, September 6, 2011

AKU BERHENTI

Today 6.9.11, aku resign lagi.....
Ni dah company yang ke 4 aku berhenti sepanjang 5 tahun aku bekerja.....

Then..... kenapa?

Hmmmmmm...... macam-macamlah.....

Rezeki ada di mana2..... Nak x nak je.

Take it or leave it!

Wednesday, July 13, 2011

SUKAR

Segalanya sukar jika kita melakukannya tanpa rela dan terpaksa.
Segalanya sukar jika kita menidakkannya tanpa usul periksa.
Segalanya sukar jika kita hilang arah panduan tanpa diduga.
Segalanya sukar jika kita jatuh tanpa ada bangunnya.
Segalanya sukar jika kita tersungkur akal langsung menjadi buta.
Segalanya sukar jika kita diketepikan tanpa ada simpati rasa.
Segalanya sukar jika kita tenggelam hingga lemas tiada jasadnya.
Segalanya sukar jika kita bangun tanpa tiada apa-apa.
Segalanya makin sukar jika kita tidak berusaha untuk lari dari segala kesukaran.

Maka jadilah mereka yang berjuang, yang berpendirian dan yang yakin, untuk lari dari segala kesukaran yang mungin mendatang. Kerana aku tahu apa itu kesukaran, walhal akulah juga yang telah menidakkan segalanya, sehingga segala kesukaran yang tidak terlintas di fikiran, telah menghantui hidup aku.

Sukar itu ujian. Namun sanggupkah kamu menghadapinya dengan penuh yain dan tabah?

Aku? Jauhari jua yang mengenal manikam.

Setidak-tidaknya aku masih di sini.....

Thursday, March 10, 2011

JOM KEJAR SEMUANYA!

Alangkah indahnya kita senantiasa berada dikalangan 11 golongan dibawah ini.

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Wasallam.

Wednesday, February 23, 2011

29 CHE-RI-TA

29 cerita aku....

1. Mengikut firasat dan penjelasan, aku x suka dengan Matematik, tapi aku tetap jadi seorang engineer. X suka x semestinya x bleh buat kan?

2. Alah pada susu segar (Lactose Intolerance) tapi aku tetap minum pasal best!, alah pada Udang dan daging Kambing, rugi beb kalau x makan!

3. Handphone pertama, Nokia 3310 beli masa tahun pertama kat U tahun 2000, bangga beb dapat main game snake!

4. Suka makan cepat! (diperakui) Meh sapa nak bertanding makan ngan aku!

5. Mat jiwang. Dalam hati ada taman. Sensitif. Tengok cite sedih nangis. Dengar cite yang menyedihkan nak nangis. Tengok orang nangis aku plak lebih2 nangis..... Adusss! Muka ganas!

6. Tak suka minum air kosong, melainkan air tu air sejuk berais!

7. Tak pernah jumpa Doktor Gigi semenjak umur 12 tahun sampai skang dah nak masuk 29. Tapi gigiku tetap berseri dan cantik, x yah nak pakai besi pon.... Alhamdulillah.....

8. Bab tidur..... aku bleh tido masa tgh panas, bleh tido tanpa lampu ditutup, bleh tido walau bising, bleh tido walaupun ada bom meletup.... tido mati beb.....

9. I love fruits.... bagi je buah pape aku mmg suka, termasuk buah hati.......

10. Never Smoke and never think to try.....

11. Dah 3 kali hilang IC..... pelupa n cuai. Wallet hilang, hmmmm x yah cakap le.....

12. Ada 7 biji bantal atas katil, tapi bila bangun tidor semua bantal kat bawah katil.....

13. Obses ngan huruf Q, tapi bukan Que Haidar

14. Pernah accident kerana asyik sms, tapi bleh pulak aku salahkan akak yang aku langgar tu.... damn jahat sungguh!

15. Kalau dah suka ngan satu lagu, atau cerita/filem, sejuta liun kali dengar/tengok pun x pe. Siap hafal skrip! gila ke hapa?

16. Alat muzik aku paling suka, piono even aku x pandai main piano. Bila dengar instrumental piano, aku beranganlah jap, kononnya aku yang main piano.....

17. Aku suka makan coklat dan juga biskut kacang, but satu je bila melekat kat gigi dan teksturnya yang memekatkan dan menghauskan, menyebabkan perasaan yang tidak selesa yang membuatkan aku x suka, tapi tetap makan dan makan.

18. Mudah terpengaruh dan percaya cakap orang, tapi bukan tentang MLM..... I hate MLM!

19. Pelupa! damn..... nak kata makan semut, x de la pulak, Short term memory? May be..... Memory Ikan Emas!

20. Music! Yes! X bleh nak lekang ngan aku punya Hang Phone - sampai hang pasal bnyk lagu. huhuhuhu..... Kesian Samsung Jet aku, dah x jet dah..... so skang baru tukar Samsung Galaxy Tab, yes..... lagi bnyk lagu bleh masuk!

21. Suka senyum but tak suka ditenung, menggelabah! Damn, pemalu? X jugak.

22. Aku suka mengemas bilik, biar le kemas dan selesa, tapi satu je aku malas nak buat bila bab2 kemas bilik..... kemas dan tukar cadar! Urgh......

23. Antara cita-cita aku dulu: Polis, Doktor, Doktor Gigi, Peguam, Saintis, Angkasawan!, Novelis, Penyanyi?, Pelakon?, Pemuzik?, Penulis Skrip, Pensyarah, Pembaca Berita, Petani Moden, Juruterbang, Pramugara, Perekacipta, Pemilik Restoran, Chef..... hmmmm.... ada lagi, setiap hari bertukar..... kalau jadi Kamen Rider kan best..... BERTUKAR!

24. Pernah tak drive kete or motor or ketepi or kapal selam ke, plan nak ke tempat lain, tetiba ko sampai ke tempat lain? Magik kan? Berangan bnyak sangat nih! Sebagai contoh nak ke KLCC tapi tetiba ko sampai ke LCCT. Nama lebih kurang je tu.....

25. Shopping? hmmm..... kalau aku banyak duit mmg hari2 nak beli itu ini, bagi memuaskan hati. Tapi aku tetap beli walau x ada duit..... bahaya nih!

26. Suka membuat kerja yang kemas, kalau dah siap taip, tetiba ada salah eja satu huruf je, aku print balik. Tetiba nampak senget skit, aku print balik. Tetiba ada dot skit pun, aku print balik. Tetiba print terkecik ke terbesar ke, aku print balik. Tak pe, bukan kertas aku beli..... hahaha..... Membazir kan? Ish Ish Ish.....

27. Pernah dikejar ngan lembu masa kat kampung, ntah apa salah aku, lintang pukang aku lari, sambil dilihat abah. Abah gelak je..... Pernah dikejar anjing, ntah apa salah aku, tapi nasib baik aku naik motor masa tu..... Pernah dikejar angsa, ntah apa jugak la salah aku, nasib baik angsa x menyudu ke bahagian yang x sepatutnya..... Pernah dikejar perasaan bersalah even aku x salah..... Hmmmmm......

28. Pernah jatuh pokok, pokok buah Kundang kat umah arwah nenek, dahan pokok dengki ngan aku, sengaja mematahkan dirinya, maka jatuhlah aku. Pernah terjatuh dari pokok rambutan kat kampung, akibat disengat lebah..... arwah nenek la jugak hero menyelamatkan aku. Pernah jatuh ke dalam sawah kat kampung, menggelabah naik, takut ada lintah, damn.... ada jugak 2 ekor hinggap. Pernah jatuh kat waterfall, konon nak buat aksi luar biasa, adess..... bengkak kepala aku. Pernah jatuh tangga, kat U dulu, control dan terus berlari supaya org x nampak muka aku. Pernah jatuh akibat lantai licin..... hmmmm..... ada lagi yang aku belum jatuh, apa ek?

29. Tahun ni aku dah masuk 29, next year dah 30! Rasa macam x matang lagi, masih budak2 perangainya..... Berdebar dan sungguh mendebarkan. Harap2 semuanya berjalan lancar dan aku akan mencapai apa yang aku mahu! Cayalah!

Saturday, January 1, 2011

Terbaik!

Pukul 9.00 malam - 01.01.2011

Wah..... dah lama x menulis......

Kering idea? Alhamdulillah, Allah masih memberi aku pemikiran dan idea, jadi aku bukan kekeringan idea, tapi.....

Tak ada masa? Bullshit! Alasan yang x boleh digunakan langsung.....! 24 hours Allah kasi sehari, bukan 24volts! (kadar pengaitan parameter yang diluar batasan) so x yah nak dalih2 dah.....

Jadi..... hendak seribu daya. Jadi-jadikanlah..... Tak hendak seribu dalih. Elakkanlah.....

Bila masuk tahun baru, semua asyik bertanya dan berbicara tentang AZAM!
Aku x pernah menanam azam, pasal azam x boleh nak tanam.....
Aku x pernah memikirkan azam, pasal x bleh nak fikir.....
Aku x pernah menulis azam, pasal aku x tahu nak tulis.....

Pada aku, azam bukanlah sesuatu yang perlu dikejar dan ditunaikan atau dituai.
Azam bukanlah sesuatu yang buruk, cuma aku x pernah memikirkannya.....
Bukan x boleh hidup tanpa azam, cuma aku akan menjadi statik dah pasif pada sesuatu yang aku nak kejar..... Aku perlu jadi dinamik dan aktif!

Hmmm..... Last 2 weeks, aku ke KERTEH atas urusan kerja. Ditakdirkan aku makan tengah hari di McD, sambil asyik mengunyah sesuatu yang aku anggap boleh mengenyangkan aku, aku ternampak kelibat seorang warga tua yang bernama wanita bersama anaknya yang masih tidak tahu menahu tentang cabaran hidup duniawi yang dianggap kejam.....
Dari luaran sahaja aku tahu wanita itu mungkin tidak berumah, atas pemikiran yang lojik apa yang aku nampak; raut wajah yang kusut masai, baju kurung merah yang pudar sudah warnanya, koyak di sana sini..... anaknya? berkeadaan sama, memakai seluar pendek hijau yang kelam sudah dipadankan dengan t-shirt biru berimej animasi popular jepun, Ultraman.
Ketika itu aku di dalam restoran tersebut, manakala mereka melilau ke sana sini di luar, mengintai ke dalam seperti mengharapkan sesuatu.
Apabila dia terpandang aku yang sedang memerhatikan dia, aku cepat-cepat mengalihkan pandangan aku ke meja aku, sambil mencapai handphone yang kononnya ada sesuatu yang menarik di paparan LCD sesentuh itu..... dengan pantas aku melupakan situasi tadi sambil rancak mengunyah.
Ditakdirkan Allah, datang seorang umat yang dilahirkan sebagai lelaki ke restoran itu. Kewudujannya belum ku sedari, sehinggalah dia berjalan sambil memegang dulang makanan yang disediakan pekerja restoran; 2 ketul ayam goreng yang masih panas dan rangup bersama kentang dan air bersaiz L, menuju ke meja di luar restoran.....
Mata aku bersaksi yang fizikal lelaki ini dengan mukanya yang agak serius dan tegas orangnya, duduk bersebelahan 2 meja dari wanita dan si anak tadi.....
Tatkala dia baru menyudah kunyahan kentang yang pertama, aku agak pasti ayam di atas mejanya sudah lesap! Ke mana? Huh?
Confirm! Terfikir aku seketika, saudara diakah wanita itu? Atau jirankah mereka berdua? Kalau jiran pun, sukar nak melihat kita sesama manusia berkongsi sesuatu yang kita suka.....
Lelaki itu telah rasminya menyerahkan makanan tengah harinya kepada wanita malang bersama anaknya..... Tak cukup dengan itu, di turut menyedekahkan air minumannya, tanpa rasa sangsi, dan aku lihat mukanya tenang diselangi senyuman puas..... Cukup mulia hatinya, dia masuk ke dalam restoran, dan keluar sambil membawa sos untuk menambah kesedapan santapan wanita dan budak malang itu.....
Sehebat itukah aku? Oh tidaklah jawapannya.....
Lelaki itu sekadar mengisi perutnya dengan kentang yang masih berbaki..... sambil memerhati dua beranak itu menjamu makanan yang semewah itu, yang pada fitrahnya x mungkin dia dapat menikmati sepanas dan segaring yang dimakannya hari itu......
Aku hanya senyum, sambil berlalu dari restoran, lelaki itu masih di situ.
Sesudah ku kereta, aku cuba memikirkan apa pulak kebaikan yang bakal dilakukan lelaki itu lagi, dan apakah lagi kesenangan yang bakal diterima dua beranak itu.....

Terfikir sekali lagi tentang azam lelaki itu; mungkin meningkatkan lagi kadar sedekahnya.
Dua beranak malang itu?

Sama-samalah kita fikirkan..... Yang aku harapkan agar semua selamat dan jika ditakdirkan tahun ini mereka berubah, berubahlah ke arah beruntung. Tetapi takdir yang tertulis tetap menunggu, kita hanya sempat berdoa dan memohon selagi akal kita waras.....

Aku tetap x tahu nak berazam, tapi yang pastinya aku mahukan yang terbaik..... Apa yang bakal aku tempuhi di 2011 akan aku harungi..... bukan kerana terpaksa, tetapi itulah hidup yang aku pilih.

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya