
Aku naik ke atas skit, mengahala ke Pandan Indah,
"Habis dijual le....." dengan selamba akak tu berkata.
Aik, laku plak majalah nih, cuaca dah la panas, hati pun dah naik panas nih..... Mana aku nak stop lagi nih? So aku buat keputusan, terus balik, kat Sri Permaisuri pun ada kedai buku.
Sampai kat kedai buku sebelah Maybank, aku masuk terus usha majalah Anis. Tak nampak pun tanda2 majalah tu ada, straight to the point tanya terus kat adik yang jaga kedai tuh.....
"Majalah Anis ada x?" tanya aku pendek sambil mengerut dahi dan berharap aku yang x nampak......
"Dah abis la bang, semalam ada lagi....." pulak dah..... Uiks!!!!! Ponin dah den nak mencari nih, mana laie den nak poie?
Dengan pantas, aku ride le motor aku turun ke Salak Selatan, dengan harapan ada gerai majalah ke, toko buku ke..... Hampeh, habuk pun tadak..... Buntu la plak aku..... x kan sekitar nih dah x ada gerai2 majalah? Kapla dah fenin, panas lagi.....
Dengan selamba aku terus berpatah balik, tapi aku pun terfikir sejenak, kalau aku dah balik, aku mesti malas nak keluar..... so, dengan serta merta, motor aku membuat U-turn, menghala ke Besraya..... Mana plak aku nak pi nih.....? Hmmmm......
Tak pe lah, sambil aku berjalan petang makan angin, lagipun balik umah tak de pape gak kan..... So aku menuju ke pusat bandar, tapi aku x tahu nak menghala ke mana. Dengan selamba aku dah sampai kat Dataran Merdeka, aku ambik keputusan menghala ke CM, then teringat ada Kedai Buku Popular kat Petaling Street. Masuk dan aku keluar dengan hampa juga kerana keputusan mencari majalah Anis tetap mengecewakan.....
Dalam hatiku berkata, special tul majalah nih..... semua tempat x de. Hairan.....
Pastu aku pun mengambil keputusan berjalan sambil melihat barang2 ciplak kat Petaling Street, saja nak membuang masa..... sampai le ke hujung jalan. Ada la gerai tepi kaki lima, Bangla yang jaga gerai majalah tu.....
"Majalah Anis ada?" pantas dan pendek aku bertanya.
Dengan senyuman yang ikhlas dia menjawab "Ada....."
Alhamdulillah.....
Dapat gak majalah yang akak aku nak nih.....
Dah dapat, pantas aku balik. Terus cari setem kat dalam balang Horlick 2 kg yang aku simpan pelbagai barang2, termasuk le setem..... ada.

"KINI BOLEH DIDAPATI DI MPH, 7-ELEVEN & MYNEWS.com"
Ceh..... jauh aku pi mencari serata alam, kat 7-11 rupanya ada, x terlintas la plak aku nak kesana, padahal berlambak 7-11 kat sekitar umah aku tuh..... dah nasib!
Penat la jugak, bukan apa cuaca skang panas..... Esok nak poskan ke Sabah.
Begitulah adventure yang aku alami dalam pencarian yang akhirnya membuahkan hasil.....
Kalau majalah nih aku x jumpa lagi macam mana? Jawabnya esok la plak aku memulakan perjalanan mencari.....! Chow!
No comments:
Post a Comment