Jadi, keluarga sebelah ayahanda hamba ni, berasal dari dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan yang sememangnya terkenal dengan Pasar 24 jam.
Inilah pula ibunda hamba yang amat hamba cintai dan sayangi, FARIDAH BINTI IBRAHIM, nama yang diberi.
Ibunda hamba berusia 56 tahun dilahirkan pada 6.30 pagi, 5 September 1952, iaitu 16 Zulhijjah 1371 Hijrah bersamaan dengan hari Jumaat, bermakna dia dah pencen tahun nih..... Selamat Berpencen, mama rehat2 le kat umah yea! Ibunda hamba berasal dari Kelantan juga, di mana ibunda hamba dilahirkan, Kampung Menjual namanya. Datuk hamba sebelah ibunda hamba bernama (Allahyarham) IBRAHIM BIN CHE MAN dan nenda hamba sebelah ibunda hamba pula (Allahyarhamah) CHE MAS BINTI AMAT.
Tahun 1976, maka Ibunda dan Ayahanda hamba bergembiralah dengan kelahiran puteri sulungnya tanggal 7 Januari 1976, dan diberikan nama,
SITY NUR ZALYDA BINTI GHAZALI Kemudian tahun berikutnya, Ibunda dan ayahanda hamba di kurniakan lagi dengan seorang puteri ke-2 pada 9 November 1977, dan di berikan nama,
SITY NUR FARZLYNIE BINTI GHAZALI
Hari Tasyrik berganti hari Tasyrik, malam berganti siang, hujan entah berapa kali turun, maka tahun 1982 pada 31 Oktober lahirlah pula zuriat ke-3 Ibunda dan Ayahanda hamba, putera pula kali ini, yang dihadiahkan nama, MOHD AZUAN BIN GHAZALI iaitu hamba le..... (gambar dah banyak so x yah nak attach lagi kat post nih.....
Selepas kehadiran hamba, hadirlah adinda hamba, putera jua kelahirannya, maka bergembiralah sekeluarga, melengkapkan sepasang putera dan puteri. Adinda hamba ini lahir pada tahun 1985, tangga 23 Febuari.
MOHD FAIZ GHAZALI
SITI NUR FATIHAH BINTI GHAZALI
SITI NUR DIYANA AFIQAH BINTI GHAZALI
MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN GHAZALI
No comments:
Post a Comment