Keikhlasan..... sukar atau senang?
sukar untuk diketahui, tapi senang dilakukan.....
sukar untuk ditetapkan, tapi senang disalah ertikan.....
ikhlas itu indah,
ikhlas itu cantik,
ikhlas itu luhur,
tapi sukar sangatkah untuk ikhlas?
hati yang mahu, tapi akal yang dangkal menidakkan,
kalah dengan nafsu yang mengongkongnya.....
datanglah wahai ikhlas ke dalam dada2 manusia,
datanglah ke dalam diri manusia yang semakin lokek,
datanglah ke dalam jiwa manusia yang semakin lupa,
yang semakin lupa apa erti keikhlasan,
yang lupa manisnya ikhlas itu,
ikhlas itu bukan dicipta,
ikhlas itu bukan untuk dilupa,
ikhlas itulah sandaran hati kita,
ikhlas itulah pemula hati kita,
sandaran dan pemula kepada hati2 yang tulus dan murni sifatnya.....
sesekali biarlah keikhlasan menapak atau menjelma,
biarlah ianya mekar walau seketika di dalam diri kita,
kenangan ikhlas tidak pudar,
tidak pudar walau jatuh ke dalam lubuk,
kerana ikhlas itulah kejujuran dan kemanisan hidup,
kerana ikhlas itulah pasak keutuhan hati yang berbunga,
kerana ikhlas itulah segala yang mulus,
yang terselindung disebalik hati kita yang berkabus,
kabus dingin yang mendinginkan hati2 manusia,
datanglah keikhlasan,
datanglah walau seketika,
moga hati2 yang masih ada tahu apa itu indah.....
ikhlas itulah yang terindah.....
No comments:
Post a Comment