Cinta adalah anugerah dari yang maha kuasa kepada makhluknya.
Cinta diperoleh dalam paksaan dan jua bukan.
Cinta itu tanda memberi dan cinta juga adalah balas perasaan.
Cinta bukan senang dicari dan cinta juga mudah diperolehi.
Cinta itu bermakna dan tidak.
Cinta itu sunyi dan gembira, juga sedih dan menyiksakan.
Cinta itu penghargaan dan juga maruah.
Cinta bukan mainan dan juga bahan jenaka.
Cinta… Sememangnya cinta itu sukar ditafsirkan.

Aku bukannya meminta cinta yang teragung untuk aku kecapi. Biarlah cinta yang singgah di hati nurani ini, ikhlas dan jujur. Biarlah cinta pada jiwa ini jelas dan manis datangnya. Kehendak memang begitu bentuknya, sempurna dan cantik. Apakan daya aku hanya manusia, kerdil di muka bumi mencari tuntutan hati mulus dan terlalu kecil ini. Jelas, bukan senang dan bukan mudah. Tapi kenapa aku terlalu merasai kekurangan ini? Melampau rasanya. Meruntun gila mendamba kekurangan yang semakin parah. Aku sudah hilang punca dan jalan untuk mengubat ketenatan suara hatiku ini. Mana lagi aku perlu pergi dan merantau, mencari punca dan jawapan kekalutan dan keredupan tubuhku ini? Bukannya tiada sinar mentari, dan bukannya bulan itu gerhana, tapi jawapan ringkas kebenaran yang ada padaku tetap kabur. Kaburnya membutakan segalanya. Gelap dan tiada bersuluh. Tiada lagikah sejalur sinar menyingkap jawapanku? Aku sendiri masih kaku dan lesu tanpa jawapan.
Bilakah... bila cinta agung mahu muncul...? semoga MUHARRAM yg datang, membawa tahun baru yang pasti kepada sesiapa yang perlu... perlukan sesuatu...
dah pi wat keje beb...
No comments:
Post a Comment