Salam buat kekasih.....
Ku ukur jarak hidupku, bukan ku ketahuan mana pinggirnya.
Ku cuba jengah kembali sejarah tinggalan, tiada apa yang harus kubanggakan.
Ku cuba menilai, tiada yang boleh dinilaikan.
Ku cuba, aku makin mencuba..... tapi tiada masa kedua untuk kubetulkan.

Berselirat, bukan aku tak mahu melepasi jaringan ini, tapi aku manusia.
Lemah, aku sudah mencuba.
Tapi cubaan aku bukanlah yang terbaik.
Cubaan sekadar menangisi apa yang sudah.....
Makin sudah jauh berlalu, masih tiada ruang dan cara.
Hilang sudah harapan kononnya, tapi aku yang buta.
Ya Allah, jaringan ini terlalu kuat dan tebal untuk kulepasi.
Ya Allah terlalu jauh hatiku untuk melihat sinar-MU.
Ya Allah sepinya hatiku walau bertemankan-MU.
Ya Allah buruknya aku walau semuanya yang ada adalah terindah.
Ya Allah mengapa aku terlalu buta?
1 comment:
Kita hanya manusia biasa...sering terlepas pandang dengan apa yang kita miliki.. Tetapi Allah sentiasa bersama memberi peluang kepada hambanya untuk kembali & mensyukuri nikmat pemberian-NYA.. Dan kita sebagai hamba yg diberi akal fikiran yang waras.. marilah sama2 berdoa agar kita menadi umat-NYA yang dikasihi dan di rahmati... AMIN....
Post a Comment