He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Tuesday, July 29, 2008

TODAY IS TUESDAY

Sesampai je kat pejabat, terus naik atas, nak tengok komputer..... Kenapa? pasal semalam komputer K Wa a.k.a. komputer aku sekarang (aku sendiri yang declare.... dah x de sapa nak tolong declarekan), kene virus attack! macam2 muncul, trojan le, worm tanah pun masuk gak, malware, spyware, tupperware pun joint gak skali..... hampeh tul!
Bila dah kena serang, maka lumpuhlah segala kerajaan berkomputer aku, so nak dijadikan story mory lorrynya, Yus x datang lak kat opis ari senin tuh. So dengan serta merta aku hilang arah dan pedoman ibarat tergantung x bertali, tapi bukan tali pusat la ye.....
Tanpa rasa curiga dan hairan, aku memulakan tindakan mengexplore komputer tu dengan sedaya upaya idea yang aku ada, bagi menyelesaikan pertandingan serang menyerang virus tuh terhadap PC tuh. bukak sana sini, delete sana sinun, x jadi apa2 gak, maklumlah bukan pro.....
Tiba-tiba, aku pun masuk le google nak mencari solution kepada permasalahan aku yang telah wujud beberapa minit selepas aku minum nescafe 'O' dengan biskut tawar Tesco, maka aku terjumpalah satu forum yang membincangkan tentang kadar jenayah virus2 ke atas komputer2 di seluruh alam nih.....
So, dengan selamba aku pun sign in dalam forum nih, dah sepantas kilat aku mengutarakan soalan aku untuk menyelesaikan kelam kabut dan haru biru laut Merah komputer tu..... Tanpa ku duga moderator forum dengan nickname "Touch" mengreplykan aku punya question..... First agak ragu2 dengan advise yang dia berikan, coz takut gak kot2 dia sengaja nak menjahanamkan system kehidupan aku di pejabat dengan mengganaskan lagi serangan virus2 benci tuh.... Tapi x kusangka, rupanya masalah selesai..... selepas beberapa kali aku reply post kat dia, komputer kembali aman damai dan sejahtera malahan makin menbangun seiringan dengan saranan negara yang mahukan kemajuan dan kecemerlangan. Maka komputer itu pun kembali segar dan mekar..... dah x ada lagi masalah masa aku onkan komputer, dah x ada serangan virus dan selesema pada komputer tuh. Bukan setakat virus2 sahaja yang dibunuh, malah corrupted file yang sebelum nih seringkali muncul pun dia dah perbetulkan.
Terima kasih sejuta kali lapan puluh perpuluhan lapan setengah je yang boleh aku ucapkan kepada "Touch" entah lelaki ke pompuan aku pun x tahu. Gambar dia ada, tapi Darth Vader punya muka pulak yang dia attach, otai la katakan. Lagipun dia nih member kepada ASAP, Alliance of Security Analysis Professionals, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka otai pertahanan komputer. Kira diaorang nih perancang startegi perang terhadap virus2 yang nak mendajalkan komputer korang..... Thanks again!
Bila aku balik umah, same thing aku lakukan kat lappy aku. Coz khuatir ada jangkitan virus dalam selimut, then memang ada lah jawabnya. Aku pun merujuk dengan dia jugak tentang kes serangan baru nih, dan alhamdulillah lappy aku dah comel balik, bertambah cun pulak tuh..... Tak tahulah kalau aku tak berforum ngan dia, makin parah penyakit komputer2 nih, at least ada pertolongan yang ikhlas dan jujur macam nih, bukan senang nak cari skang, semua nak fulus. X dak fulus, haram nak dapat khidmat dari yang pro. Mana ada lagi orang nak buat benda2 free zaman skang nih, toilet kat KLCC pun RM2.00! hmmmm..... fikir2kanlah..... Tapi kalau aku boleh ke bagi benda or khidmat free??? Tepuk dada bunyi dap.... Tepuk dahi bunyi dip..... Tepuk tangan bunyi tap..... Tampar muka sakit..... dah, mengantuk la beb..... Tidur jangan lupa basuh kaki & gosok gigi..... nak gosok baju sekali pun bleh gak..... kang lambat pula esok nak pi keje..... Chow!!!!!

No comments:


Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya