
Musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria kita, 778.3 juta kilometer dari matahari, dan dalam susunan merupakan yang ke-5 dari 9 planet yang ada. Dan pada hari ini, 09.07.08 merupakan satu tarikh dimana keajaiban alam ciptaan tuhan akan berlaku.
Pada malam ini iaitu dari pukul 8 hingga 10 malam, sekiranya kita berpeluang melihat Musytari dengan mata kasar, anda akan nampak satu titik putih menyinari segenap ruang langit dan cahayanya lebih terang berbanding gemerlapan bintang-bintang yang melingkari segenap cakerawala.
“Titik putih itu adalah planet Musytari yang sedang mengalami opposition atau dalam erti kata lain, istiqbal (pertentangan) yang membawa maksud Musytari, Bumi dan Matahari berada dalam satu garis lurus dengan Bumi berada di antara Matahari dan Musytari.
Jadi malam ni jgn lupa tengok. Jangan sampai lenguh atau cramp leher dah le.....
No comments:
Post a Comment