He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Friday, January 9, 2009

DI PUNCAK

Menara Tinjau Ampang, yang di ceritakan dapat melihat sekitar bandar KL.....
Malam sebelum sambutan Hari Natal aku ke sana, bersama
K Lenda, K Zyirene, Bro Uzzey & Aufa.....
Memang cantik tempatnya, dan keseluruhan lampu yang bergemerlapan di Bandaraya KL dapat ku lihat dengan terang dan jelas.....
Maklum sahaja, besoknya cuti, maka berpusu-pusu manusia ke sini untuk melepak dan meraikan yang tersayang, so lambat juga we all dapat table, nasib baik K Lenda pandai mengayat manager kat situ, dan dapatlah port lepak yang paling ngam-tim-tip-tip......
















Thanks to K Lenda yang belanja we all makan..... Mahal pun x pe, janji best! Yeeehaaaa!

Wednesday, January 7, 2009

2009 MONOLOG

2009 sudah pun menjelma, jadi ni ulang kitaran hidup aku yang ke 27.
27 tahun sudah aku melata di muka bumi tuhan menjinjing dan mendukung peranan sebagai khalifahNYA.
Apa sudah yang aku berikan pada hidupku ini?
Masih panjangkah atau singkat sudah masa untuk aku meniti lapisan hidup yang nipis ini?
Apa lagi yang perlu aku lakukan dan jalani?
Apa lagi yang pasti untuk aku?
Apakah ia?

Jujur dan jelas ku akui, yang mudanya hidup ini masih belum terisi, bahkan separuh pun ku yakini masih terbiar dan terlalai di kitaran yang penuh dusta dan nista.
Bukan ku sengaja mengatakan yang aku ini tidak syumul, tetapi itulah hakiki yang mengukiri diri setiap insan di akhir zaman ini.
Kesempurnaan yang dikejar, bukan kesempurnaan yang tulen. Plastik!!!!!!

Jadi manakah keabadian dan janji yang pasti?
Sekarang bukan lagi masa untuk ku menepuk dada sakit atau tidak.....
Itu sudah ketinggalan malah basi.

Rekalah dan bentukkanlah yang kasih.
Hiaslah dan gemerlapankanlah yang sayang.
Pimpinlah dan aruskanlah yang cinta.
Tinggikanlah dan agungkanlah YANG SATU.....!

MAKAN2 DI AKHIR

Jamuan antara staf, sebagai pengakhiran 2008. Mulanya plan nak sume datang, tapi masing2 ada job & task yang perlu diselesaikan maka yang melibatkan diri hanyalah 7 orang. Tak kisahlah, asalkan dapat mamam......

Starwberry......

Strawberry lagi.....

Honey Dew Juice buatan sendiri.....

Ayam Dara Masak Merah buatan si Baju Merah

Tembikai Merah..... Syuk taja

Sup Telur karangan Maziah

Sayur Campur hasil paksaan terhadap Hana

Ikan Masak Asam hasil ikhlas (kesan paksaan) Hana

Black Pepper masak Daging? Hehehehe..... Kak Bada punya masakan

Yummy..... Triffle Fruit Cocktail..... Aku lah yang buat nih..... Best gile!

..... dan lagi
Jom mamam..... Yummy!

Maziah
Syukri
Yusry
K Zyirene si Baju Merah
Kak Bada
Farhana

Monday, December 22, 2008

CAMERON MADE

Bukan aku ke Cameron Highland, adalah seseorang insan tuh, bercuti akhir tahun ngan family dia..... So aku dapat lah buah tangan dari sana..... Secara jujur aku katakan, aku tak pernah lagi ke sana, sepanjang umur aku lah..... so bila aku nak ke sana? tengok lah dulu.....

Koko Jelly

Strawberry Pie

Dried Rossele ngan Asam

Dried Strawberry

Ni pasar malam belakang office punya, alang2 aku nak cerita bab makan2 nih, masukkan le sekali.....

Starwberry..... nyam nyam.....

Thursday, December 18, 2008

IBADAT KORBAN






JUADAH AIDILADHA

Alhamdulillah, Raya Haji tahun ni dapat balik kampung, so bila dah raya, Juadah pagi raya tu yang penting. Raya Haji di Kelantan, Insya allah setiap tahun meriah, tahun ni pun lagi meriah, dengan semua adik beradik aku ada, kecuali Faiz ke KL kerana menjadi Urus setia Sukan Universiti2 ASEAN. Ditambah pula dengan kehadiran Nuha yang chomel.....

Sesampai je kat kampung, mama dah tanya nak makan apa..... So apa lagi plan le serba sedikit. Dan keputusan di capai nak makan Roti Jala ngan Chicken Curry. Mula2 mama nak wat Kuzi Ayam, leceh la plak, x nak le susahkan mama, lagi pun mama nak masak Beehon Goreng lagi, then juadah lain pun dah banyak, lagi pulak nak wat korban, nak wat jamuan daging korban plak nanti..... Cukuplah sekadar yang ada.....

Antara Juadah yang disajikan di meja pada pagi Aidiladha lepas.....

Kek Lapis Selendang Umi
Kek Lapis Cheese

Kek Lapis Red Indian

Ketupat Pulut

Beehon Goreng Buatan Mama..... best.....!

Kari Ayam

Roti Jala..... penat le menebar, nasib baik Kak Nie n Yana tolong.....

Kek Coklat Kukus

Kek sekadar Kek

Alhamdulillah, kemeriahan tetap terasa. Semua sanak saudara ada dan singgah memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha..... Ibadat Korban dijalankan secara gotong royong, dan segalanya indah bila berada di kampung..... Itulah kampung, permai dan damai.....

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya