He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.
Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Aku x pasti pagi hari raya ke berapa..... ada sarapan Laksam ngan Kuah Lemak, bersama Pulut Pagi + Kelapa yang di masak ngan Gula + Gula Melaka.


Lama x makan nih sume, balik kampung je boleh jumpa makanan cengginih.....

Yang penting kenyang dan best!

Bintang dalam Betik. Menarik kan? Betik ni dari Umah akak aku yang second, Kak Nie. Bila aku dah potong, tengok ada star lah dalamnya..... Allah itu maha mencipta.....
Macam2 biskut boleh didapati masa menyambut perayaan especially Aidilfitri. Nilah antara koleksi biskut raya yang ada kat umah aku..... Semuanya best, semuanya menyelerakan.....
Ni namanya Biskut Gitarku tercelup Coklat

Stick Chocolate with Kelapa

Cendawan Pink di Pagi Yang Mulia

Kerepek Pisang Tanduk

Bebola berkaler di dalam Mangkuk Kertas Hitam

Hati Merah bersama Hati Kuning

Bintangku Jatuh

Bulan Sabit dibawah Bintang

Ladam Kuda Mak Cik Melah

Marble Cookies.....

Ais Kerim dalam Botol

Almond London, made in KB

Hmmm.... x tahu ape ke nama aku nak tulis

Sarang Ants

Madu Flake yang diperbuat dari jagung

Hatiku bukan putih

Maruku yang bukan nama sebenarnya

Makan je lah, nama suka atilah nak panggil apa.....

Biskut ciptaan adik aku, Cornflakes + Coklat Cip + Badam + Kismis = CoCoBaKi
"Beledo Hija"

"Kuoh Kace"

"Nasi Minyok nga Kari Kambing" - kari dah abis, x sempat nak snap.

"Kek Coklat resepi kawe sdiri"

"Tape Pulut"

"Tupak Palah"

"Sotong Sumbak" - sotong dah abis, pulut sumbat je yang lebih, aku sendiri pun x sempat nak makan..... sedey.....

"Nasi Kapik"

"Kek Coklat hok ado woh tere nga bade"

"Kuoh Sate" - Satenya pun aku x sempat nak snap, abis ditelan dan dilahap.....

Ringgit Malaysia 12.00 sahaja. Sebelum balik kampung, aku ada usha songkok kat Downtown Cheras, RM 48.00 harganya, sama seperti yang aku beli RM 12.00 sahaja di Pekan Wakaf Bharu..... Huhuhu.... Nasib baik kan?
Kek Lapis Kasih Ibu, dah menjadi satu kemestian di Hari Raya Aidilfitri. Aku le yang membuatnya, dapat le juga beberapa tempahan dari saudara terdekat.

Ini adalah antara bahan2 yang aku gunakan dalam menjadikan sebiji kek lapis yang sedap di makan dan di makan dan di makan.....


Bukan susah pun, campur je semua bahan, maka jadilah..... aku bahagikan kepada caler2 yang aku rasa menarik.....


Kukus lapis demi lapis, setiap lapis lebih kurang 5 minit tuk masak. So kalau ada 20 lapis darab le sendiri berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan kek lapis idaman semua nih!



Anda mahu? tunggu le raya tahun depan hamba buatkan sebiji lagi..... huhuhuhu!

Aku balik kampung, mama ngan adik dah siap pasang langsir baru. Mama jahit sendiri, warna hijau tema tahun nih.....

Jadi kerja2 mengemas le yang aku kena wat pulak, membuang habuk2 yang menempek kat sana sini.


Pergh.....! Shining like a star lah!

Ini le kucing kesayangan keluarga aku kat kampung, Cik Putih, seputih bulunya yang putih lagi memutih. Cik Putih tidur elok kay..... nanti mama kasi ikan rebus yang best!

After abah kena strok, abah x bleh nak ride motor, kalau naik kete pun mama yang drive.... so abah beli le basikal, basikal Jepun katanya. So dengan basikal nih le dia bergerak ke sana ke mari..... aku pun dah lama x menunggang basikal. Sekali dah naik..... teringat masa kecik2 dulu..... dah tua rupanya aku nih.....

Rumput dilaman rumah dah memanjang, panjangnya dah menenggelamkan betis da..... Abah cakap pi pinjam mesin pemotong rumput ngan Ayah Ngah, adik aku Faiz pi amik, dan dialah juga yang melakukan kerja potong memotong rumput, aku ambil alih kerja2 mengemas rumah..... Biarlah mama rehat, lagi pun mama sibuk menjahit langsir..... so anak2 le yang kena ambil peranan..... Adik aku yang 3 tuh, hmmm..... dah disuruh baru nak gerak..... at least diorang wat le juga walau nampak cam malas. Bukan malas, tapi penat sebab pose......
Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.
Rabi'a al-Adawiyya