He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Tuesday, December 11, 2007

BILA HUJAN




sekarang ni memang musim hujan, musim banjir, musim tengkujuh... hujan dan hujan dan hujan... basah dan terus basah dan terus basah lah... hujan tu rahmat dan rezeki, banyak yang ALLAH turunkan ketika hujan menyimbah bumi, setiap musibah yang melanda ada hikmah dan perkara di sebaliknya... di sebalik kegembiraan yang diraih, ada kedukaan dan kesedihan yang terselit... di sebalik kesenangan dan kebahagiaan, wujud kekalutan dan ketidakselesaan yang menanti... di sebalik cinta dan kasih wujud kebencian dan kemurungan yang membalut... hujan oh hujan... turunlah engkau membawa kebahagiaan dan kesenangan... sejuk la.....

WEDDING

musim cuti sekolah nih, memaNg banyak tul invitation wedding... tak tercapai dek kaki nak pi... kenalan lah, sedara, teman se universiti, kawan sekolah menengah, membe office... sume nak kawin daaa.....

ni gambar2 kenangan kawan2 dan teman2 serta kenalan kawin... (i'll update all of pictures sikit demi sedikit, yang tak masuk tu nanti le kay...)

FAZILLAH & HUSBAND
AL-AMIN & WIFE
LAILEY & HUSBAND
AMEER WAHDI & WIFE
APAI & ZETY
RUSMIZA & HUSBAND
JACKZ & WIFE
ARBA'IAH & HUSBAND
ROHAILI & WIFE
WAN SYAFINI & SYAZANI
YATIE & HUSBAND
NAIM IDHAM & RABIATUL

SITI HAJAR & SHAIFUL FAIZAL

ROSSA & HUSBAND

SARA EDORA & HUSBAND

I DON'T KNOW WHY...








banyak benda yang tak kena berlaku sekarang... bukan pada aku saja, pada orang lain pun sama, orang sekeliling, orang dekat, orang jauh, orang depan mata, yang terselindung... ujianlah ni kan...? hope semuanya ok dan sentiasa bersedia...

INVITATION

sambil membelek2 timbunan kertas dalam kotak, ternampak le pula kad2 jemputan kahwin... banyak sebenarnya, tapi ilang masa aku pindah rasanya... mana la aku letak... bila aku nak joint diaorang nih....?














KENANGAN...

Pergh... semalam ujan lebat lagi masa balik dari office. terpaksa juga redah, coz nak balik, basah tu x de la basah sangat coz my GIVI raincoat ada, but sejuk beb, jalan pulak jammed, licin plak tuh... nak ride laju2 kan tetiba tergelincir @ terpeleot tayar motor x ke naya... layan je la traffic yang slow tuh... kereta kalau dah ada kat atas jalan raya, bukannya nampak sang penunggang motor yang ada sebelah, skali dia "siram" air kat atas jalan ngan tayar dia... aku lah, si penunggang motosikal jua yang menjadi mangsa...

sampai uamh, bersihkan diri dan keringkan diri sendiri... lepak tengok tv, layan sitcom THE NANNY jap... hmmm... ujan masih turun, x ada tanda nak berenti...


pukul 8.00 PM, masuk bilik, selongkar barang2 dalam kotak kertas A4, banyak lagi barang yang aku x kemas sejak berpindah hari tu... then terserempaklah aku dengan barang2 yang ada makna tersendiri pada aku... hadiah dan cenderahati dari kawan dan teman yang masih aku simpan...



nih sarung kasut Dokckers... sarungnya je, kasut ada kat rak, hadiah dari seorang teman untuk ku, setahun yang lepas... (masa tu aku still stay kat KELANA JAYA at my uncle's ouse) terima kasih, kasut tu masih ku pakai ke hari ini... mahal tu... huhuhu... thanks a million...!!!

Jam DIESEL ni pun hadiah dari seorang teman yang sangat aku rindui, ke manalah dia menghilang, salah aku juga... num contact dia aku x simpan selain dalam handphone MOTOROLA aku yang dah hilang... where are u know...?

Keychain ni plak pemberian kawan berbangsa Tionghua, orang Kuantan kerja kat Kelantan... memang dia baik dan selalu bertanya khabar aku... thanks dude...!


yang ni, kad ucapan raya dari seorang kawan bernama YANTO, buatan tangannya sendiri, kreatif mamat nih... petikan tulisan pada kad:
"SALAM SYAWAL, SAHABAT SEJATI ITU... TIDAK MERDU SEPERTI BUNYI SERULING, TIDAK WANGI SEPERTI KASTURI... DAN TIDAK SEDINGIN EMBUN PAGI... TETAPI SAHABAT SEJATI ITU... LEBIH LEMBUT DARI LIDAH... LEBIH PANAS DARI SINARAN MATAHARI... DAN LEBIH DALAM DARI DALAMNYA LAUTAN... SALAM LEBARAN."

Lupa lah, sapa bagi pensel nih.....

Monday, December 10, 2007

MAMA KE MAKKAH

ahad, 09 Disember 2007 - mama akan bertolak ke MAKKAH... alhamdulillah, dah lama mama tunggu nak ke sana, 3 tahun masuk waiting list, tahun ni baru ada rezeki... tapi sebelum tu pun macam2 hal berlaku, first nama mama dah masuk list untuk mereka yang tersenarai ke MAKKAH, then tetiba Tabung Haji ada masalah katanya, nama mama hilang dari senarai, sedih la jugak, coz mama dah lama tunggu, dapat pastu ada masalah pula...

mama buat rayuan, coz my uncle's name masuk list ke MAKKAH... mama nak pi ngan pak cik coz my abah x pergi lagi, coz adik2 kat umah sapa le jaga. lepas buat rayuan, katanya mama x dapat pergi juga... hmmm nak buat macam mana dah takdir...

miracles happen... keesokannya, mama terima panggilan dari Tabung Haji, katanya mama dapat pergi ke sana... seronok bukan kepalang lagi... bukan mama saja aku pun sama coz hajatnya tercapai. my uncle pun x jadi la nak cancel nama dia coz my mom jadi ke MAKKAH & confirm terbang ke sana...

so smalam mama berangkat ke TANAH SUCI MAKKAH AL-MUKARRAMAH...

6.45 AM - mama & my uncle, MAZLAN (aku panggil AYAH CHIK) naik flight dari LAPANGAN TERBANG PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU (my abah, kak tie n abe yie, kak nie n abe ali, a'eh, yah, yana, alif, my uncle2 & auntie2 & my cousin2, semua pi hantar mama n my uncle ke lapangan terbang... pukul 4.30 pagi dah bertolak ke sana, even umah ngan airport just 15 km, sebab terlalu ramai umat manusia yang kesana pada musim haji... if u never seen the situation pada musim haji kat airport KOTA BHARU, u should go and see and feel it... lautan manusia beb...! mana lah datang yea...?)

7.30 AM - flight yg bawa mama n uncle MAZLAN sampai kt KLIA.

9.30 AM - bus yang nak bawa jemaah dari KLIA ke KOMPLEKS TABUNG HAJI KELANA JAYA untuk 1st trip sampai, but mama x naik, coz my uncle tiada bersamanya - uncle MAZLAN pi minum...

10.15 AM - mama n uncle MAZLAN naik bas ke KELANA JAYA.

12.00 PM - mama n uncle MAZLAN sampai, sebelum tu aku dah ada kat umah uncle AZMI (aku panggil PAK NGAH) dari pukul 8 AM tunggu mama. PAK NGAH pi ambil mama n AYAH CHIK kat KOMPLEKS TABUNG HAJI. dekat je, coz PAK NGAH stay kat KOMPLEKS KEDIAMAN KASTAM DI RAJA, KUALA LUMPUR, sebelah je ngan KOMPLEKS TABUNG HAJI tu. jumpa mama terus salam n peluk mama, rindu sangat kat mama... cam nak nangis, but tahan, coz tengok mama gembira sangat2... sebelum tu, mak mertua PAK NGAH aku (ATUK & NEK NGAH) sampai ke umah PAK NGAH juga, coz dia pun nak pi MAKKAH. same flight ngan mama dari KB, dia sampai dulu coz, ada saudara dia yg keje kat MAB, ambil dia dr KLIA then terus hantar ke KELANA JAYA.
my mama makan tengah hari bersama2, then solat zuhur. pastu semua bersiap nak hantar my mama, AYAH CHIK, ATUK NGAH & NEK NGAH ke KOMPLEKS TABUNG HAJI. memang ramai orang kat sana, semua dalam pelbagai situasi, JEMAAH HAJI semuanya gembira, sanak saudara yang lain dalam kegembiraan dan kesedihan... mama sedikit pun x menunjukkan muka sedih, memang mama nampak gembira sangat, aku memang nak menangis but tahan, x nak mama tengok aku sedih... mama suruh aku tukar duit RIYAL, ARAB SAUDI, tapi kaunter BANK ISLAM tutup sementara pasal waktu rehat... mama dah nak masuk daftar, nampaknya x sempat nak tukar... x pe kat sana pun boleh, lagi pun AYAH CHIK cakap dia dah tukar n cukup untuk digunakan buat sementara waktu...
my mama, AYAH CHIK, ATUK NGAH n NEK NGAH masuk ke dalam, sebelum tu aku salam, peluk cium mama... sedih sangat masa tuh... kuasa TUHAN kita tak tahu... jika ditakdirkan itu kali terakhir aku melihat mama... aku reda... (aku menangis masa menulis nih, tapi nasib baik akak kat office aku x nampak...) mama tanya, nak doakan apa kat sana? aku terdiam... aku hanya mahu mama sihat, ceria dan bahagia... semasa pergi dan pulang semula ke tanah air... mama... abe dah rindukan mama sangat2....!!!!! ya ALLAH selamatkanlah mama aku, dan berkatilah perjalannya... semoga ibadah yang dikerjakannya adalah yang terbaik, dah kurniakanlah haji mabrur untuk mamaku... amin.....

mama masuk tanpa berpaling lagi, seronok sangat nak ke sana... aku tengok Kak Zie, my cousin menangis... merah matanya... aku hanya tersenyum... semoga tangisan sanak saudara ang menghantar jemaah haji MALAYSIA ke MAKKAH merupakan hadiah ikhlas dan doa untuk kesejahteraan dan keselamatan mereka semua di sana...

banyak lagi yang aku nak tulis, tapi semuanya terlalu banyak dan aku hanya ingat mama sahaja... x sempat aku nak merakam waktu itu, kerana aku hanya merenung dan melihat wajah mamaku sepuas-puasnya... tapi apakan daya masa berlalu pantas... sedar x sedar mama dah jauh ke dalam, aku x nampak kerana silau cermin dinding... walau mama berjalan pantas, aku pasti mama melambai cuma mata hatiku sahaj yang nampak keceriaan muka mama... mama semoga selamat segala-galanya... MAMA I LOVE U SO MUCH...

mama akan pulang pada 22 JANUARI 2008, 2.40 PM landing di KLIA... akan ku tunggu mu MAMA....!!!!!

hanya belakang telekong mama je nampak, aku tak sempat nak ambil gambar mama... my handset battery low... dah takdir...

UJUNG MINGGU

nothing to do, memang x tahu nak buat apa, coz tunggu hari ahad - my mom nak ke MAKKAH, x sabar nak jumpa dia coz x sempat nak balik kampung... so just jumpa mama kay Kelana Jaya sahaja... hope can see my mom lelama skit...

petang sabtu pi PC Fair, Kak Zue ajak temankan dia... so daripada x ada wat pape temankanlah dia... she mention to me nak beli pendrive & bateri laptop ASUS dia yang dia dan aku beli a year ago...

she said "pukul 4 akak sampai then akak call wan k!" so aku pun sampailah ke KLCC around pukul 2.30 PM, coz nak window shopping jap... coz dah boring sangat kat umah, before that, lunch at Bayu Tasik Kondo 2 with my bro, Is. aku ingat nak naik moto je ke KLCC, but tengok cuaca cam nak ujan, trus pi LRT STAR SALAK SELATAN station, turun MASJID JAMEK station, masuk ke LRT PUTRA MASJID JAMEK station, ada renovation la plak ke hapa entah, terpaksa guna pintu jauh plak... maklum le dah lama x naik LRT.


ramai la juga manusia kat KLCC, pelancong asing ramai, budak2 sekolah pi PETROSAINS pun ramai, meriah...! around pukul 4.15 PM aku melepak sambil tunggu Kak Zue depan BOSS punya boutique... sambil melihat telatah dan kelibat manusia yang lalu lalang... hmmm sebelah kanan aku ada seorang gadis - manis dan lawa... may be tunggu seseorang... dia blah when time perfectly showed me 5.00 PM... mana Kak Zue...? Call dia, then she said "akak masih kat office, tunggu jap ye, akak sampai dalam 30 minit lagi..." Ham***... hehehe... nak marah la gak, but my SONY MP3 tengah mainkan lagu yang best... terus x jadi... huhuhu... sorry ye Kak Zue, bukan nak marah sangat pun, saja je...

5.25 PM dia sampai... awal 5 minit, then trus jalan ke KL CONVENTION CENTER, sambil borak, baru masuk first hall, adik dia plak call, nak ikut sama... just 10 minit tunggu, dia sampai... terus jalan n jalan n jalan sampai hall last, Kak Zue just beli pendrive 2G, SANDISK. bateri x beli... adik dia pulak cam nak beli NOKIA handset... but x beli, may be dia nak survey tempat lain lagi... then balik, Kak Zue pelawa nak hantar balik, aku terima je, coz malas nak naik lrt yg sememangnya n konpem mcm sardin...



sebelum aku amik moto aku, Kak Zue treat my dinner... Just Nasi Ayam with Orange Juice, mana bleh minta lebih kan...? then aku terus balik umah...

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya