He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Monday, August 25, 2008

LAST FRIDAY



Bila khutbah bergema, mata kuyu, layu..... nyenyak di buai mimpi.....

Monday, August 18, 2008

ISNIN YANG BORING

Memang boring..... Bos x de plak tuh! Seronok melepak sambil berborak. Layan emel, especially buat logo test yang K Zyirene emelkan. Hmmm..... adventure ke? Bleh la tahan. From 200 logo.... ada la yang aku jawab betul. Interesting jugak.
Further that aku mencari le quiz2 dalam ternet yang menarik untuk menjana pemikiran aku yang hampir beku dan hampir kosong. So jumpa beberapa yang menarik.....
Boleh download melalui web nih, http://www.netquizzes.com/
Banyak soalan2 yang berkaliber dan bertahap dewa. Boleh la di jadikan jajan waktu lapang daripada dok mengunyah benda lain..... Otak pun berjalan, x de le lems semacam..... kan?

LONG

Bukan Ah Long..... just long. Long time no see. Lama x update. Idea pupus? A'ah, antara sebahagian sebabnya..... Selain itu? x ada gambar nak attach..... dah blur nak amik gambar apa. Ada cadangan?


Last Saturday..... There's nothing special happen to me. Just dok melayan Olimpik Beijing 2008.
Malam pula ke Jalan TAR, Pasar Malam, just makan nasi lemak minum soya suam.


Last Sunday..... pagi bangun nengok tv jek, layan Olimpik Beijing 2008 lagi. Petang pun sama, blur nak buat apa. Petang kuar lepak ke Dataran Merdeka, sebelum tu, pi makan kat Ampang.

Tuesday, August 12, 2008

JANGANLAH.... ITUKAN API.....

API..... jadinya amat panas dan membakar. API..... lecur dan musnah bila menjalar. API..... janganlah sesekali bermain dengan api. Sesungguhnya ia membinasakan..... Janganlah sesekali bermain dengan api-api yang membahayakan, meletup akibatnya, diri sendiri yang musnah. Hati itu ibarat api yang kecil, kawan lagaknya. Namun jika disimbah dan diherdik, lawan jadinya, membakar dan mengamuklah hati-hati yang dicabar..... Janganlah sesekali menganggap hati-hati kecil umpama api lilin dan pelita yang hanya perlu menerangi malam yang singkat, sedangkan hati-hati inilah yang menjadi penyeri dan peneman hati-hati lain di kala memerlukan. Pabila api menjadi besar dan merebak, musnahlah hati-hati molek menjadi hati-hati yang baran dan kemarau..... Peganglah hati supaya apinya menyinar dan menerangi bukan membakar kebenaran yang tersirat. Aku Perlu Ingat.....

PULASAN




Kak Bada yang bawakan dari Muar.

Monday, August 11, 2008

BLUE MON-DAY

blue monday? hehehe..... aku pakai kemeja biru hari nih. Tu je, x lebih x kurang. Sesampai opis, K Zyirene belum ada, cuma K Bada je. Macam kebiasaan, ada tazkirah, then naik le ke tingkat kayangan aku, buat le keje cam biasa. Settlekan dan updatekan kerja2 yang perlu, Onkan komp K Zyirene, check email dia, kot2 ada supplier ada bagi quotation..... x de, Junk Mail plak yang berlambak..... Naik kejang jari nak mendelete..... Block sender pun, esok lusa datang balik.....
Lunch with K Bada, Maziah & Hana. RM7.20 le hari nih - Keli bakar sama paru goreng ngan telur dadar.....! plus Sirap Limau. Melantak punya pasal..... sekali sekala le katakan (saja nak sedapkan hati). Balik ke opis, alih2 K Zyirene ada plak. Half day, Zarra x sihat katanya, asyik demam. Maklum le budak kecik ngan cuaca x menentu skang nih, macam2 penyakit datang.
Hari ni aku bawa jam GUESS aku yg dah kiok pasal abis bateri, kecik cononet jek baterinya. Plan nak tukarkan, so after office hour, aku ke C-4 Wangsa Maju. Niat nak mencari bateri, lain plak yang aku beli, Gatsby Hair Gel - hari ni ke office pun x pakai apa2 kat rambut. Beli Inspiration EDT, Silky For Men - minyak gamat ngan minyak urut je yang ada kat bilik aku sebelum nih. Beli Johnson & Johnson Body Shower, with Almond Oil - nasib baik ubat gigi pagi tadi ada lagi, kalau x....., last aku beli Nivea For Men, Facial Foam - memang brand nih je yang aku pakai, yang lain, dah cuba but irritated aku punya kulit muka jek.

Balik umah dah nak Maghrib, aku call seseorang bertanya khabarnya.....alhamdulillah dia sihat. Pastu on lappy kesayangan, saja nak melihat latest result Olimpic Beijing...... hmmm.... mana le tau kot2 Malaysia dah ada kat Medal Tally, belum muncul lagi...... Tiba-tiba my K Tie call dari Sabah..... "Majalah dah sampai....." alhamdulillah, sampai gak apa yang dia nak, aku poskan last week. Mana la tau kot2 aku silap tulis alamat, kang x sampai plak. Borak2 tanya kabar, apa yang pasti, K Tie & Abe Yie tgh happy n happy dan menghitung masa dan menunggu masa kelahiran bayi sulungnya setelah menunggu sekian lama. Akhirnya ALLAH perkenankan jua doanya..... Alhamdulillah, aku tumpang gembira sama, coz aku nanti akan jadi pak cik..... Mama n Abah akan jadi atuk.....!

Lepas borak ngan K Tie, aku terus call Yana, my sis kat kampung, dia x pick up plak call aku. Aku call phone Abah, Yana plak yang angkat. Ghupanya, phone Yana, cousin aku kat Kelana Jaya tengah call, n mama tengah cakap ngan dia. Berhelo ngan abah, bunyi suara abah, rindu nak balik, dan dari gaya suaranya, abah sihat, cuma macam selesema skit. Mama still cakap ngan my cousin, so abah cakap oklah, nanti borak lagi. Tuuuuuut......

Sambung tengok keputusan online Olimpic Beijing, aku tengok badminton, Lee Chong Wei, Wong Mei Choo & Wong Choon Han menang.....! so ada peluang nak ke level seterusnya, and hope berpingatlah nanti diaorg semua, ada gak Malaysia lam senarai pemenang.....

Pastu sambung layan lagu dalam bukhatir.org sambil menulis blog. Chow!

EKZOS JAHAT.....

Semalam masa kuar ke Bukit Bintang, nak survey harga Handphone adik aku punya, park kat Sungei Wang Plaza, turun je dari motor, motor sebelah punya ekzos berselera plak makan betis aku nih..... nasib baik sikit, pedih la seketika di buatnya. dah ok, cam tattoo plak.....! Siap ada corak2 bunga lagi, hehehe.....

HAZEL

Actually, kopi nih dah abis pun aku minum, ada saploh paket, Maziah yang belikan, aku tumpang mengabiskan je..... Wangi dan sedap dan lazat dan mantap..... belikan lagi ek!

Thursday, August 7, 2008

WALIMATUL URUS

Today, dapat 2 tiket masuk majlis perkahwinan, jemputan le..... Siti Maisarah, ex-schoolmate MRSM dulu, Syarifah Mazrah pula ex-trainingmate/ex-facultymate kat UTM dulu.


POTONG OH KUIH POTONG.....

Marilah mari, kita mengunyah kuih POTONG. Suka la daripada tak ada benda nak kunyah.....


Wednesday, August 6, 2008

MUHASABAH


Sebelum tidur, teringat plak tadi kat pejabat aku search "Ahmed Bukhatir" dlm Youtube. Nak mendengar lagu2 nasyidnya yang sememangnya aku suka..... Menginsafkan dan sungguh syahdu. Bila dah sorang2 dengar sambil melihat clip videonya..... sedih beb. Muhasabah diri le kiranya nih.....

Cubalah buka n dengar lagu2 nasyidnya, pasti anda suka..... http://www.bukhatir.org/

"Bermuhasabahlah diri setiap hari, menilai kepastian percaturan hidup harian..... Tinggikah pahala yang kita tuai hari ini, atau berlambakkah dosa dan salah yang kita hamparkan hari ini? Nilailah ia dengan kejujuran hati sendiri....."

BERITA HARI INI

6 Ogos 2008, Taman Melawati - Hampeh, banyak la plak tender menender yang aku kena siapkan hari ini. Esok nak hantar, so hari ini siapkan awal2, x de la aku kelams kabuts. Makan tengah hari..... Nasi Ayam Berempah tajaan bos, semua staf dapat sebungkus dikepilkan bersama dengan sekotak air laici.
Petang pun sama, masih bertungkus lumus menyiapkan sisa2 penulisan sambil diselangi gelak ketawa dan borak bersama kak Zyirene. Macam2 topik menjadi perbahasan dari le "*** dance" hingga le bab2 agama - especially MUNAKAHAT. Tetiba aku bertanya kak Zyirene pasal Khuluk, Li'an, Nusyuz..... dah lupa la beb, nak refresh balik pasal hukum hakam nih. Bukan bleh dibuat main2......
Habis kerja, aku blah, sampai umah rileks dan mengadap kipas dengan tujuan mengambil feel berada kat kutub utara sambil ditemani beruang polar.....
Dah malam, nak plak aku menlantak, so Bro Uzzey ajak makan kat kedai Ponds, Jalan Kuchai Lama. Sebelum tuh singgah dulu ke Hero, beli Hair Cream. Nampak plak shop kegemaran aku DIY Hardware, nama je hardware, tapi software/tupperware/segala jenis ware ada kat kedai nih, murah tahap gaban plak tuh..... Bro Uzzey beli beg plastik, nak isikan buah tangan untuk atuknya kat kampung. Sambil2 aku membelek mencari barang yang aku berupaya nak beli, ternampak pula sticker & palstic bag yang ada gambar2 princess..... terus ingat kat Iman, anak kak Zyirene. Alang2 brapa sen je harganya, dan tambah pula dah nak abis, aku belikan untuk dia wat koleksi..... Hope dia happy le aku bagi nanti..... murah je, x mampu nak belikan yang grand. Nak grand gak tengok gransazer kat tv tuh.....
Itulah sahaja laporan berita untuk hari ini, bak kata KaramSinghWalia, Ibarat Kucing tidak bergigi, Tikus berani melompat tinggi..... kaitannya ngan cerita aku..... memang x de, nak bagi gempak je beb. Chow!





Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya