He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Wednesday, July 23, 2008

Tuesday, July 22, 2008

SEBELUM TERLUPA









Happy Birthday to Kak Zyirene......

Aku n Kak Bada n Hana celebrate waktu rehat hari Jumaat lepas. Moga dipanjangkan umur n murah rezeki n berbahagia selalu......


FESTIVAL LAMAN 2008 #3






FESTIVAL LAMAN 2008 #2

Kat Laman Kuantan, ingat nak baring ala2 hindustan mari tuh kat atas pagar tuh, kang ramai plak yang datang mintak autograph..... susah den nanti.
Meniti titian buluh sambil manikmati kedamaian alam dan sambil memejam mata.....
Testing motor kapcai kat Laman Melaka.
Beraksi bawah gerbang kat Laman Perak kot, ntah aku lupa plak.....

FESTIVAL LAMAN 2008 #1

Sabtu lepas ke Festival Laman 2008, nak pi tengok bunga2 and laman2 setiap negeri yang bertanding..... Masuk RM3 for dewasa & RM 1 untuk kanak2. Aku bayar singgit je, pasal kanak2 lagi..... huhuhuhu..... Memang banyak benda2 menarik. Pokok2 yang dijual pun agak murah dan cantik2 belaka. Especially bunga orkid ngan bonsai..... Ni gambar aku kat Rumah Melaka, Laman Melaka punyalah kiranya.....
Siap pakai terompah lagi tuh.....
Menunggu burung bangau datang lepak ngan aku, sampai leher aku plak yang jadi cenggitu..... nampak tak tempayan tuh, terbelah dua aku jentik.....
Tangga pun jadilah asal ada gambo nak ditangkap. Photographer membahayakan nyawanya mengambil gambo nih, ye le..... kena duduk tengah2 jalan baru dapat shot nih..... Sian Bro Uzzey.
Panas beb, tuh yang dahi berkerut. Johor memang panas....!
Kat terowong apa kejadahnya namanya..... ni kat Laman Johor gak.

SAMRAH FESTIVAL

Jumaat malam lepas, tak tahu nak ke mana aku pi nak tengok Samrah Festival dekat Bukit Bintang. Ingatkan Samrah yang melayu punya..... ghopanya (rupanya) Pak Arab punya da..... bergelek sakan..... mendayu-dayu lagunya..... Sekejap je aku pi, pasal bukan aku punya irama. Jalan2 sekejap around Bukit Bintang, pastu balik le.....
Betty Benafe tengah perform..... bleh tahan gak le lenggok arab dia.

Thursday, July 17, 2008

SOMETHING TO SHARE

Sesuatu yang ingin dikongsi bersama..... Apa tu? Hmm...... tak boleh bagitau..... tadi aku pergi membelinya..... Untuk siapa? Itu pun rahsia..... Kalau nak tahu juga, tunggu esok, nanti aku ceritakan..... Biasa2 je..... Tapi bukan Croissant Sausage yang aku beli dalam gambar bawah nih, Aku nak makan nanti, lapar. Nak makan nasi, petang tadi dah makan. Kang buncit pula tang perut, sudah nak kurus balik..... Apa la aku merapu tengah2 malam nih..... aku mengantuk & dah kering. Minyak dah habis, nak masuk gear pun lembab semacam. Chow!


BILA DAH LAYU.....

Dah sampai rumah, pi ruang aku sidai baju..... baru aku terperasan "LUCKY BAMBOO" si Pojie punya dah nazak. Tuan dia dah lupa kat dia, dah tak lucky dah.

"Manusia layu pada rayuan nafsu, mengapa?
Kerana Iman yang kering,
Tak pernah disiram,
Apatah lagi nak dibajai.
Alpa itu teman manusia, lupa itu sahabat kedua,
rosak binasa hati berkata, hilang sinar pudar cahaya....."

MANGGIS YANG PUTIH

Buahnya memang manis dan manis dan manis, semanis namanya..... Cun le buah manggis yang Kak Bada bawakan dari kampungnya, Muar. Tak ada yang rosak pun. Hari Selasa Kak Bada dah bawakan, tapi aku pula demam, nak makan pun tak ada selera, hari ni pi kerja ada lagi Kak Bada bawakan.....
Mari kita berkenalan dengan Buah Manggis. Buah manggis, dikenali dengan nama saintifik “Garcinia Mangostana”, adalah buah luarbiasa yang ditemui dikawasan Asia Tenggara seperti Indonesia,Thailand,Kemboja,Vietnam,Myanmar,Malaysia, Filipina dan kepulauan yang lain serta diberapa kawasan tropika diseluruh dunia.Kulit manggis pahit,bergetah,pigmen berwarna ungu dan isinya tidak terhingga sedapnya-rasa sensasi daripada buah yang lain. Sungguh hebat!!!!!
Bukan buahnya sahaja yang best & malatop..... kulitnya pun ada khasiat yang telah ditemui secara saintifik, iaitu bahan aktif Xhanton. Khasiat Xhanton iaitu bahan aktif dalam kulit buah manggis dapat membantu mengatasi pelbagai jenis masalah-masalah penyakit seperti berikut:-
- KANSER/PERTUMBUHAN TUMOR
- KENCING MANIS
- DARAH TINGGI
- JANTUNG/SALURAN DARAH
- GOUT
- ARTHRITIS
- SAKIT SENDI
- SENGAL BADAN
- MIGRAINE/SAKIT KEPALA
- STROK/PENYAKIT PARKINSON
- MASALAH SARAF
- PENYAKIT ALZHEIMER (NYANYUK)
- GASTRIK/ULSER
- SEMBELIT
- CIRIT-BIRIT
- MENURUNKAN KOLESTEROL
- ASMA
- LELAH/PENAT
- STRESS/KEMURUNGAN
- MENCANTIK & MELICINKAN KULIT
- MENGAWAL HIV
- MASALAH SENGGUGUT/PMS
- MENOPAUSE
- KULIT BERMASALAH
- ALAHAN
- BUAH PINGGANG
- JANGKITAN PUNDI-PUNDI KENCING
- PENYAKIT GUNSI
- DEMAM
- MASALAH TIDUR
- KELESUAN-
JANGKITAN VIRUS/BAKTERIA/PARASIT

Jadi memang banyak khasiat kulit Buah Manggis, apa kata makan manggis jangan buang kulit, telan je, bukan mati pun......!

"Kilat cermin Malim Sutan
Bawa ke pekan berjual beli
Masak manggis di dalam hutan
Masaknya ranum bergantung tinggi"

"Orang berkuda ke Beranang
Di pacunya ke Semantan
Hidupkan kera dan Siamang
Akan pemanjat manggis di hutan"

"Asal bernama titsan akar
Hilir berbalun di bandar
Sungkai Termenung kumbang di atas akar
Bunga berayun bertolak tangkai"

"Kepiting menyelampai
Lalu bergelung dari induknya
Lepaskan tupai berantai
Menyunting bunga dari tampoknya"

"Banyak pacat terjengkau-jengkau
Keluar di rumput tanah merekah
Buah muda tampak kerau
Bukan mudah hendak di cekah"

"Buah masak tiga setangkai
Hendak capai tangan tak sampai
Baik kita taruh sigai
Kalau tinggal dimakan tupai"

"Kepaya sidua buah
Masak sebuah dibawa ke pekan
Anak siapa baju merah
Laksana buah boleh dimakan?"

"Buah beringin lada raksa
Anak helang mengadu makan
Kalau ingin mengapa dirasa?
Buah masak sahaja dimakan"


Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya