He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Monday, December 22, 2008

CAMERON MADE

Bukan aku ke Cameron Highland, adalah seseorang insan tuh, bercuti akhir tahun ngan family dia..... So aku dapat lah buah tangan dari sana..... Secara jujur aku katakan, aku tak pernah lagi ke sana, sepanjang umur aku lah..... so bila aku nak ke sana? tengok lah dulu.....

Koko Jelly

Strawberry Pie

Dried Rossele ngan Asam

Dried Strawberry

Ni pasar malam belakang office punya, alang2 aku nak cerita bab makan2 nih, masukkan le sekali.....

Starwberry..... nyam nyam.....

Thursday, December 18, 2008

IBADAT KORBAN






JUADAH AIDILADHA

Alhamdulillah, Raya Haji tahun ni dapat balik kampung, so bila dah raya, Juadah pagi raya tu yang penting. Raya Haji di Kelantan, Insya allah setiap tahun meriah, tahun ni pun lagi meriah, dengan semua adik beradik aku ada, kecuali Faiz ke KL kerana menjadi Urus setia Sukan Universiti2 ASEAN. Ditambah pula dengan kehadiran Nuha yang chomel.....

Sesampai je kat kampung, mama dah tanya nak makan apa..... So apa lagi plan le serba sedikit. Dan keputusan di capai nak makan Roti Jala ngan Chicken Curry. Mula2 mama nak wat Kuzi Ayam, leceh la plak, x nak le susahkan mama, lagi pun mama nak masak Beehon Goreng lagi, then juadah lain pun dah banyak, lagi pulak nak wat korban, nak wat jamuan daging korban plak nanti..... Cukuplah sekadar yang ada.....

Antara Juadah yang disajikan di meja pada pagi Aidiladha lepas.....

Kek Lapis Selendang Umi
Kek Lapis Cheese

Kek Lapis Red Indian

Ketupat Pulut

Beehon Goreng Buatan Mama..... best.....!

Kari Ayam

Roti Jala..... penat le menebar, nasib baik Kak Nie n Yana tolong.....

Kek Coklat Kukus

Kek sekadar Kek

Alhamdulillah, kemeriahan tetap terasa. Semua sanak saudara ada dan singgah memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha..... Ibadat Korban dijalankan secara gotong royong, dan segalanya indah bila berada di kampung..... Itulah kampung, permai dan damai.....

NUHA NABIHAH

Nuha Nabihah Binti Noor Nazri. Itulah nama anak sedara aku yang pertama..... Dilahirkan jam 12.10 tgh malam (dah kira pagi le kan), tanggal 28th Disember 2008, 4 hari sebelum datenya sama ngan besday aku.....
Excited dan gumbiralah satu family aku dengan kedatangan baby chomel nih..... kiranya nih first time aku tengok dia, musti ada buah tangannya untuk Nuha, lupa plak nak snap picture baju yang aku belikan, bukan apa excited punya pasal.....

Nuha ngan Tok Bah.....
Alahai, titon je kerjanya.....

Senyum ke apa nei.....?

Huhuhu.... baru bukak mata ek?

Tok Ma & Tok Bah gembira dengan kedatangan cucunya yang pertama..... Semoga Nuha sentiasa sihat dan cergas selalu..... 30hb.12 ni dah nak balik Sabah, bila la pulak belh jumpa..... Nanti Ayah Wan pi sana ek..... Tunggu.....!

BAS YANG BERBUNGKUS

Raya Haji lepas balik kampung naik bas, Hentin Putra le tempat aku berlepas..... Transnasional punya jenama bas yang aku naik..... Ikutkan tiket yang aku beli bas sepatutnya bertolak dari Hentian Putra pukul 9.00 mlm tepat..... Tapi sampai kul 9.05 mlm ku tunggu jua kedatangan trip 204, belum ketahuan jua di mana gerangannya.....
Lalu ku ke kaunter hak milik syarikat bas tersebut, dengan nada yang ramah dia mengatakan bas belum sampai, dan disuruhnya aku bersabar.....
Ok lah, sebab dah jaminannya bas akan sampai x lama lagi, ku tunggu jua..... Ku lihat beberapa kelibat penumpang lain, menerjah kaunter bertanyakan trip nombor yang sama..... Maka beramai-ramailah kami menunggu.....
Tepat jam sepuluh, announcement di gembar gemburkan, trip 204 sudah sampai..... Plat basnya DBJ berapa num belakangnya x pula aku ingat..... Dalam hati terdetik, ni bas baru.....
Tepat tekaan ku, bukan sahaja baru..... malah seat nya masih berbalut dan berbungkus..... tandanya belum ada penumpang yang duduk dan merasmikan keempukan kerusi baru nih.....


Timbul pertanyaan di hatiku..... x kan nak duduk kat seat yang berbungkus laginih.... x ke panas bon-bon nanti..... Dalam ku mencari seat No. 9C, terdengar suara driver bas.....
"Plastik tu nanti koyakkan, baru duduk....."
Pantas ku letakkan beg yang ku galas dan terus mengoyakkan plastik2 yang membaluti kerusi yang bakal aku duduk.....
Dapat bas baru, dara lagi untuk balik kampung..... hahahaha!

Thursday, December 4, 2008

BULAN ITU SENYUM


Bila bulan senyum, apakah tandanya kegembiraan akan datang?
Bila bulan senyum, apakah tandanya kegembiraan yang di nikmati itulah yang terakhir?
Bila bulan senyum, apakah yang tersirat di sebalik fikiran mu?
Fikirkanlah..... Firasat kamu cuma andaian, ketetapan hakikat itu milik Allah.....

LOVE BOX


LOVE BOX..... beli kat kedai DIY. Ingat nak wat gift box untuk hadiah kawin, sekali terlupa plak..... so simpan je le.....

UNTUK MAMA


Kalau sebelum nih aku beli untuk kegunaan bantal umah aku, banyak yang menarik warna dan coraknya, aku beli untuk mama..... cukup 8 helai. Buah tangan balik kampung nanti.

BANTALKU


Bantalku..... hahaha, dah x de thread aku nak letak, bukan apa, bantal nih dah lama dah aku beli, cuma sarung bantalnya yang baru..... cantik tak? murah beb..... Sehelai RM 1.99 sahaja! kain satin dengan bunga berbaldu tu! hahaha mana nak dapat beb? Sekali aku tibai 12 helai..... Soon aku nak tambah lagi lah, sementara masih murah..... Jom beli! Marilah bershopping!


PARKSON


Dah balik dari menjalankan tugas sebagai jurugambar, singgah ke PARKSON kat PAVILION, sementara menunggu hujan reda.....

Alang2 berjalan2 dalam PARKSON tuh ternampak le pulak baju murah, DIESEL brand. Aku beli selai, Bro Uzzey, 2 helai....

E & D


Salah satu client aku, Majlisnya berlangsung di Selayang Baru. Gambar pengantinnya mana? nanti le aku attach kemudian, terlupa nak amik pendrivenya plak.....

Bila tengok nama pengantinnya..... macam aku ke majlis seberang plak, padahal kedua2nya orang Malaysia, warganegara Malaysia, cuma namanya yang sebegitu rupa.....

tapi kalau dapat client dari seberang pun apa salahnya, best gak le bleh pi melancong ke sana.....

Monday, December 1, 2008

SAFRIZAN & AZLINA

Roomate aku masa kat M16, Kolej tun Dr Ismail, Universiti Teknologi Malaysia, En. Safrizan akhirnya mengakhiri zaman kebujangan dia..... Bersama isteri terchenta, Azlina. Majlis nikahnya berlangsung selepas Asar hari Jumaat (28.11.2008). Majlis Perkahwinannya pula pada 29.11.2008. Ni belah pompuan le.... Belah lakinya aku x dapat nak pegi, balik kampung nak beraya haji le......




Antara classmate yang datang, dari kiri Nora (isteri Sam), Shamsul (Sam), Chimet, aku, Amir, Qhairul.

WHITE MICE & MEOW

Beli tikus-tikus comel nih kat PET WONDERLAND kat MID VALLEY

Comelnya EBI..... Posing maut nih.....!

Adik wat pe tu? EBI bertanya pada adik-adiknya.....







Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya