He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Friday, June 27, 2008

Monday, June 23, 2008

NURMANZ & ROSE

Alhamdulillah..... termakbul jua hajat dan tujuan untuk merakam saat2 dan peristiwa manis buat pasangan RUZAIMINURMAN bersama isteri ter-chenta-nya ROSEANITA......

Dengan berpakaian Songket Merah Menyala, pergh...... chantek.....! Majlis Bertandang berlangsung di KAMPUNG MELAYU SRI GOMBAK, GOMBAK.

Beberapa gambar aku selitkan untuk tatapan dan kenangan, nak gambar2 lain tanya pengantin sendiri kay....



















Thursday, June 12, 2008

HOUSEMATE

Maka berlangsung sudah Majlis Perkahwinan dan Persandingan Ousemate aku..... dan akulah yang menjadi pengapitnya..... huhuhuhuhu.....
So, of course akulah yang dilantik dan mendapat tender untuk mengambil gambarnya. Tapi aku just cover belah lelaki sahaja, belah pompuan x dek plak mintak.....
2 sesi la aku snap gambar, masa nikah dan juga masa kenduri umah pengantin lelaki.

Majlis Pernikahannya berlangsung di Kg Sungai Batang, Bagan Datoh, Perak..... semuanya berjalan lancar, dan yang x tahannya sepatah pun apa yang dia orang cakap aku x paham..... maklum la mamat Kelantan bersembang ngan Javanese..... cam ayam ngan itik..... hehehe
Bila dah jadi pengapit, mesti la dok sebelah pengantin lelaki masa akad nikah tuh..... Tok kadi tanya soalan kat pengantin aku plak yang menggelabah nak jawab..... Cuak x pasal.....

Ni gambarnya masa Majlis Nikah. Actually kalau aku dah jadi pengapitnya, masa bila la plak aku nak snap gambar. Of course le mastermind yang amik, sapa lagi kalau bukan Bro Uzzey.

Ni plak gambarnya masa Majlis Bertandang, berlangsung di Gersik, Muar, Johor. Majlis ni melibatkan 2 pasangan pengantin, abang ngan adik sekali..... Meriah! dan sama la gak masa kat Perak akulah juga jadi pengapit pengantin.

Tuesday, June 3, 2008

DRAMA

Cerita yang di reka dan ditatap memang banyak, ada yang memberi pengaruh dan kebaikan dan ada juga yang sebaliknya..... manusia sememangnya penuh dengan drama, melankolik dan cerita.... kalau bukan realiti, direka dan dicanang agar menjadi benar..... drama oh drama.
Manusia memang hidup dalam drama. Cuma masing2 berlainan watak dan skrip. Dunia dan alam semulajadi juga menjadi prop drama2 manusia yang mengejar kemewahan dan kekayaan. Lihatlah sahaja apa yang berlaku pada alam semulajadi kita sekarang. Jenguklah seketika pada dunia luar yang ditimpa pelbagai bencana dan bala, gara-gara perubahan cuaca yang ekstrem. Semua yang berlaku ada sebab dan puncanya. Manusia sudah lupa dunia ini sudah tua dan sedang menuju ke pengakhiran..... Kita masih tersenyum dan terus tersenyum mendangkal apa kesilapan yang sudah kita lakuakan. Oh manusia, inilah hakikatnya, dunia sudah tidak dapat menganggung lagi kehancuran. Akhlak dan peribadi manusia sudah tidak boleh dianggap mulia lagi, jika saling berbunuhan sesama umat dan agama mahupun bangsa. Ajal memang tidak boleh diketahui dan bukannya diundang..... tapi manusia sungguh mudah melupakan di mana mereka sebenarnya..... tetapi iman yang ada senipis kulit bawang, memungkinkan sama sekali untuk menidakkan manusia itu mudah lupa dan alpa..... itulah akhir zaman yang telah tertulis sejak azali.
Anak melupakan ibu bapa, anak membunuh ibu bapa sendiri, bapa merogol anak tanpa rasa bersalah, isteri menipu suami dan memperdayakan suami.... sudah menjadi berita harian di sana sini. Di mana lagi cinta mahu berputik, sedangkan cinta bukanlah meminta tapi di cintailah segala ubat permusuhan dan dendam. Tapi apakan daya manusia yang bernafsu gelojoh..... leka entah ke mana. Tetapi jangan pula kerana bercinta, tergadai semua maruah, diri, bangsa dan agama. Kerana cintalah yang pahit menjadi manis, yang hiba nestapa menjadi gembira..... bukti cinta ada di mana, Shah Jahan pada Mumtaznya..... itu manusia yang biasa..... lihatlah cinta NABI MUHAMMAD pada umatnya, sehingga nafas terakhir nabi masih menyebut tentang umatnya.....
Jadikanlah drama hidup anda yang pasti dan indah.....
Biarlah drama hidup anda bahagia walaupun serba kekurangan.....
Inginkanlah drama hidup anda yang sempurna.....

CINTA PERTAMA

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtera
FAR EAST

A DAY....

A day...
24 hours...
1440 minutes...
86400 seconds...

Apa yang anda sudah lakukan dalam masa itu.....?

kalau dengar lagu, ada le dlm 300 lagu baru habis.....
kalau tengok movie, ada le dlm 10 movie bleh layan, tapi bukan cite hindustan le...

berbaloi ke? apa guna masa yang dikurniakan untuk benda2 yang mendatangkan faedah dan manfaat pada dir sendiri.....
jadikan masa yang ada untuk mengumpul bekalan diri sendiri, di dunia mahupun akhirat.

masa memang tidak akan menunggu sesiapa, masa hanya berlalu ke hadapan dan meninggalkan sesiapa yang berada di belakang..... jadi kejarlah masa yang mendatang dengan penuh amalan dan kerja yang mendatangkan faedah pada diri sendiri dan juga orang lain.

Biarlah segala yang berlaku dan dilakukan ada tersirat yang baik dan bersih..... berpautlah pada akal budi, agar minda dan lakuan kita lurus tanpa perlu dipapah.....

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya