He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Thursday, September 11, 2008

E-BID, PRECIOUS MOMENT.....

E-Bidding.....? Apakebenda tuh? Hmmmm.... cam ne nak terangkan ek?
Ok lah nak dipanjangkan cerita, bermula dari aku dapat tender dari PPM, then aku submit balik tender tu kat diaorang with the quotation. After 1 week, they need some clarification, regarding the items yang aku offer, of course le sume barangnya Valve. So tanpa memikirkan aku menjawab kembali clarification yang diaorg perlukan, then selepas agak lama mendiamkan diri, tetiba ada aweks dari PPM call aku, then bagitau yang Company aku di invite untuk E-Bidding tender yang aku dah hantarkan..... means price & barangan yang aku dagangkan untuk diaorang bernilai dan berpatutan untuk diaorang beli.....

E-Bidding nih, pembidaan sesuatu tender dari Clients, especially Petronas & Shell melalui on-line. Jadi kiranya bidaan menggunakan e-procurement diaorang le..... semuanya secara on-line..... dah x perlu nak bersua muka..... Lagi pun x hingin aku nak bersemuka ngan diaorang..... ntah2 diaorang pun sama x nak bersemuka ngan aku. X kisah le, janji ati baik..... biarpun di luar gulap!

So bidaan bermula pukul 10.00 pagi, 11 September 2008 dan berakhir 11.00 pagi hari yang sama. Jadi masa untuk melakukan bidaan nih sejam je le..... so short! so a day before bidaan tuh, aku telah menjalankan ujikaji dan eksperimen terhadap harga2 yang aku tawarkan kepada client. Nak kira berapa profit yang boleh dikaut dan ditibai selepas harga bidaan ditetapkan.
So bidaan dimulakan dengan harga RM 1.8 juta, dalam quotation asal aku RM 2.06 juta aku letak harga. So banyak yang perlu dikurangkan more than 200k beb. So pengkajian demi pengkajian dilakukan agar harga yang di bid nanti menepati sasaran dan boleh memperolehi keuntungan.

Kalau tengok auction barang2 ke apa2 ke, harga makin naik, tapi dalam bidaan nih bukan le lelongan untuk letak harga sapa paling mahal, tapi sebaliknya lah..... sapa nak beli barang dengan harga yang mahalkan? Actually e-bid yang aku buat ni, pertama kali aku lalui, sebelum ini ada, tapi bukan aku yang buatkan, dan package tendernya tidak le sebesar ini. So aku mmg excited, malam sebelum tu pun asyik dok teringat nak kira untung, kalau dah berniaga namanya nak cari untung le kan?

So pagi tu, macam biasa le aku memulakan kerja, dah sampai saat bidaan nak bermula, boss panggil pasal nak tengok kiraan profit yang aku telah janakan semalam. So, dia kata ok, kita tengok dulu berapa harga vendors lain boleh turunkan, nanti kita lawan dan lawan dan terus lawan sampai dapat.

Tepat pukul 10.00 pagi, maka aku log-in le lam e-procurement Petronas, terus ke e-bidding room. Maka ternampak le ruang yang memaparkan graf bidaan, still kosong, belum ada vendor yang letak harga, RM 1.8 juta harga letak dan pengurangan harga perlu dibuat RM 5,000 setiap bidaan..... Mula2 just aku sorang yang dok ngadap monitor tengok e-bidding room tuh, kemudian kak Zyirene dok sebelah, siap letak kerusi plastik yang dah berlumut tu sebelah aku, nak teman tengok sama. Excited dan agak berdebar..... kemudian aku nampak status Proxy status OFF. So aku call Yusry, tanya pasal ni, kemudian dia naik ke atas, bukan apa kang x pasal2 status OFF, kita yang x on-line, vendor lain sibuk tengah melakukan kerja membida.

Kemudian boss keluar bertanya, "Belum ada sapa2 lagi yang bid...." jawab aku simple, masa masih ada dalam 45 minit lagi..... Status proxy masih lagi OFF, aku makin cuak..... Yusry contact pulak Reen tanya pasal nih..... Reen call iPerintis yang menyelenggara Petronas punya e-procurement, diaorang cakap x ada masalah..... Aku masih lagi setia di depan monitor menatap tanpa bergerak, ditemanai Kak Zyirene di sebelah yang dah seram sejuk..... Nak kata nampak hantu x le, tapi situasi tu mencemaskan dan mendebarkan..... masa untuk bid makin berkurang..... Yusry ngan Reen kelam kabut nak settlekan pasal proxy status tuh..... masa makin suntuk, kemudian Shuk plak naik dan joint sama menengok, Zamri sekali sekala menjeling memerhati. Kak Bada pun dah tercegat sebelah aku, tanpa aku menyedari kehadirannya..... Boss keluar lagi, "Belum ada lagi....." jawab aku.....

Aku x menunjukkan perasaan yang aku cuak dan cemas, tapi bila Kak Zyirene x bleh dok diam aku pun turut menggelabah..... Status proxy masih lagi OFF dan Reen masih lagi berusaha memastikan tiada apa2 masalah, samalah ngan Yusry. Masa dah kurang sepuluh minit, boss keluar lagi tapi masuk balik, kat belakang aku semua dah cemas, aku..... lagi la!

Masa ada lagi 5 minit! Alamak, macam mana nih? Kak Zyirene suruh Syuk panggil boss keluar tengok macam mana, kemudian Yusry pula x settle2 lagi dengan masalah yang cuba diselesaikan, kemudiannya Yusry dapat panggilan lagi dari Reen, suruh call terus iPerintis, dan Yusry call, then dia orang cakap ada 3 vendor yang di invite, but 2 lagi x log-in, so aku je le yang log in..... menyebabkan aku lagi menggelabah. Kenapa? Pasal aku je log-in 2 lagi vendor x nak joint sama ke? Atau dah surrender?

Masa makin berkurang, semua makin cuak dan cemas..... Reen pulak naik, boss keluar nak tengok perkembangan..... Aku dah x tahu nak wat apa..... tunggu arahan je. Bila Yusry dah confirmkan dengan iPerintis yang tiada masalah ngan status proxy tuh, lega sedikit, but masa makin berkurang..... semua tengah berdebar..... boss cakap apa pun aku dah x tahu..... x dapat nak tangkap.....

"Ok, awak masukkan bid kita 1.8 juta....." boss mencelah.
"Betul ke nih?" tanya aku lagi..... Kak Zyirene pun turut sama bertanya.....
Masa ada lagi 2 minit.....
"Betul ni En. Azmi?" tanya aku sekali lagi nak confirmkan.....
"Yea, masukkan 1.8 juta....." boss confirmkan.

Dengan tangan aku dah menggigil2 nih, aku masukkan jumlah RM1,800,000.00 ke e-bid room tuh..... baru je aku nak tekan butang submit, Kak Zyirene jerit, "Betul ke tu wan? Kosong x cukup satu lagi....." aku makin menggelabah, masa ada lagi 1 minit 15 saat..... mati aku! Aku masukkan angka kosong satu lagi..... RM18,000,000.00 " Ni dah jadi 18 juta!" celah aku pulak..... Aku betulkan semula harga yang aku letak tu jadi 1.8 juta, then tekan butang submit.....

Harga tu x valid! Kenapa pulak? Sebab harga yang di bid x bleh sama ngan harga mula bidaan..... aku lagilah menggelabah...... bersambung.....

*****************************************
Ok nak sambung balik..... So lepas skrin menunjukkan harga x valid, cepat2 aku ambilkan kalkulator kira berapa harga maksima yang boleh diletakkan, so dapatlah jawapannya RM 1,795,000.00...... maka sepantas kilat aku menulis balik harga baru nih, dan dengan secepat kerlipan mata juga aku menekan butang submit..... sebab masa masih tinggal 45 saat lagi.

Berdebar semua wajah2 yang ada disekitar aku melihatkan skrin monitor menunggu keputusan yang bakal dikeluarkan. Bidding yang aku baru masukkan diterima..... tepat pada masa bidaan tamat..... Cuak dan seram sejuk aku! Then ingatkan bidaan tu ditamatkan, tapi dilanjutkan lagi sehingga sepuluh minit memandangkan tiada vendor yang membuat bidaan kecuali bidaan yang aku masukkan tadi sahaja yang ada..... maksudnya hanya bidaan dari syarikat aku sahaj yang masuk! So peluang nak dapat order untuk event nih besar le......!

Oleh kerana masa bidaan disambung selama sepuluh minit lagi, jadi kami semua menunggu dengan penuh debaran yang berirama balada, menunggu kot2 ada bidaan dari vendor lain..... Manalah tau kot2 diaorg nak bid last2 minute kan.....

Sepuluh minit berlalu rasa terlalu lama pulak berbanding dengan sejam yang penuh debaran sebelum tuh. Sambil menunggu, dalam hati aku amat tinggi harapan agar kerja2 yang telah aku jalankan tidak sia2......

Tepat 11.10 pagi, bidaan ditamatkan. Jadi termaktub sudah hanya bidaan yang aku masukkan tadi sahaja yang ada dalam graf bidding tuh..... fuh lega. X sampai seminit, lepas semua mengucap tahniah dan bersalam, means dalam masa kitaorang tengah celebrate kejayaan tuh..... Hana call..... "panggilan dari PPM....." katanya simple. Aku menjawab dengan nada yang gembira dan ceria...... so katanya dia sudah terima bidaan tadi dan dia mengesahkan hanya company aku yang membuat bidaan, tiada 2 atau 3..... Lantas aku letakkan gagang telefon dan semua muka2 yang terpampang depan aku dah senyum, mengiyakan apa yang aku cakapkan melalui telefon tadi dengan wakil PPM. Jadi, langkah seterusnya hanyalah menunggu keputusan pihak atasan PPM bagi memberi jawapan yang pasti, sama ada order akan direward pada company aku atau tidak..... Aku amatlah berharap dan aku pasti, ia akan menjadi milik kita......

MR. CRABBY

Semalam Mr. Crabby yang aku beli dari GIANT Taman Permata menjadi mangsa hidangan berbuka aku..... Huhuhu.... Ni first time le aku mengupas cengkerangnya dan memasak dengan masakan KETAM BERCILI. Cuak gak kot2 x sedap ke hapa ke, alhamdulillah sedap le.....

Thanks Mr. Crabby kerana menyelerakan selera hamba di waktu berbuka. Alhamdulillah.....

KEMEJA SELONGGOK

Beli kemeje kat Royel Ampang Point, Discount 70%, so aku beli lah yang aku berkenan, x kisah le nak wat raya ke, nak pakai pi jenjalan ke or nak pakai pi office nanti..... Asalkan selesa, pakai je le. Daripada beli yang mahal2, baik aku beli yang ada discount, berjenama plak tuh, kualitas pun elok..... Asalkan berbaju jadilah.

Nak pi cari seluar jeans ngan songkok tuk raya nanti, Baju Melayu masih elok, so pakai le yang lama, berkilat lagi. Nak carikan tuk Mama & Abah sekali, then tuk adinda2 aku yang terchenta....

BURUNG ITU.....

Burung pun ada pasangan. Sekor merajuk, sekor lagi cuba pujuk..... Hmmm sama je macam perangai manusia. Ada yang memujuk dan ada yang kena pujuk. Ada yang terpaksa dipujuk dan ada yang mengada-ngada suruh dipujuk..... Nengada ye.... dari aku pujuk baik aku lepuk dahi tu kang! Hehehehe.....

Kat luar tingkap office pun jadi tuk tempat 2 ekor burung nih merendek, dia ingat aku x nampak, maklum le tingkap office gulap. Bergaduh ke nih.....? X elok le bulan pose nih.....

Buat2 malu plak bila cik abang pujuk.....

Monday, September 8, 2008

AMPANG MALI!

Ampang, dah lama x pi makan2 kat sana. So semalam lepas ke Sogo buat hari ke 2 berturut, dan dengan tiada hasil untuk di beli, maka aku berangkat le ke Ampang, dengan niat nak ke Ampang Point nak shopping, tengok jam plak dah pukul 6.45. So amik keputusan berbuka then baru ke sana. So aku ngan Bro Uzzey, mengorder makan di JUARA CAHAYA CAFE, dulu masa aku duk Ampang, hari2 le aku makan sini, dah biasa.

Berbuka dengan Siakap Masak 3 Rasa, Sayur Goreng Campur & Ayam Padprik.

Pastu pi shopping kat Royel, Ampang Point. Dapat la baju yang aku nak.....

BERBUKA DI KAKI LIMA

Last Saturday - puasa yang ke-6 aku diajak Rafiq untuk keluar berbuka di luar. Aku pun dengan segera membuat keputusan untuk berbuka sekitar Sogo, coz nak pi shopping baju ke apa ke kan.... tapi sebelum tu aku, Bro Uzzey & Rafiq berjalan2 merentasi pasar malam Jalan TAR. Bersesak-sesak, ramai umat yang datang nak berbelanja, mungkin x nak bersesak bila dah dekat nak raya, tapi bila dah semua turun awal2 gak nak bershopping, gayanya cenggini le, just lalu je, x sempat nak membelek dan mengusha barang2 yang dijual.

Dah separuh jalan, tetiba hujan renyai2 plak, ambil keputusan segera ke Sogo untuk mencari tempat berteduh sekaligus mencari warung/restoran yang boleh dijadikan tapak untuk berbuka..... Sesampai je, Sogo x bleh plak nak masuk, sebab x de kad ahli.... Huh, waktu berbuka dah dekat, jadi amik keputusan berbuka di kaki 5 sogo jek..... minum air tebu dan melantak SteamBoat ala2..... gitu. Huhuhu..... so berbuka le kitaorang di kaki 5, bukan sahaja kitaorang, ramai lagi umat lain yang berbuka ngan kitaorang kat situ.



Dah pun berbuka sekadar syarat berbuka, hujan pun dah reda, terus ke Kg Baru, sebelah Kuala Lumpur International Hotel, kita orang melantak kat ROSDET, restoran kegemaran aku..... Makan Nasi Putih, Tom Yam Campur, Udang Sambal Petai, Kailan Goreng Biasa, Ayam Halia, Daging Goreng Pedas..... alhamdulillah kenyang.

Friday, September 5, 2008

JUMAAT ..... ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah, umurku masih dipanjangkan ALLAH untuk bertemu hari Jumaat penghulu segala hari.....

"Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat."
[Sahih: Sahih Muslim: 854]

KEK LAPIS LAGI


Ini le kek lapis yang aku belikan tuh, aku beli 2 rolls je, nak beli banyak aku makan sorang gak.....
Yang ada kaler merah hijau tu namanya Lapis Mozek, berperisa Strawberry, tambah lak dengan rasa butter, hmmmm.... sedap beb.....

Yang bentuk macam dedaunan cinta nih namanya Lapis Daun, lapis coklat tu perisa coklat, lapis hijau tuh pandan dan dia punya layer guna Grapes jam. Boleh tahan le gak rasanya.


Thursday, September 4, 2008

KEK LAPIS TUK BERBUKA


Dah dapat Kek Lapis Sarawak mai, post sampai office. Hmmm.... nak makan nanti berbuka. Kalau sedap nak order tuk raya plak. Aku beli 2 Rolls, Lapis Daun dan Lapis Mozek, sebelum nih aku ada beli Lapis Lagenda..... Macam2 lapis ada kalau nak..... RM23 satu roll. Nak ke?

QUALITY OR NOT?

Berkualiti ke tidak? hmmm..... Quality or No Quality...... Perbezaan yang amat di cari bagi membezakan antara dua kejadian, dua jasad, dua benda, dua lahiriah, dan juga dua yang tersirat.

Tahu? Bagaimana nak membezakan antara duanya? Hmmmm..... terfikir sejenak, bagaimana? Terpulang pada pandangan anda. Seni itu indah, jadi sukar untuk hati yang malas membezakan. Kehidupan pula..... sama lah dasar penilaian yang boleh dirungkaikan. Berbeza memang berbeza, dan wujud di mana2 pun, kerana ia hikmah disebalik kejadian ciptaan ALLAH. Perbezaan itulah yang membuatkan manusia tahu mana tinggi dan mana rendah. Jadi berbeza itu perlu, tapi berkualiti itulah yang meninggikan atau merendahkan sesuatu.....

Wednesday, September 3, 2008

BERPUASA

3 September bersamaan 3 Ramadhan. Dah 3 hari kita puasa, sekejap berlalu. Ada lagi 27 hari, bukanlah niat nak menghitung bila lagi nak raya, but masa dah berlalu x kan ada berganti.....

1 September, bersahur di ABC - Always Best Choice Restaurant. Makan Roti Canai Telur (Telur Ayam Bulu Hitam tau!) ngan minum Teh O Limau Suam. Berbuka pula masak Ayam Goreng Kunyit + Tauhu and makan ngan nasi putih le. Minum? Air Tebu - RM 4 hengget! Mahal nak kiok!

2 September, bersahur di rumah sahaja pekena Roti Gardenia 6 keping bersama Tuna Kari, cap apa aku lupa lah plak. Berbuka pula aku masak Tom Yam Campur..... Tersilap budget nak makan 2 orang, sampai saploh orang pun boleh makan aku masak..... Pastu minumnya pula just Teh O Panas.

3 September, bersahur makan roti lagi..... Berbuka? Tunggulah.....

Tuesday, September 2, 2008

DRINK YOU WANT?

Di bulan puasa nih, memang lapar..... tapi dahaga mendahului carta bagi manusia yang x tahan ujian puasa ni..... Kalau boleh satu jug air nak dihabiskan sekali minum masa berbuka..... tu baru air satu kaler, kalau boleh 5-6 jenis air nak ada atas meja..... tamak ke? Nafsu tu yang x pernah nak di ajar berjimat dan bersederhana..... Minumlah sekadar melepaskan dahaga, dan makan sekadar mengalas perut kosong. Kalau dah kenyang macam dugong bersantai, sembahyangnya entah ke mana, apa gunanya kan? ABC..... Bestkan?

Cincau! Pergh..... lagi le aku nak!

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya