He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Monday, August 25, 2008

HAPPY N LUCK AT THE MOON

Happy..... for a while. Because today, tak ada benda yang tak best berlaku..... Kenapa? May be hari bertuah aku..... Dari pagi, kerja memang ada & agak banyak. But aku tak de le kelam kabut ke sana ke mari coz belum ada closing date untuk tender2 yang aku uruskan. Even today banyak jugak tender2 gedabak yang masuk, but I'm still cool n relax..... Dari pagi sampai tengah hari, rasa sekejap sangat sampai dah lunch hour pun masih mengadap komputer, dari petang nak abis office hour pun aku rasa sekejap sangat sampai nak check email2 n friendster n facebook n others pun x sempat. Then bila petang dah nak balik, our million dollar client call, nak aku quote complete items untuk satu tender, sebab sebelum nih aku ada exception untuk 1 item coz material x bleh nak carik. Belek2, 2 million punya tender! Hmmmm..... means price yang aku carikan tuh, competetive n menarik perhatian client tu le, x pun x banyak competitor yang masuk bidding. So pada jangkaan aku, dia nak aku lengkapkan juga quotation tu untuk berikan "aku" order tuh! Pergh.... 2 million beb, sensorang plak tuh aku buat tender nih..... Apa yang pasti keputusan di sana belum dicapai, & aku hanya menanam harapan dan harapan demi harapan agar aku berjaya dapatkan tender tuh! Cayalah! Insyaallah!

Kemudian aku blah le nak balik ke rumah, itu yang pasti. Sampai kat Pandan Indah dapat satu sms dari K Zyirene - "Nak join mak makan steak kat Pandan Indah x?" Mak? bila pulak dia jadi mak aku? Mak aku sihat ada lagi kat kg. Nak kata dia mak angkat aku, muda lagi baru 18 tahun katanyalah..... Yang pasti anak dah dua, aku anak sulung dia ke? Nape plak bapak aku nama lain, laki dia nama lain..... konpis den!
That time aku tgh ride motor, so aku abaikan seketika niat nak reply..... So I thought dia nak ajak aku makan malam nanti..... Belum sampai umah lagi K Zyirene call, ghupanya dia dah sampai kat sana dah..... Memikirkan ajakannya, so aku call balik setibanya di rumah, dan menerima pelawaan makan kat sana. So turning back to Pandah Indah balik le..... Cuaca dah nak hujan, terpikir gak kang x sempat sampai basah kuyup, mcm mana aku melantak steak nanti..... Ku teruskan jua perjalanan menuju ke destinasi yang aku x tau..... Memandangkan tempat ni aku x pernah pegi 3, 4 kali gak aku call dia sebelum aku ketemuan. Namanya Moon's Kitchen. Tempatnya agak kecik, but nampak ok, berhadapan dengan flat perumahan dan sekolah. Aku x pasti plak Moon tu nama tauke atau sempena mukanya macam bulan. But K Zyirene cakap taukenya laki..... Mungkin nama aweknya kot.....
Sesampai je, terus menatap menu dan aku order Beef Black Pepper Steak - Argentinian Beef! ngan air Longan gelas besar..... Nak melantak punya pasal. Di hidangkan di dalam plate besi yang panas, bunyi kuah black peppernya yang menggelegak je dah buat aku x tahan. Menarik dan size dagingnya agak besar dan tebal..... membuatkan aku bertambah selera.


Iman makan Mushroom Soup ngan Garlic Bread.
Ni le ayah si Iman ngan Zarra merangkap Master or Mister Piyan@Sophian, a.k.a husband K Zyirene..... Actually dia makan sepinggan ngan K Zyirene, Black Pepper Steak Kambing Mbeeekkkk!!!!! Romantika di bulan September le kiranya tema dia..... nanti bulan Jamadil Akhir punya tema macam mana pulak.....?

Hari dah nak ujan, dan dengan tiba2 abis le pulak aku makan steak tuh, ntah cam mana aku telan sampai habis. Pastinya perkenalan aku ngan Moon's Kitchen tidak berakhir di situ sahaja rasanya, lain kali aku nak pegi lagi.....! Best le steak nya..... Best le untuk affordable & cheaper steak yang ada class. Kuahnya pekat dan daging yang lembut dan tebal, tu yang penting! Perut kenyang lagi le penting. Aku ingat aku kena bayar sendiri, ghupanya dia ajak aku joint makan nak belanja aku rupanya..... Kalau tahu akak nak belanja x de le saya order yang mahal2, just makan angin pun x pe..... tapi dah kenyang pun, sedap.... Lain kali payungkanlah hamba lagi ye! Tapi mmg dia kena belanja aku pun pasal kalah dia bet teka kopi yang Maziah belikan perisa Hazel nut or Almond. Dia nak gak bet ngan aku yang juara nih..... kan dah kena. But pasni aku plak kena belanja dia..... hmmmm..... Nak carik keje lain le..... huhuhuhuhu.......

Balik ke rumah, aku basah kuyup, mcm aku terjun kolam lah punya basahnya. Hujan lebat..... sejuk. Tidur mmg best, but ada hal nak settlekan dulu..... Chow!

WHEN THE DAY IS MONDAY.....



When the day is Monday, maka kena kerja la.....! Kerja oh kerja..... memang tak pernah habis, makin bertambah..... tetapi adakalanya ia berkurang..... hingga buntu otak memikirkan apa yang perlu dibuat..... Tatkala ia berlambak, ribut melanda petir memekak pun tak dihiraukan. Apakan daya kerja itu adalah perlu. Tanpa kerja apa lagi manusia di muka bumi nak lakukan? Kerjalah, hidup seharian manusia yang bertanggungjawab. Yang tak bertanggungjawab pula? Tepuk dahi atau dada..... memang tak kan ada jawapannya, fikirlah seadilnya apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..... Jadilah khalifah DIA yang bertanggungjawab dan tetap bertanggungjawab.....

WHAT?

What am I doing? Last weekend..... sempat juga jalan2 menghilangkan boring. Ke DIY Hardware area rumah aku..... dengan niat mencari bateri dan saja2 nengok barang2 kat sini..... En. Uzzey joint skali, kebetulan hujan plak tu, so lepak lama gak membelek barang2 kat situ.....

So dari luar lagi aku mmg nampak mainan ala2 Barbie, tolong survey untuk Kak Zyirene, dia nak belikan untuk Iman. Murah pulak tu, from RM11.90 till RM28.00, 85% lebih murah dari Barbie yang original. Lagipun kalau beli yang mahal2 x guna gak, kang nanti rosak juga. Better berjimat beli yang murah, lagipun kualitinya aku tengok boleh tahan dan cantik2 pulak tu!


Tapi x beli pun just tengokkan je.....


Sebelum hujan, maklum le bila petang mmg sekarang hujan je, singgah sekejap ke Taman Tasik Permaisuri, ada sambutan bulan kesihatan sempena menyambut Kemerdekaan ke-51. Sekejap je pi, pasal aku pi program dah nak abis..... jalan seround, terus blah.....

Sempat jugak bergambar atas jambatan gantung.

Muka selebet.....

LAST FRIDAY



Bila khutbah bergema, mata kuyu, layu..... nyenyak di buai mimpi.....

Monday, August 18, 2008

ISNIN YANG BORING

Memang boring..... Bos x de plak tuh! Seronok melepak sambil berborak. Layan emel, especially buat logo test yang K Zyirene emelkan. Hmmm..... adventure ke? Bleh la tahan. From 200 logo.... ada la yang aku jawab betul. Interesting jugak.
Further that aku mencari le quiz2 dalam ternet yang menarik untuk menjana pemikiran aku yang hampir beku dan hampir kosong. So jumpa beberapa yang menarik.....
Boleh download melalui web nih, http://www.netquizzes.com/
Banyak soalan2 yang berkaliber dan bertahap dewa. Boleh la di jadikan jajan waktu lapang daripada dok mengunyah benda lain..... Otak pun berjalan, x de le lems semacam..... kan?

LONG

Bukan Ah Long..... just long. Long time no see. Lama x update. Idea pupus? A'ah, antara sebahagian sebabnya..... Selain itu? x ada gambar nak attach..... dah blur nak amik gambar apa. Ada cadangan?


Last Saturday..... There's nothing special happen to me. Just dok melayan Olimpik Beijing 2008.
Malam pula ke Jalan TAR, Pasar Malam, just makan nasi lemak minum soya suam.


Last Sunday..... pagi bangun nengok tv jek, layan Olimpik Beijing 2008 lagi. Petang pun sama, blur nak buat apa. Petang kuar lepak ke Dataran Merdeka, sebelum tu, pi makan kat Ampang.

Tuesday, August 12, 2008

JANGANLAH.... ITUKAN API.....

API..... jadinya amat panas dan membakar. API..... lecur dan musnah bila menjalar. API..... janganlah sesekali bermain dengan api. Sesungguhnya ia membinasakan..... Janganlah sesekali bermain dengan api-api yang membahayakan, meletup akibatnya, diri sendiri yang musnah. Hati itu ibarat api yang kecil, kawan lagaknya. Namun jika disimbah dan diherdik, lawan jadinya, membakar dan mengamuklah hati-hati yang dicabar..... Janganlah sesekali menganggap hati-hati kecil umpama api lilin dan pelita yang hanya perlu menerangi malam yang singkat, sedangkan hati-hati inilah yang menjadi penyeri dan peneman hati-hati lain di kala memerlukan. Pabila api menjadi besar dan merebak, musnahlah hati-hati molek menjadi hati-hati yang baran dan kemarau..... Peganglah hati supaya apinya menyinar dan menerangi bukan membakar kebenaran yang tersirat. Aku Perlu Ingat.....

PULASAN




Kak Bada yang bawakan dari Muar.

Monday, August 11, 2008

BLUE MON-DAY

blue monday? hehehe..... aku pakai kemeja biru hari nih. Tu je, x lebih x kurang. Sesampai opis, K Zyirene belum ada, cuma K Bada je. Macam kebiasaan, ada tazkirah, then naik le ke tingkat kayangan aku, buat le keje cam biasa. Settlekan dan updatekan kerja2 yang perlu, Onkan komp K Zyirene, check email dia, kot2 ada supplier ada bagi quotation..... x de, Junk Mail plak yang berlambak..... Naik kejang jari nak mendelete..... Block sender pun, esok lusa datang balik.....
Lunch with K Bada, Maziah & Hana. RM7.20 le hari nih - Keli bakar sama paru goreng ngan telur dadar.....! plus Sirap Limau. Melantak punya pasal..... sekali sekala le katakan (saja nak sedapkan hati). Balik ke opis, alih2 K Zyirene ada plak. Half day, Zarra x sihat katanya, asyik demam. Maklum le budak kecik ngan cuaca x menentu skang nih, macam2 penyakit datang.
Hari ni aku bawa jam GUESS aku yg dah kiok pasal abis bateri, kecik cononet jek baterinya. Plan nak tukarkan, so after office hour, aku ke C-4 Wangsa Maju. Niat nak mencari bateri, lain plak yang aku beli, Gatsby Hair Gel - hari ni ke office pun x pakai apa2 kat rambut. Beli Inspiration EDT, Silky For Men - minyak gamat ngan minyak urut je yang ada kat bilik aku sebelum nih. Beli Johnson & Johnson Body Shower, with Almond Oil - nasib baik ubat gigi pagi tadi ada lagi, kalau x....., last aku beli Nivea For Men, Facial Foam - memang brand nih je yang aku pakai, yang lain, dah cuba but irritated aku punya kulit muka jek.

Balik umah dah nak Maghrib, aku call seseorang bertanya khabarnya.....alhamdulillah dia sihat. Pastu on lappy kesayangan, saja nak melihat latest result Olimpic Beijing...... hmmm.... mana le tau kot2 Malaysia dah ada kat Medal Tally, belum muncul lagi...... Tiba-tiba my K Tie call dari Sabah..... "Majalah dah sampai....." alhamdulillah, sampai gak apa yang dia nak, aku poskan last week. Mana la tau kot2 aku silap tulis alamat, kang x sampai plak. Borak2 tanya kabar, apa yang pasti, K Tie & Abe Yie tgh happy n happy dan menghitung masa dan menunggu masa kelahiran bayi sulungnya setelah menunggu sekian lama. Akhirnya ALLAH perkenankan jua doanya..... Alhamdulillah, aku tumpang gembira sama, coz aku nanti akan jadi pak cik..... Mama n Abah akan jadi atuk.....!

Lepas borak ngan K Tie, aku terus call Yana, my sis kat kampung, dia x pick up plak call aku. Aku call phone Abah, Yana plak yang angkat. Ghupanya, phone Yana, cousin aku kat Kelana Jaya tengah call, n mama tengah cakap ngan dia. Berhelo ngan abah, bunyi suara abah, rindu nak balik, dan dari gaya suaranya, abah sihat, cuma macam selesema skit. Mama still cakap ngan my cousin, so abah cakap oklah, nanti borak lagi. Tuuuuuut......

Sambung tengok keputusan online Olimpic Beijing, aku tengok badminton, Lee Chong Wei, Wong Mei Choo & Wong Choon Han menang.....! so ada peluang nak ke level seterusnya, and hope berpingatlah nanti diaorg semua, ada gak Malaysia lam senarai pemenang.....

Pastu sambung layan lagu dalam bukhatir.org sambil menulis blog. Chow!

EKZOS JAHAT.....

Semalam masa kuar ke Bukit Bintang, nak survey harga Handphone adik aku punya, park kat Sungei Wang Plaza, turun je dari motor, motor sebelah punya ekzos berselera plak makan betis aku nih..... nasib baik sikit, pedih la seketika di buatnya. dah ok, cam tattoo plak.....! Siap ada corak2 bunga lagi, hehehe.....

HAZEL

Actually, kopi nih dah abis pun aku minum, ada saploh paket, Maziah yang belikan, aku tumpang mengabiskan je..... Wangi dan sedap dan lazat dan mantap..... belikan lagi ek!

Thursday, August 7, 2008

WALIMATUL URUS

Today, dapat 2 tiket masuk majlis perkahwinan, jemputan le..... Siti Maisarah, ex-schoolmate MRSM dulu, Syarifah Mazrah pula ex-trainingmate/ex-facultymate kat UTM dulu.



Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya