Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Wednesday, August 6, 2008
MUHASABAH
BERITA HARI INI
Petang pun sama, masih bertungkus lumus menyiapkan sisa2 penulisan sambil diselangi gelak ketawa dan borak bersama kak Zyirene. Macam2 topik menjadi perbahasan dari le "*** dance" hingga le bab2 agama - especially MUNAKAHAT. Tetiba aku bertanya kak Zyirene pasal Khuluk, Li'an, Nusyuz..... dah lupa la beb, nak refresh balik pasal hukum hakam nih. Bukan bleh dibuat main2......
Habis kerja, aku blah, sampai umah rileks dan mengadap kipas dengan tujuan mengambil feel berada kat kutub utara sambil ditemani beruang polar.....
Dah malam, nak plak aku menlantak, so Bro Uzzey ajak makan kat kedai Ponds, Jalan Kuchai Lama. Sebelum tuh singgah dulu ke Hero, beli Hair Cream. Nampak plak shop kegemaran aku DIY Hardware, nama je hardware, tapi software/tupperware/segala jenis ware ada kat kedai nih, murah tahap gaban plak tuh..... Bro Uzzey beli beg plastik, nak isikan buah tangan untuk atuknya kat kampung. Sambil2 aku membelek mencari barang yang aku berupaya nak beli, ternampak pula sticker & palstic bag yang ada gambar2 princess..... terus ingat kat Iman, anak kak Zyirene. Alang2 brapa sen je harganya, dan tambah pula dah nak abis, aku belikan untuk dia wat koleksi..... Hope dia happy le aku bagi nanti..... murah je, x mampu nak belikan yang grand. Nak grand gak tengok gransazer kat tv tuh.....




Tuesday, August 5, 2008
MY FAMILY
Jadi, keluarga sebelah ayahanda hamba ni, berasal dari dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan yang sememangnya terkenal dengan Pasar 24 jam.
Inilah pula ibunda hamba yang amat hamba cintai dan sayangi, FARIDAH BINTI IBRAHIM, nama yang diberi.
Ibunda hamba berusia 56 tahun dilahirkan pada 6.30 pagi, 5 September 1952, iaitu 16 Zulhijjah 1371 Hijrah bersamaan dengan hari Jumaat, bermakna dia dah pencen tahun nih..... Selamat Berpencen, mama rehat2 le kat umah yea! Ibunda hamba berasal dari Kelantan juga, di mana ibunda hamba dilahirkan, Kampung Menjual namanya. Datuk hamba sebelah ibunda hamba bernama (Allahyarham) IBRAHIM BIN CHE MAN dan nenda hamba sebelah ibunda hamba pula (Allahyarhamah) CHE MAS BINTI AMAT.
Bonda dan Ayahanda hamba mendirikan mahligai dan istana kebahagiaan mereka hampir 34 tahun yang lalu, di mana Majlis Penikahan berlangsung pada Hari Raya Aidilfitri ke-8 tahun 1394 Hijrah bersamaan 23 Oktober 1974 iaitu hari Khamis.Tahun 1976, maka Ibunda dan Ayahanda hamba bergembiralah dengan kelahiran puteri sulungnya tanggal 7 Januari 1976, dan diberikan nama,
SITY NUR ZALYDA BINTI GHAZALI
Kemudian tahun berikutnya, Ibunda dan ayahanda hamba di kurniakan lagi dengan seorang puteri ke-2 pada 9 November 1977, dan di berikan nama,
SITY NUR FARZLYNIE BINTI GHAZALI
Hari Tasyrik berganti hari Tasyrik, malam berganti siang, hujan entah berapa kali turun, maka tahun 1982 pada 31 Oktober lahirlah pula zuriat ke-3 Ibunda dan Ayahanda hamba, putera pula kali ini, yang dihadiahkan nama, MOHD AZUAN BIN GHAZALI iaitu hamba le..... (gambar dah banyak so x yah nak attach lagi kat post nih.....
Selepas kehadiran hamba, hadirlah adinda hamba, putera jua kelahirannya, maka bergembiralah sekeluarga, melengkapkan sepasang putera dan puteri. Adinda hamba ini lahir pada tahun 1985, tangga 23 Febuari.
MOHD FAIZ GHAZALI
SITI NUR FATIHAH BINTI GHAZALI
SITI NUR DIYANA AFIQAH BINTI GHAZALI
MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN GHAZALI
PENAT MENCARI
Ingatkan ada le banyak kat sini, stop kat gerai majalah yang pertama aku jumpa kat Ampang, "Dah abis la dik....." bro gerai tu cakap.Aku naik ke atas skit, mengahala ke Pandan Indah,
"Habis dijual le....." dengan selamba akak tu berkata.
Aik, laku plak majalah nih, cuaca dah la panas, hati pun dah naik panas nih..... Mana aku nak stop lagi nih? So aku buat keputusan, terus balik, kat Sri Permaisuri pun ada kedai buku.
Sampai kat kedai buku sebelah Maybank, aku masuk terus usha majalah Anis. Tak nampak pun tanda2 majalah tu ada, straight to the point tanya terus kat adik yang jaga kedai tuh.....
"Majalah Anis ada x?" tanya aku pendek sambil mengerut dahi dan berharap aku yang x nampak......
"Dah abis la bang, semalam ada lagi....." pulak dah..... Uiks!!!!! Ponin dah den nak mencari nih, mana laie den nak poie?
Dengan pantas, aku ride le motor aku turun ke Salak Selatan, dengan harapan ada gerai majalah ke, toko buku ke..... Hampeh, habuk pun tadak..... Buntu la plak aku..... x kan sekitar nih dah x ada gerai2 majalah? Kapla dah fenin, panas lagi.....
Dengan selamba aku terus berpatah balik, tapi aku pun terfikir sejenak, kalau aku dah balik, aku mesti malas nak keluar..... so, dengan serta merta, motor aku membuat U-turn, menghala ke Besraya..... Mana plak aku nak pi nih.....? Hmmmm......
Tak pe lah, sambil aku berjalan petang makan angin, lagipun balik umah tak de pape gak kan..... So aku menuju ke pusat bandar, tapi aku x tahu nak menghala ke mana. Dengan selamba aku dah sampai kat Dataran Merdeka, aku ambik keputusan menghala ke CM, then teringat ada Kedai Buku Popular kat Petaling Street. Masuk dan aku keluar dengan hampa juga kerana keputusan mencari majalah Anis tetap mengecewakan.....
Dalam hatiku berkata, special tul majalah nih..... semua tempat x de. Hairan.....
Pastu aku pun mengambil keputusan berjalan sambil melihat barang2 ciplak kat Petaling Street, saja nak membuang masa..... sampai le ke hujung jalan. Ada la gerai tepi kaki lima, Bangla yang jaga gerai majalah tu.....
"Majalah Anis ada?" pantas dan pendek aku bertanya.
Dengan senyuman yang ikhlas dia menjawab "Ada....."
Alhamdulillah.....
Dapat gak majalah yang akak aku nak nih.....
Dah dapat, pantas aku balik. Terus cari setem kat dalam balang Horlick 2 kg yang aku simpan pelbagai barang2, termasuk le setem..... ada.
Sambil menghilangkan penat, tengok2 la cover majalah. Kat bawah sekali belah kanan....."KINI BOLEH DIDAPATI DI MPH, 7-ELEVEN & MYNEWS.com"
Ceh..... jauh aku pi mencari serata alam, kat 7-11 rupanya ada, x terlintas la plak aku nak kesana, padahal berlambak 7-11 kat sekitar umah aku tuh..... dah nasib!
Penat la jugak, bukan apa cuaca skang panas..... Esok nak poskan ke Sabah.
Begitulah adventure yang aku alami dalam pencarian yang akhirnya membuahkan hasil.....
Kalau majalah nih aku x jumpa lagi macam mana? Jawabnya esok la plak aku memulakan perjalanan mencari.....! Chow!
CHOC ON MY DESK
Chocolate oh cokelat. Kak Zyirene bawakan, Beryl's and Kraft punya nama.
Coklat cap Gajah (Cote d'Or), apa yang tertulis tuh aku rasa bermaksud sebegini - "Coklat yang berbentuk empat segi tepat, yang di dalamnya ada Kismis hitam yang manis bersama Kacang Badam yang sudah di panggang beberapa minggu lepas, di iringi limpahan susu lembu segar yang lemak berkrim dan disukai ramai.
White Chocolate
Milky Chocolate, Dark Chocolate dah abis aku sebat sebelum gambarnya aku ambik.....
White Chocolate with Starwberry Chips, strawberry chips aku dah kutip dan telan abis, tu x nampak.....
White n Bitter chocolate.
SARAPAN KE NI?

Buah Melaka jeruk.
Buah Pala.
Buah Salak jeruk.
Mangga jeruk.
Mangga Muda jeruk.
Buah Betik jeruk.
Buah Ceri.
Buah Kedondong jeruk.
Wednesday, July 30, 2008
MELAYAN
Antara lagu yang aku suka sangat:
Te'dar Tetkallam by Amr Diab (from album Allem Alby)
Ana Alby 'Alaik by Ziad Borji (from album Ana Alby 'Alaik)
Ana Nesitek by Amr Mostafa (from album Ayami)
Khalek Ma'aya by Amr Diab (from album El Leila Di)
Tamally Maak by Amr Diab (from album Tamally Maak)
Lamastak by Amr Mostafa (from album Ayami)
Dan satu lagi lagu yang memang je aku dengar, boleh buat aku menangis serta merta,
Ummi by Ahmad Bukhatir.
Melodinya yang sayu, membuatkan aku nak balik kg nak jumpa mama!!!!!
Memang lagu arab nih, yang ballad & kontemporari nih aku suka sangat, bukan yang asli arab punya, yang tuh tang bergelek boleh la nak layan.
Kalau nak dengar gak pi laman web http://en.hibamusic.com/ - just for listening only.
Kalau nak dengar & download pi laman web http://www.nogomi.com/.
Ramai artis2 himpunan seluruh tanah arab - Mesir, Lubnan, Arab Saudi, Jordan, Syria, Iraq dan lain-lain. Pada pandangan aku, Mesir & Lubnan serta Syria punya muzik dan suara artisnya masyuk beb! Selamat Melayan!
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
Rabi'a al-Adawiyya










