Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Tuesday, July 22, 2008
FESTIVAL LAMAN 2008 #1
SAMRAH FESTIVAL
Thursday, July 17, 2008
SOMETHING TO SHARE
Apa la aku merapu tengah2 malam nih..... aku mengantuk & dah kering. Minyak dah habis, nak masuk gear pun lembab semacam. Chow!BILA DAH LAYU.....
Dah sampai rumah, pi ruang aku sidai baju..... baru aku terperasan "LUCKY BAMBOO" si Pojie punya dah nazak. Tuan dia dah lupa kat dia, dah tak lucky dah."Manusia layu pada rayuan nafsu, mengapa?
Kerana Iman yang kering,
Tak pernah disiram,
Apatah lagi nak dibajai.
Alpa itu teman manusia, lupa itu sahabat kedua,
rosak binasa hati berkata, hilang sinar pudar cahaya....."
MANGGIS YANG PUTIH
Buahnya memang manis dan manis dan manis, semanis namanya..... Cun le buah manggis yang Kak Bada bawakan dari kampungnya, Muar. Tak ada yang rosak pun. Hari Selasa Kak Bada dah bawakan, tapi aku pula demam, nak makan pun tak ada selera, hari ni pi kerja ada lagi Kak Bada bawakan.....
Jadi memang banyak khasiat kulit Buah Manggis, apa kata makan manggis jangan buang kulit, telan je, bukan mati pun......!"Kilat cermin Malim Sutan
Bawa ke pekan berjual beli
Masak manggis di dalam hutan
Masaknya ranum bergantung tinggi"
"Orang berkuda ke Beranang
Di pacunya ke Semantan
Hidupkan kera dan Siamang
Akan pemanjat manggis di hutan"
"Asal bernama titsan akar
Hilir berbalun di bandar
Sungkai Termenung kumbang di atas akar
Bunga berayun bertolak tangkai"
"Kepiting menyelampai
Lalu bergelung dari induknya
Lepaskan tupai berantai
Menyunting bunga dari tampoknya"
"Banyak pacat terjengkau-jengkau
Keluar di rumput tanah merekah
Buah muda tampak kerau
Bukan mudah hendak di cekah"
"Buah masak tiga setangkai
Hendak capai tangan tak sampai
Baik kita taruh sigai
Kalau tinggal dimakan tupai"
"Kepaya sidua buah
Masak sebuah dibawa ke pekan
Anak siapa baju merah
Laksana buah boleh dimakan?"
"Buah beringin lada raksa
Anak helang mengadu makan
Kalau ingin mengapa dirasa?
Buah masak sahaja dimakan"
Wednesday, July 16, 2008
I'VE FORGOTTEN YOU.....
I've Tired Of You,
APPETITE
Telan beberapa biji Longan beku, yang aku simpan dalam freezer..... macam kunyah ais berperisa longan jadinya.....
Dan kunyah sebiji epal, ok lah dari tak makan langsung.....
"Makan apa yang datang dari hasil titik peluhmu, sesungguhnya ia menjadi darah dagingmu, haram hasilnya, maka haramlah yang ada dalam tubuhmu..... dan makanlah apa yang ada, janganlah berlebih-lebih, syaitan tetap bersama mereka yang membazir dan tidak bersyukur....."
PILLS.....
M.C 2 DAYS
Got MC 2 days. Mula hari Ahad aku dah selesema, then makan ubat selesema, rasanya dah ok. Bangun pagi Isnin sedikit feel dizzy, but i'm feel strong ke pejabat. Tapi bila dah petang tu, rasa macam nak demam la pula. Malam makan panadol, bangun pagi Selasa, rasanya larat lagi nak ke office, coz banyak kerja nak settle. Lagipun kesian Kak Bada sorang. But dah nak tengah hari tu, macam nak pecah pula rasanya kepala ngan pinggang aku, sakit semacam. Jadi tengah hari tu juga ke klinik, doktor cakap temperature a little bit high, so she suggest rehat n minum air banyak2. Supplement like vitamins and other minerals pun aku kena ambil juga. Then, aku roger Kak Bada, terus balik rehat.....
Sebelum sampai rumah, nak beli sup dan air cincau, doktor cakap minum banyak2 air kosong, but kalau nak air yang berperisa yang boleh menyejukkan badan katanya, minum air cincau dan air barli. Aku beli sup campur kat SUP MALATOP, close to my ouse, sedap la pulak rasanya..... air cincau tapau kat 7-E.
Today, aku dah rasa okay, Alhamdulillah dah sihat. Ujian kecil dari Allah SWT untuk aku, seorang hambanya yang melata di muka bumi untuk mencari keredhaannya.....Monday, July 14, 2008
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
Rabi'a al-Adawiyya



