He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Friday, December 28, 2007

SOLAT JUMAAT

Bersolat JUMAAT di tempat biasa, masjid dekat office... nama masjid tu... alamak x tahu lah...


alhamdulillah selesai jua menunaikan solat...

Thursday, December 27, 2007

SEBELUM N SELEPAS






Mana sebelum? Mana selepas? tengok le sendiri...

ZERO... SUBZERO...


SUBZERO (S.U.B) jeans hadiah dari seseorang kenalan... baru je plan nak tambah jeans sehelai lagi... dah ada dah... thanks...!

SIDE THE POOL




Macam kebiasaanlah makan malam sensorang, tiada siapa nak temankan... hahaha... (gelak tandanya aku masih hidup bukan gila tau...) Makan mee goreng with orange juice kat BIG MUG CAFE at my condo beside the pool... mee goreng dia aku suka, basah dan sedap... but, bila makan sensorang cepat la abis, x de pasangan nak borak... kat cafe tu plak aku sensorang... hahaha... (gelak skali lagi... kenapa...?) dah makan?

Wednesday, December 26, 2007

DID U SEE WHAT I SAW?


gambar ni aku snap masa kt kampung cuti AIDILADHA lepas... macam bentuk apa ha?

DINNER & TICKETS




dinner semalam, masih keseorangan je kat umah... NASI PUTIH, AYAM GORENG KUNYIT & TELUR DADAR... air kosong je, dah kalau makan kat umah, air kosong je le...

tiket free...? huhuhu... dapat tiket wayang free lagi... TANJUNG GOLDEN VILLAGE... nak joint..? nak tengok cite apa he? tiket wayang GSC PAVILION pun x terguna lagi... hmmmm... dah dapat free pun x reti2 nak guna... kena bayar kang, merungut plak...

JALAN PETALING





huhuhu... dah namanya cuti mesti la kena pi jalan2 or do something yang x berkaitan ngan kerja kan... so mmg dah x tau nak apa... my friends dr KUCHING ajak aku ke JALAN PETALING @ PETALING STREET, dia nak shopping apa ntah... aku follow je le... lagipun memang x de nak wat pape...

dia beli 2 beg kulit BOSS (kulit ke?) RM 70.00 satu. then, he buy TAGHEUER watch - RM 200.00 cantik n menarik... bleh tahan le... beli DVD movie, beli baju le... apa le... aku...? tumpang tengok... hahaha... memang x de apa nak aku beli...

semua barang tiruan, mahal pun orang beli gak - FENDI, CHLOE, LV, YSL, BOSS, EMPORIO ARMANI, ntah mcm2 le... mcm2 jenama... murah le daripada yang original... but ada jaminan ke? tahan ke? ntah le, aku x pernah beli barang2 kat PETALING STREET tu... apa lagi aku nak pergi ke sana... ni kali ke-2 untuk 2007 aku pi... huhuhu... 2008 dah nak masuk... cepat...



balik pi hantar member aku ke BUKIT BINTANG... hujan la beb...

AURA...



perfume aku dah abis... nak beli minyak wangi kegemaran dah ujung bulan, gaji x masuk2 lagi... beli je minyak wangi MAWI punya... AURA SILKY FOR MEN... murah sangat2 and ok la jugak bau nya... dah nama minyak wangi mestila baunya wangi kan...?

LEPAK MINUM...



bila dah banyak cuti, sampai x tahu ke mana dan apa yang perlu buat... dok melepak kat umah tengok tv... terlampau boring sangat2 ler...

melepak le kat warung bertemankan kawan-kawan sambil borak... huh... what should i do...?

CHRISTMAS EVE...



since i don't know where to go, mlm krismas aku keluar ke BUKIT BINTANG bersama kawan dari KUCHING... x tau nak ke mana... so tengok lah orang ramai kat BUKIT BINTANG, menyambut krismas... ramai memang ramai... malas nak turun joint sama ngan khalayak yang ramai tu... tengok dari atas je la...

Sunday, December 23, 2007

KEMBANG DI LAMAN

bunga kembang di laman, tiada siapa yang dapat menghalang. hidup yang berkembang dalam cinta, kasih dan sayang, tiada siapa yang dapat mencemarinya melainkan pemilik cinta, kasih dan sayang itu sendiri... jagalah ia dan ia pasti menjaga kamu... bila bunga kembang di laman, siapa yang x sudi untuk menatapnya... bila ia layu mata yang memandang pasti ingat saat ia menyinarkan warnanya... subur dalam memori... bila bunga kembang di laman... tanda hidup kita masih berlaku... bila kembangnya tetap di laman... tandanya kita masih ada di situ...




is that lady bird? hmmm... tu lah kumbang kecil... kecil memang kecil dan reti dan tahu untuk berkongsi tempat sesama sendiri tanpa bergaduh... kumbang kecil yang sememangnya kecil pun tahu... manusia yang ada akal lengkap dengan pancaindera tahu untuk berkongsi? hmmm... siapa nak jawab....

COME BACK TO KL

sekejap je kan cuti raya... rabu malam aku balik kelantan, naik bus. means malam raya le aku balik umah. nasib baik bukan raya puasa... kalau tak sedih la aku... malam raya still kat atas bas...

pagi khamis, iaitu pagi raya aidiladha aku sampai le ke Pasir Mas, bukan Kota Bharu, coz bas yang aku naik just sampai ke Pasir Mas je... call my dad suruh amik aku... sian lak kat abah... tapi nak wat cam ne, teksi sekeping pun x ada. bas lak x gerak lagi...

aku ingat abah mai ngan kete, naik motorsikal rupanya... ujan lak tuh...
kete abah cakap tangki minyak bocor... x kisahlah janji abah datang amik aku...

sambil naik moto, borak sakan le ngan abah... cam2 topik le kuar... jauh gak umah ngan tempat aku turun bas... abah bawa aku ikut jalan kampung... syok beb, tangkap syahdu aku tengok suasana pagi tu... pagi yang baru lepas ujan,lalu plak jalan kampung yang sememangnya hijau, wah... rasa aman dan damai yang teramat sangat... ya ALLAH aku bersyukur kerana masih hidan dan dapat menikmati kehijauan dan kesuburan alam ciptaan MU.... alhamdulillah...

dalam perjalanan nak ke rumah, aku ngan abah lalu beberapa buah masjid, wah semua dah siap nak sembahyang sunat hari raya aidiladha...

sampai umah,apa lagi terus mandi dan kenakan baju melayu aku punya yang tahun lepas, masih elok mcm baru beli, ye la, baru beberapa kali je aku pakai baju tuh... turun bawah, semua dah ke surau... akak aku terpekik, "cepat le orang dah nak mula sembahyang dah... kelam kabut la gak... butang baju x pakai lagi... huh...

sampai surau imam tengah memberitahu cara2 sembahyang sunat raya, masih dengan butang baju melayu aku yang x nak masuk2 lam lubangnya... wah semua dah ada kat surau kecuali... mama... apa mama buat hari ni kat sana yea... pak imam dah angkat takbir... aku...?





lepas sahaja solat, abah siap2 nak ke umah pak cik aku kat kampung sebelah, KAMPUNG BENDANG LUAS, untuk tolong gotong-royong korban... aku joint skali ngan adik bongsu aku, naik motor bertiga ngan abang ipar aku, ABG ALI.

yang baju merah dalam gambar tu my cousin, ABG ADLI, sebelah yang pegang pisau sembelih tu pak cik aku ayah ABG ADLI, just panggil AYAH, dia le tukang sembelih...





apa lagi dah sembelih kena lapah la plak... aku...? tengok je la....

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya