He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Monday, August 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

Salam, belum terlambat untuk ku ucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak..... Semoga semua Muslimin dan Muslimat di melata muka bumi berkesempatan berpuasa dan mengharungi dugaan berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia ini.....

Jangan ponteng puasa kay!

Wednesday, August 5, 2009

HANYA TAKDIR 2

Dah takdir, dapat free pass masuk Outdoor Theme Park kat Genting, tapi dah expired 31 July lepas..... Tak de rezeki, well terima je lah.....

BSS

Persatuan Budi Suci Sejati menyambut Ulang tahun ke-50 Disember 2008 lepas, actually gambo ni dah lame lam handphone aku, bila dah penuh, baru ada rasa nak letak sini.....
Actually aku dapat job amik gambo sepanjang sambutan persatuan ni kat somewhere in Gombak, pasal seorang ahli persatuan ni staf at my office.


Album ni buatan sendiri, x de dipasaran mana2 seluruh dunia, pi lah cari sampai lubang cacing pon x de, pasal kitaorg wat sendiri. Inilah speselnya menggunakan perkhidmatan fotografi kitaorang, album yang bakal menjadi milik anda hanya satu lam dunia bak kata oghang puteh - couture.....

Album dibuat 2 salinan atas permintaan persatuan. If I not mistakenlah, ada 50 pages kot..... satu album ada 250 pictures size 4R, ni pun kalau x silaplah..... nak tahu berapa harga sudi2lah contact okay!

Just kenangan yang aku ingat lagi sampai sekarang.....
Kalau dah lupa bleh tengok balik lam ni kan?

HANYA TAKDIR - IN TEAM

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohh ohhhh.

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela
ohhooooo..

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir


RENUNG-RENUNGKANLAH.....

SAFETY IN STYLO!

Safety in Stylo! huhuhu..... tu lah tagline dia - PYRAMEX SAFETY GLASSES. Aku dapat free satu, satu je lah..... Made in USA.

Model: Ztek
Frame: Gold Mirror

Gold Mirror Lens:
  • Gray polycarbonate lens with gold mirror coating.
  • Offers protection from excessive glare
  • Provides 99% protection from harmful UV-A and UV-B rays.
  • 100% polycarbonate lenses
  • Scratch-resistant lenses
Ztek Features:
  • Economical wrap-around single lens provides full panoramic view
  • Soft non-slip rubber temple tips provide non-binding fit.
  • Integrated nose piece.
  • Exceeds ANSI Z87.1-2003 High Impact Requirements
  • CAN/CSA Z94.3-07
Cun beb! nak cakap kat wa, wa bleh tolong orderkan, kalau ada stock bleh kasik trus..... kalau x tunggu le wa order dari sinun..... Jangan segan beb, gerenti lu puas hati.....
nak tahu lanjut pasal modelnya, plz go to www.pyramexsafety.com

CHEERS!

BILA?

Salam buat kekasih.....
Ku ukur jarak hidupku, bukan ku ketahuan mana pinggirnya.
Ku cuba jengah kembali sejarah tinggalan, tiada apa yang harus kubanggakan.
Ku cuba menilai, tiada yang boleh dinilaikan.
Ku cuba, aku makin mencuba..... tapi tiada masa kedua untuk kubetulkan.


Berselirat, bukan aku tak mahu melepasi jaringan ini, tapi aku manusia.
Lemah, aku sudah mencuba.
Tapi cubaan aku bukanlah yang terbaik.
Cubaan sekadar menangisi apa yang sudah.....
Makin sudah jauh berlalu, masih tiada ruang dan cara.
Hilang sudah harapan kononnya, tapi aku yang buta.

Ya Allah, jaringan ini terlalu kuat dan tebal untuk kulepasi.
Ya Allah terlalu jauh hatiku untuk melihat sinar-MU.
Ya Allah sepinya hatiku walau bertemankan-MU.
Ya Allah buruknya aku walau semuanya yang ada adalah terindah.
Ya Allah mengapa aku terlalu buta?


Ya Allah berikanlah aku jawapan.....
Kan ku cuba mencari walau lambat, aku akan mecarinya.....
Ya Allah ampunilah aku!

BISKUT 04.08.09





HANYA TAKDIR.....

Bila dapat tahu Ginger mengandung, pergh bukan main seronok aku...... Semalam tengok dia makin bulat, dah macam buah pear, tak sangka bangun pagi tadi, dia dah pun beranak..... tapi hayat anaknya x panjang, mati semasa lahir or kenapa aku x tahu..... mati kesejukan ke? entah le..... sedih beb, tunggu berbulan-bulan nak dapat anaknya, sekali mati le plak, dah le menatang ni susah nak mengandung, sekali berank pun sekor...... x pe lah, dah takdir..... bukan Gizmo & Ginger yang tentukan, dah takdir..... Kalau Gizmo & Ginger ada baby kan meriah, berdua lagi nampaknya......

Thursday, July 23, 2009

HIDUP DALAM KHAYALAN

Pernah anda berkhayal nak hidup selain daripada diri anda sekarang? Hmmm.... apa yang anda nak jadi?
  • Nak jadi Superhero ke? boleh kemana-mana dalam sekelip mata dan boleh tangkap orang jahat.....
  • Nak jadi orang yang kaya raya? semua benda boleh beli, semua tempat boleh pergi.....
  • Nak jadi raja atau sultan? semua orang akan hormat dan sanjung tinggi.....
  • Nak jadi orang yang paling hensem? semua perempuan tergila-gilakan nanti.....
  • Nak jadi orang yang paling gagah? semua benda boleh diangkat dan diselesaikan dengan mudah.....
  • Nak jadi manusia paling popular? semua orang akan kenal walaupun nampak hidung je.....
  • Nak jadi bos? semua pekerja kita boleh arahkan sebab gaji bos yang bayarkan.....
  • Nak jadi pemain bola sepak paling hebat? semua kelab2 bola berebut nak dapatkan.....
  • Nak jadi pemain piano dan gitar berbakat? semua syarikat muzik nak sign kontrak.....
  • Nak jadi penyanyi suara paling merdu? semua orang nak nyanyi macam dia.....
atau,
Anda nak jadi seekor burung..... terbang tinggi tanpa resah dan gelisah memikirkan resam dan ragam hidup yang berpanjangan dengan ujian dan dugaan.....
atau,
Anda nak jadi sepohon kayu yang berdaun lebar dan lebat, hidup gagah berbunga dan berbuah manis yang cukup indah.....
atau,
Anda nak jadi ikan di lautan yang berenang bebas tanpa ada batas, berkeliaran riang di alam yang sungguh luas tanpa penat memikirkan masalah seharian.....
atau,
Anda nak jadi bunga yang wangi dah indah yang mekar dengan warna warni yang memukau tanpa jemu dan penat.....
atau,
Anda nak jadi gumpalan awan yang memutih, berarak cantik ditiup angin tanpa sibuk dengan urusan harian yang membebankan.....
atau,
Anda nak jadi diri anda sekarang.....
Yang pastinya, hidup kita ini pasti. Tanpa ada ilusi dan khayalan. Hanya kita yang meresahkan dan memebebani akal untuk menuntut hidup yang berbeza dengan apa yang dihadiahkan ALLAH pada kita. Jadilah seadanya diri kita, kerana apa kejadian kita itu, ada keistimewaan dan kebaikan yang tersendiri. Bukan diadakan sesuatu oleh ALLAH tanpa ada sebab, semuanya lengkap di atur dan disusun sejak azali lagi. ALLAH mengurniakan kelebihan pada seseorang, bukan untuk dicemburui, tetapi untuk digunakan bersama, kerana yang lebih pastti ada yang kurang, sama juga yang lemah ada kekuatannya juga. Apa yang pasti kita hanyalah hambanya yang diberi peluang menjadi khalifahNYA di muka bumi yang fana ini. Akhirat yang pasti, kekal abadi tujuan penghabisan kita. Kita hanya perantau, musafir yang berjuang. Tabahkanlah hati, tegakkanlah yang hak, dan jadilah diri kamu sendiri tanpa berselindung di sebalik tabir ciptaan syaitan yang mahukan kamu sesat. Hidup ini bukan khayalan, khayalan itulah yang hidup.....

JANGANLAH.... ITUKAN API.....

API..... jadinya amat panas dan membakar. API..... lecur dan musnah bila menjalar. API..... janganlah sesekali bermain dengan api. Sesungguhnya ia membinasakan..... Janganlah sesekali bermain dengan api-api yang membahayakan, meletup akibatnya, diri sendiri yang musnah. Hati itu ibarat api yang kecil, kawan lagaknya. Namun jika disimbah dan diherdik, lawan jadinya, membakar dan mengamuklah hati-hati yang dicabar..... Janganlah sesekali menganggap hati-hati kecil umpama api lilin dan pelita yang hanya perlu menerangi malam yang singkat, sedangkan hati-hati inilah yang menjadi penyeri dan peneman hati-hati lain di kala memerlukan. Pabila api menjadi besar dan merebak, musnahlah hati-hati molek menjadi hati-hati yang baran dan kemarau..... Peganglah hati supaya apinya menyinar dan menerangi bukan membakar kebenaran yang tersirat. Aku Perlu Ingat.....

Wednesday, July 22, 2009

PERMATA atau PERTAMA

menjadi PERMATA memang beruntung... menjadi yang PERTAMA juga seronok...

memiliki PERMATA, bertuah dan seronoklah... memiliki yang PERTAMA juga menggembirakan...


PERMATA atau PERTAMA, mana yang anda mahukan? kedua-duanya boleh? tiada alasan dan sebab untuk tidakkan? aku? alhamdulillah kedua-duanya memang aku ada dan sudah memilikinya...

PERMATA itu ada harganya... PERTAMA itu tinggi penghargaannya...
PERMATA itu pelbagai warna dan bentuk... PERTAMA itu bentuk dan nukilnya bagus dan hebat...
PERMATA boleh dibeli dan dijual... PERTAMA boleh dimiliki dan diusahakan...
PERMATA boleh ditinggikan nilainya... PERTAMA sememangnya besar nilainya...
PERMATA dan PERTAMA... ada bezanya, tapi yang mana lebih hebat, tinggi dan mahal...?

terpulanglah istilah mana yang anda lebih suka, hak anda untuk memilih dan memilikinya...

yang PERTAMA itu permulaan... PERMATA itu hadiahnya...
yang PERTAMA itu kita mahukan... PERMATA itu ibaratnya kemahuan kita...
yang PERTAMA itu menguntungkan... PERMATA itu nilaiannya dan tarafnya...

PERMATA susah dicari... yang PERTAMA jua akan menjumpainya...
PERMATA bukan untuk dibuang... yang PERTAMA juga akan menyimpannya...
PERMATA boleh ditukar ganti... yang PERTAMA akan menukarnya...

PERMATA bukan PERTAMA... PERTAMA bukan bayang PERMATA...

Monday, July 20, 2009

ARMADA HILANG

BILA HATI TIDAK DIMILIKI,
RASA BAHAGIA HILANG DI JIWA,

BILA HATI TIDAK DIMILIKI,
BAHAGIA PERGI BERTAMBAH JADI,

BILA HATI TIDAK DIMILIKI,
CINTA TAKKAN DATANG MAHUPUN PERGI,

BILA HATI TIDAK DIMILIKI,
DATANG DAN PERGI KIAN SENDIRI,

BILA HATI TIDAK DIMILIKI,
APA LAGI YANG NAK DICARI,

BILA HATI TIDAK DIMILIKI,
SEBARKANLAH IA SEBAGAI BUKTI,

BILA HATI TIDAK DIMILIKI,
HILANGLAH DIA... LENYAPLAH DIA... SEHINGGA AKHIR NANTI.....

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya