He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Wednesday, August 6, 2008

BERITA HARI INI

6 Ogos 2008, Taman Melawati - Hampeh, banyak la plak tender menender yang aku kena siapkan hari ini. Esok nak hantar, so hari ini siapkan awal2, x de la aku kelams kabuts. Makan tengah hari..... Nasi Ayam Berempah tajaan bos, semua staf dapat sebungkus dikepilkan bersama dengan sekotak air laici.
Petang pun sama, masih bertungkus lumus menyiapkan sisa2 penulisan sambil diselangi gelak ketawa dan borak bersama kak Zyirene. Macam2 topik menjadi perbahasan dari le "*** dance" hingga le bab2 agama - especially MUNAKAHAT. Tetiba aku bertanya kak Zyirene pasal Khuluk, Li'an, Nusyuz..... dah lupa la beb, nak refresh balik pasal hukum hakam nih. Bukan bleh dibuat main2......
Habis kerja, aku blah, sampai umah rileks dan mengadap kipas dengan tujuan mengambil feel berada kat kutub utara sambil ditemani beruang polar.....
Dah malam, nak plak aku menlantak, so Bro Uzzey ajak makan kat kedai Ponds, Jalan Kuchai Lama. Sebelum tuh singgah dulu ke Hero, beli Hair Cream. Nampak plak shop kegemaran aku DIY Hardware, nama je hardware, tapi software/tupperware/segala jenis ware ada kat kedai nih, murah tahap gaban plak tuh..... Bro Uzzey beli beg plastik, nak isikan buah tangan untuk atuknya kat kampung. Sambil2 aku membelek mencari barang yang aku berupaya nak beli, ternampak pula sticker & palstic bag yang ada gambar2 princess..... terus ingat kat Iman, anak kak Zyirene. Alang2 brapa sen je harganya, dan tambah pula dah nak abis, aku belikan untuk dia wat koleksi..... Hope dia happy le aku bagi nanti..... murah je, x mampu nak belikan yang grand. Nak grand gak tengok gransazer kat tv tuh.....
Itulah sahaja laporan berita untuk hari ini, bak kata KaramSinghWalia, Ibarat Kucing tidak bergigi, Tikus berani melompat tinggi..... kaitannya ngan cerita aku..... memang x de, nak bagi gempak je beb. Chow!




Tuesday, August 5, 2008

MY FAMILY

Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama aku menulis blog nih ( x lama pun setahun pun belum ), aku lupa plak nak bercerita tentang keluarga aku. Maka bermulalah penceritaan tentang MY FAMILY.....

Hamba mulakan penceritaan salasilah keluarga hamba dengan kedua bonda dan ayahanda,
Inilah ayahanda hamba yang ter-chenta.
Nama penuhnya GHAZALI BIN YUSOF.
Tahun ini umur ayahanda hamba adalah 60 tahun,
di mana ayahanda hamba lahir tanggal
14 OGOS 1948 di kampung halaman, Kampung Wakaf Che Yeh,
Bersamaan dengan 9 Syawal 1367 Hijrah iaitu hari Sabtu.
Datuk hamba sebelah ayahanda hamba bernama,
(Allahyarham) YUSOF BIN AWANG KECHIK
dan nenda hamba pula bernama
(Allahyarhamah) FATIMAH BINTI SAMAN.
Jadi, keluarga sebelah ayahanda hamba ni, berasal dari dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan yang sememangnya terkenal dengan Pasar 24 jam.

Inilah pula ibunda hamba yang amat hamba cintai dan sayangi, FARIDAH BINTI IBRAHIM, nama yang diberi.


Ibunda hamba berusia 56 tahun dilahirkan pada 6.30 pagi, 5 September 1952, iaitu 16 Zulhijjah 1371 Hijrah bersamaan dengan hari Jumaat, bermakna dia dah pencen tahun nih..... Selamat Berpencen, mama rehat2 le kat umah yea! Ibunda hamba berasal dari Kelantan juga, di mana ibunda hamba dilahirkan, Kampung Menjual namanya. Datuk hamba sebelah ibunda hamba bernama (Allahyarham) IBRAHIM BIN CHE MAN dan nenda hamba sebelah ibunda hamba pula (Allahyarhamah) CHE MAS BINTI AMAT.


Bonda dan Ayahanda hamba mendirikan mahligai dan istana kebahagiaan mereka hampir 34 tahun yang lalu, di mana Majlis Penikahan berlangsung pada Hari Raya Aidilfitri ke-8 tahun 1394 Hijrah bersamaan 23 Oktober 1974 iaitu hari Khamis.

Tahun 1976, maka Ibunda dan Ayahanda hamba bergembiralah dengan kelahiran puteri sulungnya tanggal 7 Januari 1976, dan diberikan nama,

SITY NUR ZALYDA BINTI GHAZALI Kemudian tahun berikutnya, Ibunda dan ayahanda hamba di kurniakan lagi dengan seorang puteri ke-2 pada 9 November 1977, dan di berikan nama,

SITY NUR FARZLYNIE BINTI GHAZALI

Hari Tasyrik berganti hari Tasyrik, malam berganti siang, hujan entah berapa kali turun, maka tahun 1982 pada 31 Oktober lahirlah pula zuriat ke-3 Ibunda dan Ayahanda hamba, putera pula kali ini, yang dihadiahkan nama, MOHD AZUAN BIN GHAZALI iaitu hamba le..... (gambar dah banyak so x yah nak attach lagi kat post nih.....


Selepas kehadiran hamba, hadirlah adinda hamba, putera jua kelahirannya, maka bergembiralah sekeluarga, melengkapkan sepasang putera dan puteri. Adinda hamba ini lahir pada tahun 1985, tangga 23 Febuari.

MOHD FAIZ GHAZALI


Masih mencari gambar adik2 hamba yg lain..... nanti hamba updatekan.

SITI NUR FATIHAH BINTI GHAZALI





SITI NUR DIYANA AFIQAH BINTI GHAZALI





MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN GHAZALI

PENAT MENCARI

5.30 ptg, terus aku balik, tapi melencong dulu sebelum sampai ke rumah, mencari majalah ANIS. Bukan aku yang nak baca, kakak aku nak, Kak Tie kat Bongawan, Sabah. Sabah? Apehal plak aku yang kena beli? sedangkan dia kat Sabah bah? Bukan apa, stok kat kawasan sana dah abis, so susah le nak dapatkan majalah nih, kira kat sana sapa cepat dia dapat le..... Kesian dia..... So, aku pun nak beli dan nanti aku pos le ke sana. Ingatkan ada le banyak kat sini, stop kat gerai majalah yang pertama aku jumpa kat Ampang, "Dah abis la dik....." bro gerai tu cakap.

Aku naik ke atas skit, mengahala ke Pandan Indah,
"Habis dijual le....." dengan selamba akak tu berkata.

Aik, laku plak majalah nih, cuaca dah la panas, hati pun dah naik panas nih..... Mana aku nak stop lagi nih? So aku buat keputusan, terus balik, kat Sri Permaisuri pun ada kedai buku.

Sampai kat kedai buku sebelah Maybank, aku masuk terus usha majalah Anis. Tak nampak pun tanda2 majalah tu ada, straight to the point tanya terus kat adik yang jaga kedai tuh.....
"Majalah Anis ada x?" tanya aku pendek sambil mengerut dahi dan berharap aku yang x nampak......
"Dah abis la bang, semalam ada lagi....." pulak dah..... Uiks!!!!! Ponin dah den nak mencari nih, mana laie den nak poie?

Dengan pantas, aku ride le motor aku turun ke Salak Selatan, dengan harapan ada gerai majalah ke, toko buku ke..... Hampeh, habuk pun tadak..... Buntu la plak aku..... x kan sekitar nih dah x ada gerai2 majalah? Kapla dah fenin, panas lagi.....

Dengan selamba aku terus berpatah balik, tapi aku pun terfikir sejenak, kalau aku dah balik, aku mesti malas nak keluar..... so, dengan serta merta, motor aku membuat U-turn, menghala ke Besraya..... Mana plak aku nak pi nih.....? Hmmmm......

Tak pe lah, sambil aku berjalan petang makan angin, lagipun balik umah tak de pape gak kan..... So aku menuju ke pusat bandar, tapi aku x tahu nak menghala ke mana. Dengan selamba aku dah sampai kat Dataran Merdeka, aku ambik keputusan menghala ke CM, then teringat ada Kedai Buku Popular kat Petaling Street. Masuk dan aku keluar dengan hampa juga kerana keputusan mencari majalah Anis tetap mengecewakan.....

Dalam hatiku berkata, special tul majalah nih..... semua tempat x de. Hairan.....

Pastu aku pun mengambil keputusan berjalan sambil melihat barang2 ciplak kat Petaling Street, saja nak membuang masa..... sampai le ke hujung jalan. Ada la gerai tepi kaki lima, Bangla yang jaga gerai majalah tu.....
"Majalah Anis ada?" pantas dan pendek aku bertanya.
Dengan senyuman yang ikhlas dia menjawab "Ada....."
Alhamdulillah.....
Dapat gak majalah yang akak aku nak nih.....

Dah dapat, pantas aku balik. Terus cari setem kat dalam balang Horlick 2 kg yang aku simpan pelbagai barang2, termasuk le setem..... ada.
Sambil menghilangkan penat, tengok2 la cover majalah. Kat bawah sekali belah kanan.....

"KINI BOLEH DIDAPATI DI MPH, 7-ELEVEN & MYNEWS.com"
Ceh..... jauh aku pi mencari serata alam, kat 7-11 rupanya ada, x terlintas la plak aku nak kesana, padahal berlambak 7-11 kat sekitar umah aku tuh..... dah nasib!

Penat la jugak, bukan apa cuaca skang panas..... Esok nak poskan ke Sabah.

Begitulah adventure yang aku alami dalam pencarian yang akhirnya membuahkan hasil.....
Kalau majalah nih aku x jumpa lagi macam mana? Jawabnya esok la plak aku memulakan perjalanan mencari.....! Chow!

BLUE

Beli batu/pasir warna biru untuk si Talib.
Seronok ye..... dapat mainan baru..... Mainan ke?


CHOC ON CHOC




CHOC ON MY DESK

Chocolate oh cokelat. Kak Zyirene bawakan, Beryl's and Kraft punya nama.
Coklat cap Gajah (Cote d'Or), apa yang tertulis tuh aku rasa bermaksud sebegini - "Coklat yang berbentuk empat segi tepat, yang di dalamnya ada Kismis hitam yang manis bersama Kacang Badam yang sudah di panggang beberapa minggu lepas, di iringi limpahan susu lembu segar yang lemak berkrim dan disukai ramai.
White Chocolate
Milky Chocolate, Dark Chocolate dah abis aku sebat sebelum gambarnya aku ambik.....
White Chocolate with Starwberry Chips, strawberry chips aku dah kutip dan telan abis, tu x nampak.....
White n Bitter chocolate.



NESCHOC

Minum Nescafe panas dengan Makan Chocolate Cake = NESCHOC
Kek nih, sapa lagi yang nak buatkan n bawakan ke opis kalau bukan Kak Bada.....

GUAVA YANG KUNING

Guava Kering a.k.a Buah Jambu Batu Kering, warna kuning. Guava warna kuning nih sedap dikunyah di kala menunggu internet searching sesuatu, di waktu server menjadi teramat lah lembab.....

SARAPAN KE NI?

Jom makan jeruk.....! Pepagi pulak tuh.....! Sarapan le nih kiranya. Maziah yang bawakan, katanya kawannya baru balik dari Penang. Jeruk kalau bukan dari Penang mana lagi..... tapi jeruk Penang nih semuanya manis, aku lebih suka jeruk dari Siam, Kelate punya. Masam dan masam..... Air liur dah meleleh da......
Buah Melaka jeruk.
Buah Pala.
Buah Salak jeruk.
Mangga jeruk.
Mangga Muda jeruk.
Buah Betik jeruk.
Buah Ceri.
Buah Kedondong jeruk.



MALAM DI KLCC




Wednesday, July 30, 2008

MELAYAN

Melayan rindu lah pada mama ngan abah & adik-adik aku kat kampung..... Rindu sangat2! Sambil melayan rindu pada mama & abah serta adik2 aku, aku dengar lagu2 syahdu nan sayu. Tapi lagu arab la beb.....! baru feeling habis.....! Biarpun aku x faham, tapi lagu yang aku dengar nih semua lagu2 orang yang patah hati bercinta..... Tapi aku x de le sampai tahap tu, cuma melodinya cukup indah, dan patah perkataan arab begitu lunak dan menusuk kalbu! Huhuhu.....

Antara lagu yang aku suka sangat:

Te'dar Tetkallam by Amr Diab (from album Allem Alby)
Ana Alby 'Alaik by Ziad Borji (from album Ana Alby 'Alaik)
Ana Nesitek by Amr Mostafa (from album Ayami)
Khalek Ma'aya by Amr Diab (from album El Leila Di)
Tamally Maak by Amr Diab (from album Tamally Maak)
Lamastak by Amr Mostafa (from album Ayami)

Dan satu lagi lagu yang memang je aku dengar, boleh buat aku menangis serta merta,
Ummi by Ahmad Bukhatir.
Melodinya yang sayu, membuatkan aku nak balik kg nak jumpa mama!!!!!

Memang lagu arab nih, yang ballad & kontemporari nih aku suka sangat, bukan yang asli arab punya, yang tuh tang bergelek boleh la nak layan.

Kalau nak dengar gak pi laman web http://en.hibamusic.com/ - just for listening only.
Kalau nak dengar & download pi laman web http://www.nogomi.com/.

Ramai artis2 himpunan seluruh tanah arab - Mesir, Lubnan, Arab Saudi, Jordan, Syria, Iraq dan lain-lain. Pada pandangan aku, Mesir & Lubnan serta Syria punya muzik dan suara artisnya masyuk beb! Selamat Melayan!

HIDUP ITU RAPUH

Waktu aku berjalan, ku terlihat sang kupu-kupu malang, rebah di pinggiran bangunan yang gah, menapak resah dan letih, kerana hilang kudrat..... sayapnya hilang kekuatan, entah kenapa dan entah di mana. Mudah dan senang riwayat sang kupu-kupu, hidupnya terbang mencari haluan, namun telah tertulis dirinya bukanlah kekal abadi. Sekejap dan seketika sahaja, namun kejadian dan kehadirannya bukan tidak dipeduli, tapi sudah hilang kekuatan alam yang menjadikannya sementara sahaja. Itulah ketentuan ALLAH, apa pula tentang hidup kita dan hidup dia.....
Sehaluankah kita dengan nasib sang kupu-kupu itu? Haruskah kita menanti rebah baru tersugul mengingat mati yang abadi? Sukar untuk aku menjelaskan apa yang terbuku di hati mu..... wahai manusia. Akhir kita bukanlah yang cela kita mahu, namun bersediakah kita untuk membuka hati merima sinar yang jelas? ALLAH jua yang tahu.....

Hidup itu melalui masa, ada masanya kita di atas, bukan selalu juga kita lupa bila kita di bawah. Kita diberikan masa yang cukup lama untuk memikirkan haluan hidup kita. Tapi pastikah kamu memilih rentak dan corak yang bersih dari kedajalan dunia yang kelam? ALLAH dan kamulah yang mengetahui isi hati mu. Bila mati itu datang, maka lesaplah jasadmu nanti dimamah tanah, meninggalkan hanya kenangan dan nama pada mereka yang masih berkeliaran di muka bumi.


Bila lagi kita mahu kembali ke jalan yang diredhai dan direstui, umurmu kian bertambah, tanpa sedikit pun berkurang. Lesaplah segala masa yang telah berlalu tanpa di isi, tanpa mengingati Mu Ya ALLAH. Bukan ku tahu apakah panjangnya umurku sehingga 1000 tahun, bukan jua ku tahu umurku seringkas waktu kelahiranku dari perut ibuku. Tanpa kepastian yang kejab, hati-hati ini terus berdusta dan menabur nista yang beraja. Kejamnya hati-hati manusia ini! Keras kerikil keras lagi kebutaan hati-hati manusia.....
Masa yang telah berlalu apa lagi yang mahu dikenang dan dikejar. Majulah nafas dan lelah mu ke depan, berlari mengejar sisa-sisa helaan yang masih ada, yang masih boleh engkau rasa, kerana tamat hayatmu bukanlah ditangan mu sendiri. Bukannya ALLAH itu kejam kerana merahsiakan selama mana hayat mu dikandung badan, tapi hakikatnya manusia tidak akan pernah ingat, malah alpa. Lupa siapa dirinya sendiri. Ya ALLAH, kemuliaan yang ENGKAU tujukan pada MUHAMMAD amatlah tinggi, dan beruntunglah aku kerana menjadi umatnya, namun sampaikah gapaian aku ke syurgaMU? Sesungguhnya aku mendambainya, namun layakkah aku menyentuh pintu syurga janjian MU itu? Namun tak sanggup pula aku menghampiri bahang neraka mu, malahan melihatnya pun aku tak mahu. Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa aku, sesungguhnya insan sepertiku terlalu rapuh, terlalu hebat godaan syaitan dan iblis, apatah lagi nafsuku yang merajai hatiku. Ku sebut namaMU, ku hamparkan dambaan hatiku padaMU. Ku cuba walaupun payah, moga hatiku terus basah dengan namamu. Lembutkanlah lidahku untuk menyebut namaMU, sebagaimana air bisa melembutkan batu yang keras. Ku panjatkan segala permintaan dan rayuku padaMU, himpunkanlah aku dikalangan orang yang beruntung..... Ampunilah dan sayangilah kedua ibu bapaku, sebagaimana kasih dan cinta mereka pada aku semasa aku kecil. Berkatilah keduanya, peliharalah mereka dengan cahaya kebenaranMU. Apa lagi yang boleh aku balas untuk mereka, selain mendoakan ketinggian dan keredhaanMu pada mereka. Aku amat menyayangi mereka, cinta aku pada mereka bukan sembarangan, hampirilah hati mereka dengan keberkatanMU. Kurniakanlah kebaikan dan kesejahteraan bagi ahli keluargaku, sesungguhnya jadikanlah mereka di kalangan manusia yang tidak lalai. Buat muslimin dan muslimat, saudara seIslamku, pliharalah hati dan jiwa mereka, moga akhirnya nanti tiada yang hilang arah hingga tersungkur di pintu syurga..... Amin!
"With Feet To Take Me Where I'd Go,
With Eyes To See The Sunset Glow,
With Ears To Hear What I'd Know.....
Oh God, Forgive Me When I Whine....."

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya