Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings
Monday, July 14, 2008
RAMBUT YANG MANIS
Rambut yang manis - RAMBUTAN. Si Aufa yang bawakan dari kampung. Aku pula selesema kucing hari ni. Makan manis atau masin, sama je rasanya. Hidung dah kena block. Rasa nak demam pun ada, cuaca pula tak menentu, dalam office pula sejuk..... rencah2 nak menjadikan aku demam la tu.
"NIKMAT yang dihadiahkan kepada kita tak terkira hitungannya. Maha Memberi tanpa kita minta, Yang Esa jualah kita kembali apabila memerlukan. Syukurilah yang ada dan jagalah ia agar tidak ditukar ganti....."
ZARA IN WARD
Namanya Zara, anak Kak Zyirene. Kesian dia, kena infection kat peparu. Semoga cepat sembuh dan sihat kembali. Now she in Hospital Batu Pahat.
" Ketentuan sesuatu datang dariNYA yang satu, terimalah segala ujian yang melanda, walaupun tidak dipinta, kerana Kasih & SayangNYA hanya pada hamba yang disayangiNYA. Ketahuilah bahawa CintaNYA tiada batasan, Sejarak kamu mendekatiNYA, Sepuluh kali hampir DIA menghampiri kamu..... "Sunday, July 13, 2008
Friday, July 11, 2008
SIBUK KE?
Thursday, July 10, 2008
PUDAR SUDAH.....
Bila ia lesu, tiada apa lagi yang boleh diharapkan,
Bila ia layu, apa lagi yang boleh di tegakkan,
Pudar sudah segalanya, punah sudah apa yang diharapkan,
Apa lagi yang boleh kucari dan kunanti.....
Sehingga mati, sendu ratap tetap menitip,
Pedih berkemarau menaungi hijab hatiku,
Taufan gelisah membanjiri jajahan benakku,
Mekarnya muram membelenggu jiwa nan akalku,
Mati selayaknya dianugerahkan buat diriku,"

"Ya Allah..... Masih adakah ruang hatiku.....
Mentadbir kembali layangan nafasku,
Agar tenang meniti bibir nafsuku,
Molek mudiknya merentangi kegelojohanku,
Tak lelas panjatan mencapai keredhaan-Mu,
Tiada hilang dongakanku menghamburkan doa rayuku pada-Mu,"
"Ya Allah ampunilah.....
Hilangkanlah keluh dan kesah hatiku,
Pujuklah kepudaran yang mekar, agar kembali menyinar dengan hidayah-Mu....."
Amin.....
PERPISAHAN YANG DIRAI
Jadi untuk meraikannya, buatlah jamuan ringkas secara kecil-kecilan di bilik meeting. Jadi floor aku skang ada 3 orang je lah, hope Kak Bada n Kak Zyirene x tinggalkan aku keseorangan nanti..... Biarlah aku yang meninggalkan mereka..... hehehehehe....... Jangan marah.....!
Yang ni aku masak, Black Pepper Sausage with Mushroom, senang je.....
Yang ni plak Beehon Goreng, Farhana yang bawakan...... (psst.... mak dia yang masakkan)
Yang nampak lovely n yummy & lazat berkhasiat nih, Fruit Cocktail. Sapa lagi yang reti buat nih kalau bukan Kak Zyirene..... semanis orangnya..... (saja bodek)
Hmmmmm..... nih favourite gila bila tengok benda nih..... Chocolate Cake buatan Kak Bada..... Perghhh..... masyuk gila beb, cantik plak tuh. Nak makan pun sayang rasanya..... Memang first class lah kek Kak Bada nih..... Moist x hengat! so sapa nak beli bleh contact aku, aku jadi ejen Kak Bada..... Nak booking?
Nih ulangan Friut Cocktail Kak Zyirene..... x de pic lain nak attach. (saja nak bodek Kak Zyirene)
Semoga mereka2 yang telah keluar dari company yang aku keje skang, cemerlang dan bahagia seadanya..... jangan lupa kita orang yang masih ada di sini. Ingat2lah kami sentiasa..... Nanti kalau ada kelapangan jenguk2lah kami dan intai2lah kami, kerinduan yang mendampingi kami membuatkan kami sentiasa ingat pada kalian semua.....
Jangan lupa gelak ketawa dan waktu gembira bersama..... moga ianya menjadi kenangan yang kekal, yang menjadi penghubung di kala kita telah bertebaran jauh di luar sana..... Ingatlah sentiasa.....
"Mengintai kejora dimalam hari
Hanya kelihatan menjelang pagi
Terimakasih sahabat kerana memahami
Segala kelemahan diriku ini"
"Suara si pungguk mendayu-dayu
Memuja bulan tak pernah jemu
Biar di dunia kuhimpun rindu
Di akhirat sana kupohon bertemu"
"Anak haruan mati terperangkap
Jangan keli dikatakan sepat
Padamu sahabat daku berharap
Di sudut hatimu namaku terpahat"
"Yang merah itu dikatakan saga
Yang indah itu dikatakan bahasa
Bagaimana akhirnya persahabatan kita?
Mampukah meruntun hingga ke Syurga?"
"Meleret senyum manis di bibirmu
Hilanglah duka terpancar rindu
Ku ukir namamu di dasar qalbu
Ukhwah fillah menjadi dambaku"
"Merenung langit di kala senja
Mengharap fajar akan menjelma
Padamu Tuhan kupanjatkan doa
Persahabatan ini subur selamanya"
CAHAYA ITU TERANG
SP_A1565.jpg)
Wednesday, July 9, 2008
KATAK OREN
Orange+Cute+Frog+at+My+Hometown+Ouse.jpg)
Katak nih ada kat umah aku kat kampung, memang si dia nih selalu ada kat dapur rumah. siang hari si dia melepak kat ruang dapur, especially tang tong gas, dan bila malam menjelma si dia berangkat perlahan-lahan, berjalan ala2 manja gitu, ntah le spesies nih x reti nak melompat kot..... x pernah tengok dia melompat..... a'ah lupa, bila malam si dia pi la beradu ke toilet kat dapur umah kita orang..... itulah rutin harian dia..... kucing Si Putih pun dah x heran nak melayan katak nih sekor...... kiranya si dia nih dah jadi ahli dalam rumah..... Sebabnya, bila aku dah amik dia n letak kat kawasan luar rumah, tup2..... tetiba ada balik tang dapur..... ntah macam mana dia masuk x tau. Mak aku cakap memang mak selalu letak si dia kat luar, tapi tetiba ada dalam rumah balik, nak kata melompat masuk ikut tingkap, tinggi la plak dia nak panjat..... nak masuk ikut celah pintu dapur lagi la x logik, coz x de lubang..... jadi hari2 le bleh tengok kelibat si dia kat dapur rumah, so skang semua dah kisah dah kalau nampak dia..... si dia pun nak hidup cam kita jugak, jadi biarlah si dia dengan rutin harian dia berulang alik pi dapur ngan toilet..... bila tengok lama2, comel plak si dia nih..... asal dia x ganggu dan x buat kecoh sudah le..... Jadi kalau2 sesiapa yang pi umah kita orang, dan takut plak ngan katak, jangan risau, nanti si dia akan senyum menjemput kedatangan korang..... huhuhuhu..... Cayalah Si Katak Oren.....
MUSYTARI BERSINAR

Musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria kita, 778.3 juta kilometer dari matahari, dan dalam susunan merupakan yang ke-5 dari 9 planet yang ada. Dan pada hari ini, 09.07.08 merupakan satu tarikh dimana keajaiban alam ciptaan tuhan akan berlaku.
Pada malam ini iaitu dari pukul 8 hingga 10 malam, sekiranya kita berpeluang melihat Musytari dengan mata kasar, anda akan nampak satu titik putih menyinari segenap ruang langit dan cahayanya lebih terang berbanding gemerlapan bintang-bintang yang melingkari segenap cakerawala.
“Titik putih itu adalah planet Musytari yang sedang mengalami opposition atau dalam erti kata lain, istiqbal (pertentangan) yang membawa maksud Musytari, Bumi dan Matahari berada dalam satu garis lurus dengan Bumi berada di antara Matahari dan Musytari.
Jadi malam ni jgn lupa tengok. Jangan sampai lenguh atau cramp leher dah le.....
Tuesday, July 8, 2008
LIFE
Hari ini telah datang dan pergi....24 jam berlalu, hanya sehari, umpama seketika.
Hari telah berlalu dan tetap akan berlalu..... tanpa ada hentinya.
Menuju ke hari yang bakal mendatang, yang bakal mencorakkan pelbagai ragam dan cerita.
Baik dan buruk hari yang berlalu, tetap berlalu dan menjadi kenangan.
Yang bakal ditemui, adalah hari yang belum tentu apa isinya.
Perancangan tetap diukir, cuma eloknya hanya DIA yang tahu.....
Dag Hammarskjold (1905 - 1961)
Rabi'a al-Adawiyya













