He who has a thousand friends has not a friend to spare,And he who has one enemy will meet him everywhere.

Ali ibn-Abi-Talib (602 AD - 661 AD), A Hundred Sayings

Wednesday, December 5, 2007

ADIK AKU dan TIKET



"Abe, a'eh dah sampai kat PUDU dah, tunggu kat jejantas" sms dari adik aku... alamak!!! aku lupa lah... janji nak ambil dia kat hentian pudu. aku pulak lepas keje terus balik umah... nasib baik x tido... kalau tak tertunggu-tunggu lah dia kat situ... apa punya abanglah...

berkejar lah balik aku ke HENTIAN PUDU, dapat call dari abah "dah jumpa a'eh?". nasib baik abah call aku dah sampai HENTIAN PUDU... adik aku ni namanya FAIZ, a'eh tu panggilan dalam keluarga. dari JB katanya, ada kem di UTM, SKUDAI - tempat yang banyak meninggalkan kenangan terhadap aku... nak cerita lah serba sedikit tentang adik aku nih... masih belajar di UPSI, Degree Pendidikan Sains Sukan di tahun 3. apa yang aku banggakan dengan adik aku nih, dia antara pesilat remaja di KELANTAN yang menonjol dan kem yang dihadirinya di UTM tu adalah kem pemilihan atlet untuk mewakili negara bagi kejohanan sukan UNIVERSITI Se-ASEAN yang akan berlangsung x lama lagi di KUALA LUMPUR (kejohanan nih just like SUKAN SEA, but for UNIVERSITI student sahaja), wah... bangga aku... (dia cakap pesilat dari VIETNAM hebat, I don't know... kalau ada rezeki, yang kuat pun boleh dikalahkan...)

jadi, kem diadakan 6 kali, so this d' 1st kem saringan dan adik aku lepas... x disingkirkan lagilah... (just like reality show, is it?) i hope and pray he will do the very best untuk achieve dan mewakili MALAYSIA nanti... amin... sepanjang dia menceburkan diri dalam arena persilatan nih, banyak juga kemenangan yang diraihnya... EMAS, PERAK, GANGSA pelbagai trofi dan sijil penghargaan memang menjadi koleksilah kat rumah tuh... adik aku menonjol untuk persilatan SENI TARI daripada persilatan OLAHRAGA... last dia menang GANGSA untuk kejohanan SILAT UNIVERSITI SEMALAYSIA... for SILAT OLAHRAGA... pernah mewakili KELANTAN untuk SUKMA, menyertai kejohanan PERSILATAN KEBANGSAAN dan juga ANTARABANGSA... dan macam-macam lagilah...

disebabkan adik aku nih dikenali di kalangan keluarga dan sahabat kerana kejaguhan persilatannya... banyak juga jemputan untuk dia mempersembahkan silat tarinya di majlis perkahwinan dan macam-macam lagilah... yang paling aku x lupa masa majlis berkhatan sedara aku... adik aku ngan teman persilatan mempersembahkan silatnya bersama dengan adik bongsu aku... ALIF... wah seronok... abangnya pula tengok je pandai, nak buka langkah pun x pandai... (aku masuk gak dulu silat masa sekolah kat kelantan... separuh jalan je...) masa tu adik bongsu aku baru je berjinak-jinak dengan dunia persilatan... now he surprises me so much...!

last week dia mewakili KELANTAN untuk KEJOHANAN SILAT PRA-REMAJA (coz he just turn 13 years old) peringkat KEBANGSAAN dan memenangi PERAK!!! tewas kepada wakil TERENGGANU. sebelum tu pun dia ada mewakili KELANTAN untuk KEJOHANAN SILAT KEBANGSAAN untuk sekolah2 MALAYSIA, pun sama memenangi PERAK, dan tewas kepada wakil TERENGGANU juga... tak apa, masih jauh dan panjang lagi perjalan untuk adik bongsu aku nih... GAMBATE KUDASAI...!


oklah, panjang plak aku bercerita, smalam aku ke hentian PUDU untuk ambil dia,
then naik STAR LRT ke Hetian PUTRA turun ke stesen STAR LRT PWTC, nak naik motor ngan aku helmet plak ada satu je. sampai sahaja kat sana, mencarilah aku ngan dia tiket balik ke KELANTAN, coz dia nak balik kampung terus... alhamdulillah ada tiket MUTIARA EXPRESS, bas DOUBLE DECKER tuh... aku pernah naik sekali sahaja bas nih, coz pening la dok tingkat atas... betul2 pening, but dia dapat tiket tempat duduk no. 10, safelah dia, coz that no. di tingkat bawah...


sebelum tuh aku pi la makan ngan dia di Mc D kat LOT 10, sambil borak2 panjang, bertanya pelbagai cerita dan perkhabaran darinya sambil menunggu 9.30 PM menjelma...

9.20 PM dia naik bas, aku pun balik...

then terus tido...

Tuesday, December 4, 2007

KAD dan DUIT....


baru je 4hb, rasa cam poket dah kering dah... nak makan guna duit, nak minum pun sama, nak ke tandas lagilah... waaa.... duduk celah mana2 sekarang memang kena ada duit lah...

bayar sewa rumah, bermacm-macam bil, belum beli apa-apa lagi... arghh... duit oh duit... kad ada banyak, tapi kalau semuanya cam nak hidup pun segan, mati pun tak mahu.... kalau duit tak ada boleh hidup tak...?

Monday, December 3, 2007

THE OFFICE

















ELEKTRIK TERPUTUS...


tengah syok makan tgh hari tadi dekat floor 2 office, 1.30 PM - elektrik/current/api atau seumpamanya panggilan yang digunakan terputus... panas lah jugak, nasib baik angin kat luar kuat... so menunggulah aku akan kehadiran balik bekalan elektrik bersama-sama ngan staff lain sambil berborak. macam-macam topiklah keluar, dari pergi haji ke topik makanan... sedar tak sedar 4.30 PM tadi baru la elektrik muncul kembali... 3 jam gak lepak borak... satu masa yang cukup untuk relax...


sebelum tu, aku ke CIMB BANK, bank-in cek-cek... bayar bil...

ke gerai makan tengah hari kegemaran... bungkus lauk ikan makin masak asam ngan kerabu perut, and just a little bit kuah percik (lauk daging bakar kegemaran dah abis...) then balik office melantak sehinggalah bekalan elektrik terputus...

WEEKEND...

tak sempat nak update blog... tambahan la plak rumah sewa baru belum ada internet... lambat betul la kontraktor tu nak sambung... balik rumah dah tak tau nak buat apa selain tidur dan melantak... huh...!

last saturday, aku buat apa ha...? oh sebelum tu, jumaat malam pergi karaoke kat News KTV at City Square, Ampang... (Plaza Yow Chuan - betul ke eja cam nih...?) sedap la juga nyanyi... hehehe... bukan memuji tapi orang yang cakap... hahahaha... (ntah2 orang utan...)

saturday plak cam biasa, rutin hari minggu orang bujang - basuh baju yang dah seminggu pakai, berlambak (satu almarilah senang). petang kuar ngan ira, kawan lama kat universiti dulu... masa blaja dulu x kenal pun dia, masa praktikal kat Pusat Teknologi Makanan (Food Technology Centre), MARDI Serdang baru lah kenal...
orangnya sweet, lemah lembut, baik sesangat... (saja je puji lebih nih...)

malam pulak, si ajib ajak pergi downtown, saja melepak katanya... sempat gak dia shopping jersi liverpool "surau" (istilah nih peminta jersi je tau... nak tau tanya si ajib) - tawar menawar lah dia... last2 dapatlah harga yang boleh diterima akal... tetiba plak aku lapar... tanya si ajib, dia pun belum makan, diajaknya aku ke KAFE MENGKUANG, sebelah Plaza Pheonix (tempat yang ada futsal tuh... entah apa ke namanya... lupa la plak...) abang ipar dia punya.... hehehehe... so makan free la yea...! aku tibai maggi goreng ngan honey lemon... masyuk gak rasanya... si ajib plak melantak mee hokkien n honey lemon gak... nak order western food cam melampau lak... yea la org nak belanja, kena la berpada-pada order... tak gitu...?

balik tido...

ahad pagi, bangun lambat la gak, angkat kain yang dah dijemur semalaman. lapar la pulak, pi le makan kat RHB (Restoran Hijris Bistro), mamak punya stail... ingat nak balik terus, ada plak pelawaan pi PAVILLION, kat bukit bintang tuh... hmmmm daripada dok umah, confirm aku tido... so pergi sana, boleh luang masa berjalan-jalan dan tengok suasana...

memang cantik, the PAVILLION design very different and memang cantik, each boutique ada bentuk n stail dia sendiri, so x boring la jalan2 sini, may be tempat baru... jengah kat GSC sini, hmmm... ada movie menarik... so beli la tiket for THE KINGDOM - lakonan Jamie Fox ngan Jennifer Garner (berkisar tentang serangan berani mati yang berlaku di Al-Rahmah, Arab Saudi) - but, cerita ini agak kurang sesuai, coz memaparkan "kekejaman n kejahatan" muslim dalam menghuru-harakan dunia... well itulah provokasi dalam cerita ini... in reality, we don't know what was really happen. anda tengoklah sendiri cerita ini, ada plot yang menarik dan sedih, ada plot yang menghukum seseorang yang bernama muslim, tanpa berselindung tapi tidak semuanya kan...? entahlah...

oh ya... sebelum masuk panggung, i've win 1 free movie ticket from GSC, yeeehaaa...! ada kuiz from DJ kat situ, just a simple question dia tanya - how many cinemas in GSC PAVILLION ? - terus aku angkat tangan and answer it - "13". hehehehe... dapat la tgk free movie nanti... nak tengok wayang apa ha....?

Thursday, November 29, 2007

THE PICTURES


fotografi memang salah satu hobi aku, tapi bukanlah satu kepakaran aku untuk dipertunjukan dalam bidang ini, cuma mencuba dan terus mencuba... kalau ok, bolehlah aku teruskan, kalau tak, i still can learn and gain the knowlegde... rite?

all of those pictures in this blog, aku cuma menggunakan kamera telefon mudah alih aku sahaja... really, captured by SAMSUNG SGH-U600 and edited by that phone... 3.2 megapixels, auto focus... semuanya memuaskan hati aku dan semua gambar tu agak menarik dan jelas...

jadi kalau ada masa terluang dan juga ada idea, aku mengaplikasikan kemudahan yang ada, dengan semangat nak mencuba dan terus mencuba... ok lah untuk aku yang hanya untuk kepuasan hati sendiri dan jiwa sendiri...

bolehlah daripada tiada apa yang nak aku lakukan dan luahkan... just a simple things...

KEPUTUSAN...


mana aku belajar, di situlah aku mengambil peperiksaan... 20 november it's my last paper exam... for this semester lah...

3 papers semuanya, early this month memang aku pening dan sibuk... then pagi tadi just check the website, mana la tau kot2 keputusan dan keluar...

just shock!!! 2 of 3 papers dah terpampang keputusannya...

alhamdulillah, dapat juga gred yang memuaskan hati, berbaloi dengan apa yang aku dah belajar dan buat sebelum exam tuh... kalau dapat gred lagi bagus lagi seronok... syukurlah...

STUFF...





STUFF...





UNTUNGNYA...



pagi khamis yang sejuk dan nyaman (dalam office le, kat luar tak tau la plak)... sarapan hari ini memang belum makan dan setiap hari aku memang tidak bersarapan... hmmmm... macam mana tuh...

tak perlu nak bersarapan, "4 beautiful & adorable mummy" kat floor ni memang pemurah, setiap pagi ada sahaja makanan yang terhidang... jadi sarapan ke tidak aku tak kisah, selagi aku bekerja di sini... seronok kan? mereka semua baik, ceria, seronok dan kelakar... memang ceria dan gembira hari-hari aku kat office... sebelum keje sini nak datang ke office pun memang aku tak berapa suka, suasana dan ceritanya x mengujakan... but now... x sabar rasanya nak datang office, coz i have life here...

thanks to all 4 beautiful & adorable mummy KAK WA, KAK ZYIRENE, KAK BADA, & KAK FIDA... thank you so much...!!!

this morning, just have a slice of kuih seri muka, hmmm... yang ni KAK ITA yang buat, she at 2nd floor of my office. sebelahnya KAK INA. these 2 mummy pun sama best ngan 4 mummy yang ada kat floor aku... kalau lunch, biasanya akak berdua ni lah yang makan bersama aku... kalau berborak... memang riuh rendah la ngan gelak ketawa diaorang... wah, betul2 seronoklah aku kat sini...
+++ nak lunch apa hari ni...? +++

Pray that your loneliness may spur you into finding something to live for, great enough to die for.

Dag Hammarskjold (1905 - 1961)

You love the world very dearly. If you did not love the world, you would not mention it so much. It is always the purchaser who first disparages what he wants to buy. If you wre done with the world, you would not mention it either for good or evil. As it is, you keep mentioning it because, as the proverb says whoever loves a thing mentions it frequently.

Rabi'a al-Adawiyya